SINOPSIS NOVEL ATAS NAMA CINTA

SINOPSIS NOVEL ATAS NAMA CINTA

Hari ni aku try surf novel Atas Nama Cinta. Aku jumpa ada beberapa buah novel yang bertajuk Atas Nama Cinta. Jom baca sinopsis setiap novel yang sama tajuk ni, tapi lain-lain penulis, dan juga lain penerbit.

Pening juga lah aku nak pilih sinopsis setiap novel ni, sebab setiap entri di blog dan website adalah berbeza. Jenuh juga nak pilih sinopsis mana yang merupakan sinopsis belakang buku. Macam-macam ulasan/review yang aku baca untuk setiap novel ni. Kalau anda nak baca review novel-novel ni, nak tahu best ke tak, google sendiri, ya. Takkan lah aku kalau nak copy paste semua review orang. Hehe.. ūüėÄ

1) ATAS NAMA CINTA 

novel atas nama cinta lily suriani alaf 21

Penulis: Lily Suriani

Penerbit: Alaf 21

“Firas… saat kau ucapkan ungkapan cinta, aku sudah bersedia serahkan¬†segalanya. Untuk melafazkan cinta bukan mudah. Sekali kulafaz, hingga¬†ke nafas terakhir cinta itu masih bernada dalam hati ini. biarpun¬†menjadi lilin yang membakar diri dalam kegelapan hanya untuk¬†memberikan cahaya. Demi sebuah kejujuran yang ku agungkan, aku¬†rela…” ~ Ardini

“Ardini… kerana rindu membuatkan aku mencintai dan menyayangimu.¬†Segenap ruang nafasku, hanya namamu yang menciptakan irama cinta nan¬†indah. Kau menghamparkan kasih untuk aku meniti batas-batas¬†kebahagiaan bersamamu. Hingga aku berikrar, tiada nama lain yang¬†bersemadi di hati ini.” ~ Firas.

Sukarnya Firas menakluki hati dan cinta Ardini. Pelbagai cara dilakukan agar gadis punjaan hati menjadi miliknya yang abadi. Bukankah cinta itu satu pengorbanan? Dan itulah yang menguntumkan kemanisan cinta. Ijab kabul bukti bahawa cinta mereka bukan hanya di bibir.

Gelora ombak dan taufan telah mengaramkan bahtera cinta mereka ketika disinari cahaya bahagia. Namun, mengapa ada insan yang mencemburui keindahan cinta mereka? Mengapa perlu ada duri-duri yang menghalang mereka ke puncak kasih hingga hati mereka tercalar luka?

Atas nama cinta, mereka berpegang teguh pada janji setia…

Sinopsis ini diambil dari alongside.

2) ATAS NAMA CINTA 

novel atas nama cinta isa kamari

Penulis: Isa Kamari

 Penerima S.E. A Write Award 2006

Ni novel epik sejarah. Jom baca sinopsis novel Atas Nama Cinta, kisah Nadra berdasarkan sejarah ni:

Singapura, Malaya dan Hindia Timur (Indonesia) 1942-1950. Nusantara Melayu sedang bergolak. Bahang kebangkitan bangsa yang sekian lama dijajah mula dirasai oleh Inggeris dan Belanda.

Muncul Maria Hertogh dengan nama Islamnya Nadra binte Ma’arof. Tanpa dimintanya, gadis manis ini menjadi rebutan dua dunia-dunia Islam dan dunia Barat. Nadra yang telah mengecapi iman dengan keluarga angkatnya, telah dituntut untuk kembali menjadi Maria oleh ibu kandungannya sendiri. Cinta Nadra yang mula berputik dengan pemuda yang baru dikahwininya dirampas oleh mahkamah penjajah. Nadra dipaksa untuk kembali ke Belanda.

Atas nama cinta Nadra mengecap iman. Atas nama cinta dua ibu berebut kasih. Atas nama cinta ikatan perkahwinan Nadra terjalin. Atas nama cinta, kuasa dan percaturan politik penjajah merampas Nadra. Atas nama cinta, kesucian agama Islam dan maruah bangsa harus dibela…Bangsa yang dijajah sudah tidak takut lagi…ATAS NAMA CINTA

Sumber sinopsis: MPH online

 

3) ATAS NAMA CINTA 

novel atas nama cinta bikash nur idris

Penulis: Bikash Nur Idris

Penerbit: Fajar Pakeer

‘Cinta ibarat berlianyang mempunyai benih faset. Jernih atau kabur cahayanya bergantung kepada penggosoknya.’

Genelia hanya mahu jauh daripada keluarga, demi cinta. Hafidz hanya mahu menjauh daripada curiga, demi sahabat. Lalu mereka lalukan perkara yg serupa; berbohong. dan, pembohongan itu mencengkam hati mereka lantas dengan nama cinta mereka berikrar, mahu mencipta kenangan demi dibawa bersama. Hanya satu masalah yang timbul: Kenangan akan mengejar lau mereka menjadi tamak, mahu memiliki cinta- sepenuhnya.

Sumber sinopsis: blog Bikash

4) ATAS NAMA CINTA 

novel atas nama cinta wahyu Sujani

Penulis: Bikash Nur Idris

Penerbit: Fajar Pakeer

Adakah nikmat kehidupan yang lebih mulia dan indah daripada cinta yang direstui Allah dan Rasul-Nya? Seisi alam semesta turut bahagia menyaksikan kebahagiaan mereka. Ini baru setitik nikmat yang berasal dari satu Asma Allah yang diturunkan untuk dunia. Atas nama cinta, dengan gementar, Mustafa menempelkan bibirnya ke ubun-ubun Laila.

Sumber sinopsis: PTS Litera

p/s: Adakah drama Atas Nama Cinta adaptasi dari novel-novel di atas ni. Aku rasa tak kot. Takde yang sama pun jalan ceritanya dengan jalan cerita drama ni.

Beritahu rakan-rakan anda yang lain di Facebook mengenai sinopsis novel Atas Nama Cinta ini dengan menekan butang share ini.

PELAKON & SINOPSIS ATAS NAMA CINTA DRAMA SLOT AKASIA TV3

PELAKON & SINOPSIS ATAS NAMA CINTA DRAMA SLOT AKASIA TV3

pelakon dan sinopsis atas nama cinta

Atas Nama Cinta

Maklumat terbaru yang aku terima, drama Atas Nama Cinta yang akan menggantikan drama Gemersik Kalbu, bukanlah drama Cinta Buat Emilda seperti entri sebelum ini. Drama Cinta Buat Emilda ni tak tahu pula bila akan disiarkan. Huhu..dah tukar lah pula.

Drama Atas Nama Cinta akan disiarkan mulai 13 Februari 2012, di slot Akasia,  tv3, setiap Isnin hingga Khamis, jam 7.00 malam.

Promosi tiket penerbangan MAS mulai¬†10 ‚Äď 17 Feb 2012.

 

PELAKON ATAS NAMA CINTA

Azzam Idola Kecil (Saiful masa kecil)

Nina Emylin (Cinta masa kecil)

Fiza elite (Cinta)

Shahrizal Jaszle @ Shah Jaszle (Tengku Farish)

Shah Iskandar  (Saiful/Ghaz)

Tasha Shilla (Balqis)

Aida Aris

Nor Khiriah (Zahara)

Wah Shade  (Sulaiman)

Roy Azman  (Ahmad)

Volkwagen offer!

SINOPSIS ATAS NAMA CINTA

Drama Atas Nama Cinta ini mengisahkan Ahmad yang pulang ke kampung halaman bersama anaknya,Saiful selepas melarikan diri daripada pengutip hutang. Di kampung, Saiful berkawan baik dengan Cinta dan selalu menyelamatkan Cinta dari menjadi mangsa buli budak-budak nakal.

Cinta dan ibunya berusaha mengumpul duit di dalam tabung ayam untuk membuat pembedahan jantung Cinta.

Jawab dan menang Acer ASpire One Happy!

Ciri-ciri MPV terbaru : Proton Exora Bold!

Nak dijadikan cerita, hubungan mereka renggang apabila bapa Saiful membuat onar dengan mencuri wang simpanan Zahara, ibu Cinta. Ibu Cinta mencari bapa Saiful berdasarkan gambar yang diberikannya kepada Zahara. Satu hari tu, Zahara ternampak bapa Saiful, ketika itu bapa Saiful sedang dibelasah. Zahara mendekati bapa Saiful tapi malangnya dia diragut dan ditolak sehingga terhantuk pada tangga batu.

Apakah yang terjadi seterusnya? Sama-sama kita saksikan drama Atas Nama Cinta ini.

 

DOWNLOAD ATAS NAMA CINTA

NOVEL ATAS NAMA CINTA

p/s: Heroin drama ni namanya Cinta, sama je kan dengan drama Chinta lakonan Fasha Sandha. Tajuk cerita pula sama dengan lagu Atas Nama Cinta nyanyian Rossa. Mungkin ‘Cinta’ dalam tajuk drama ni bukanlah perasaan cinta, tapi nama watak heroin, Cinta ūüėÄ

Sumber Rujukan: Anastasyea Blog, Nurizspace

Beritahu rakan-rakan anda yang lain di Facebook mengenai Sinopsis Atas Nama Cinta ini dengan menekan butang share ini.

error: Content is protected !!