JUNGLE TREKKING DAN MERENTASI HALANGAN DI AWANA GENTING HIGHLANDS GOLF AND COUNTRY RESORT

JUNGLE TREKKING DAN MERENTASI HALANGAN DI AWANA GENTING HIGHLANDS GOLF AND COUNTRY RESORT

Hari ke-4, kami bangun seawal 6 pagi. Jam 7 pagi, kami sudah mula melakukan senaman pagi untuk morning walk (melakukan jungle trekking). Senaman ini diketuai oleh Dwi Andi sebagai denda kerana dia lambat (tapi sebenarnya dia pergi toilet). Tapi best juga dia lead sebab menarik senaman yang dilakukan. Ala-ala poco-poco.

Kemudian, kami memulakan jungle trekking. Ini sebenarnya sebagai persediaan kepada kami, kerana selepas ini kami akan melakukan aktiviti yang mencabar fizikal, iaitu merentasi halangan (obstacle).

Ada banyak pacat juga di sini. Kepada yang takut dengan pacat, sila hati-hati ya.

Ramai juga blogger yang digigit pacat. Aku pun nyaris digigit, tapi mujurlah dia tak sempat gigit. Ketika aku check kaki, ternampak pacat sedang terkial-kial cuba menembusi stokinku, cepat-cepat aku cekut dan buang. Hehe..nasiba baik stokinku tebal. Tu yang ia tak dapat nak gigit tu. (takde rezeki dia lah nak dapat darah aku. 😀 )

Pacat gigit kaki Pamela walaupun berstokin.

Cara untuk mengelakkan dari digigit pacat:

1. Pakai stokin tebal. kalau stokin nipis pun dia boleh gigit juga.

2. Masukkan kaki seluar ke dalam stokin.

3. Sapu seluruh anggota badan dengan mosquito repellent.

4. Selalulah check kaki ketika berjalan di hutan tu. Kot lah dia baru je nak gigit, so kita boleh buang cepat-cepat.

Cara untuk menyuruh pacat melepaskan gigitan:

Kalau dah digigit, nak suruh ia lepaskan gigitan:

1. Titikkan minyak cap kapak pada pacat tu

2. Layangkan mosquito repellent kepadanya. Ia rasa panas, so ia akan lepaskan gigitan.

Setelah selesai jungle trekking, kami bersarapan di Pasar Ikan Bakar. Makan sikit-sikit dan ringan-ringan je, sebab lepas ni nak kena dera. Hehe…takde lah kena dera sangat pun. 😀

Selesai makan, kami bergerak ke tepi padang tempat kami berkumpul selepas melakukan aktiviti blind trail malam tadi. Di sini, kami melakukan senaman (warm up) sekali lagi.

 Blogger ceria melakukan senaman 😀 Kredit foto: Nigel

Kemudian, kami dikehendaki berjalan lagi di dalam hutan melalui trek yang telah ditetapkan sebelum tiba di tempat untuk aktiviti merentasi halangan. Aktiviti ini dikenali sebagai “Tears of The Sun”.  Inilah antara halangan yang perlu kami tempuhi.

“Bloggers, 1, 2, 3 – action!”

 Tekun je yang tengah memanjat tu!. Tak pandang kamera pun.Kredit foto: Hafiz

Turun bukit. Kredit foto: Nigel

1, 2, 3 – Jump! Ala-ala macam nak bunuh diri, tapi bukan bunuh diri. Kredit foto: Nigel

Serius je muka!. Kredit foto: Nigel. 

Yang ni seronok pula! Kredit foto: Feeq

By the way, air-air kolam ni sebenarnya sejuk sedikit. Maklumlah, air di Genting Highlands, so takde lah rasa geli sangat. Best je juga berendam dalam air kolam ni. 😀

Yang ni senang je. Hanya perlu imbangkan badan. Kredit foto: Nigel. 

Untuk aktiviti Tears of The Sun ini memerlukan team work, kerana ini adalah salat satu aktiviti team building. Aku berada dalam kumpulan 1, seramai 5 orang. Pada awalnya, kami berlima. Tapi setelah selesai beberapa halangan, salah seorang ahli kumpulan kami menarik diri dari meneruskan aktiviti. Di sini, tiada paksaan. Jika rasa nak hentikan cabaran Tears of The Sun, boleh cakap pada krew. Kemudian, kami berempat meneruskan perjuangan. Selang beberapa halangan, seorang lagi ahli kumpulan kami (Oliv) menarik diri kerana ‘celana sobek’. Kini tinggal aku dan 2 orang lagi ahli kumpulan lelaki. Pada asalnya, 3 perempuan, 2 lelaki. Tetapi di akhir-akhir halangan, Oliv masuk semula setelah mendapat kain sarung untuk menutup celana yang sobek dan akhirnya kami menamatkan aktivit berempat. 😀

*celana sobek: seluar koyak.

Ini juga team work? Oh no!. Ini team work untuk menolak Zaid ke dalam kolam. Hehe..ini hanyalah sekadar lakonan. Don’t try this at home!. Kredit foto: Feeq 

Selepas berjaya merentasi semua halangan, blogger kelihatan terlebih gembira kerana telah melepasi proses penderaan fizikal dan mental lalu menari dengan girangnya. Memang mereka menari dengan gaya bebas lah time tu.

Setelah semua peserta berkumpul, kami diajar oleh En. Zul menari Macarena. Saksikan kegirangan top 24 blogger menari Macarena:

Kemudian, En. Zul offer untuk para peserta naik ke pentas dan menari. Bella dan Hijrah ditarik kepentas, tapi kemudian Hijrah menari rentak Shakira. Fuyooh! Danial kat bawah tu pun boleh tahan juga!.

Percubaan Dwi Andi untuk menarik Jard ke pentas tapi tak berjaya:

Ehem! Ehem! =D


Kemudian, kami pulang semula ke rumah panjang untuk mandi. Selepas memnbersihkan badan, kami berjalan kaki (jungle trekking) sejauh 1km untuk turun ke Awana Genting Highlands Golf adn Country Resort, di mana kami akan makan tengahari di sana.

Aktiiviti Tears of The Sun ini berlangsung selama 2 jam dan berharga:

RM 1,400 ( 1 sessi) untuk 40 orang dan ke bawah

RM 35 ( seorang) untuk lebih dari 41 orang

Bersambung ke entri berikutnya >> MAKAN TENGAHARI DI RAJAWALI COFFE HOUSE <<

Terima kasih kepada para penaja My Selangor Story Contest 2011:

Lembaga Pelancongan Rasmi: Tourism Selangor
Sistem penerbangan rasmi: Fly Firefly Sdn Bhd
Internet rasmi: The Cube
Restoran rasmi: The Mix
Kamera rasmi: Pentax
BLIND TRAIL DI AWANA GENTING HIGHLANDS GOLF AND COUNTRY RESORT

BLIND TRAIL DI AWANA GENTING HIGHLANDS GOLF AND COUNTRY RESORT

Selepas makan kenyang-kenyang dengan makanan laut yang super sedap, kami melakukan aktiviti berikutnya yang dikenali sebagai blind trail. Kami berjalan beramai-ramai ke dalam hutan sebelum diberikan sepotong kain putih dan sehelai tisu. Kami diarahkan untuk menutup mata kawan menggunakan tisu dan kain yang diberikan. Krew My Selangor Story Contest kemudiannya check ikatan yang telah dilakukan. Nak confirm kan yang kami tak betul-betul tak nampak.

Kredit foto: Tian Chad 

Duduk berbaris sementara menunggu giliran. Peserta dilepaskan seorang demi seorang dengan jarak sela masa yang ditetapkan.  Dah macam pendatang haram pun ada. Ada juga blogger yang kata dah macam tahanan perang. Hehe 😀

Bila dah tutup mata macam ni, lama-lama mata aku rasa pedih pula. Mulalah aku terfikir untuk melelapkan mata barang seketika, kerana pada fikiranku, mesti lambat nak tunggu giliranku sebab aku didik belakang sekali.

Tapi, baru je nak lelap, tiba-tiba aku rasa seperti ada tangan yang menarik-narik lengan sweater aku. Ish! suspense juga lah aku rasa. Teringat pula pesanan En. Zul (instructor) bahawa kalau ada tangan masa kat dalam hutan ni, jangan pegang sembarangan. So, aku ignore je lah. Lepas tu, terasa lagi lengan sweater ku ditarik-tarik 2 kali. Aku rasa macam nak tepis tangan tu, tapi tak jadi. Lepas tu aku beranikan diri bertanya “siapa pula ni”. Then, terdengar suara lelaki menjawab perlahan, “bangun-bangun”. Ok, sekarang aku faham, dah sampai turn aku. Rupanya mereka pilih peserta secara rawak. Tak ikut turutan. Ish, kacau betul. Baru ingat nak tidur.

Aku pun bangun dan ikut dia jalan. Kemudian, suara laki itu bertanya kepadaku:

Suara lelaki: Dari mana ni? Indonesia ke Malaysia?.

Aku: Malaysia lah, apa pasal ramai orang ingat saya orang Indonesia?.

Suara lelaki: Manalah tahu, ramai Indonesia kat sini. Pernah buat tak aktiviti ni?.

Aku: Tak.

Suara lelaki: Kalau gitu, susah sikit lah. Ok, pegang je cotton rope ni, ikut je. Kalau dia rendah, rendahkan badan, mungkin ada dahan ke kat atas, atau tanah rendah, ada sebab lah kenapa kita rendahkan tali tu.

Aku: Ok.

Selepas beberapa langkah, dia biarkan aku jalan sorang-sorang. Jeng! jeng! jeng!. Ikut jelah tali tu kan.

Macam-macam gaya ada. Keh2..kelakar kalau diingatkan balik trick yang ada dalam blind trail ni. Kredit foto: Tian Chad 

Dalam hal aku pegang tali tu, tiba-tiba tangan aku terlanggar macam badan orang. Lepas tu aku dengar suara orang cakap “jangan! jangan!”. Suara tu suara lelaki. Tapi aku tak nak lah bercakap dengan suara tu. Lepas tu aku dengar suara perempuan pula, tapi tak tahu apa dia cakap. Aku pun berhenti dan duduk menyangkung sambil pegang tali tu. Dalam hati aku, agaknya dah sampai kot kat check point yang terakhir (tempat semua peserta berkumpul).

2 suara itu masih lagi berbicara perlahan. Aku dengar suara je tapi tak dengar butir bicara. Tak lama kemudian aku rasa macam badan orang tu bangun, dan aku rasa tali tu dah ke atas. Oh, rupanya perjalanan masih diteruskan. Then aku pun bangun dan meneruskan perjalanan.

Sehingga ke 1 tempat, aku dengar suara perempuan menyuruh aku mempercayai kawan di hadapan, dan tanganku dialihkan ke bahu orang di depanku. Dalam hati aku, bahu siapalah yang aku pegang ni. Hantam sajalah labu. Janji aku selamat sampai. Aku follow je lah langkah orang di hadapan sehingga di suruh duduk.

Kemudian, ikatan mata dibuka dan aku melihat 5 orang lagi peserta lain dah berkumpul di situ. Aku gelak je.

Berkumpul beramai-ramai setelah teraba-raba di dalam hutan. Kredit foto: Rizma.

Baru tahu, bahu yang aku pegang ialah kepunyaan Helga. 😀 Didepannya Pamela. Rupa-rupanya, Pamela berjalan terlalu perlahan dan dia berhenti seketika, tu yang jadi kami bertiga menyangkung kat tengah-tengah hutan tu. Huhu…haru betul. Gelak je kalau diingatkan balik aktiviti ni.

Lepas tu, seorang demi seorang peserta tiba. Tengok gelagat masing-masing yang masih bertutup matanya, hikhik! ^-^. luculah. Macam-macam gelagat ada. Kami yang dah sampai lebih awal ni, mulalah memperdajalkan kawan-kawan. Buat bunyi-bunyian untuk takutkan kawan-kawan. Jahat sikitlah, mentang-mentang diri sendiri dah lepas. Hehe…

Kredit foto: Tian Chad 

Malam tu adalah malam yang banyak bintang. Sementara menunggu semua peserta berkumpul, Pamela menunjukkan kami horoskop yang terdapat langit dengan menggunakan handphonenya dengan menggunakan aplikasi Google Sky Map. Wohaa! Knowledge baru untuk. Best pula tengok buruj-buruj bintang ni. 😀 I like.

Sebenarnya, motif tersirat aktiviti ini ialah untuk membina keyakinan diri dan rasa percaya kepada diri sendiri yang anda boleh lakukannya!. Yup! Semua orang boleh lakukannya. Takde yang hilang ditengah-tengah hutan tu. Hehe..

Di akhir aktiviti, ada surprise birthday parti untuk Nigel. Dengan sengaja, Nigel dijadikan sebagai peserta terakhir yang akan dilepaskan. Apabila Nigel tiba, kami menyanyikan lagu “Happy birthday” untuknya. Happy birthday, Nigel!.

Kredit foto: Tian Chad 

Selepas bergambar beramai-ramai, kami pulang semula ke rumah panjang Awana untuk tidur. Tapi sebelum tidur, supper dulu di Pasar Ikan Bakar. Keesokan harinya, kami akan melakukan aktiviti yang lebih mencabar mental dan fizikal iaitu >> TEARS OF THE SUN <<

Peta Awana Genting Highlands Golf and Country Resort.

Awana Genting Highlands Golf and Country Resort
KM13, Genting Highlands
69000 Pahang Darul Makmur, Malaysia.
Telephone: (603) 6436 9000
Facsimile: (603) 6101 3535

Terima kasih kepada para penaja My Selangor Story Contest 2011:

Lembaga Pelancongan Rasmi: Tourism Selangor
Sistem penerbangan rasmi: Fly Firefly Sdn Bhd
Internet rasmi: The Cube
Restoran rasmi: The Mix
Kamera rasmi: Pentax
ABSEILING DI AWANA GENTING HIGHLANDS GOLF AND COUNTRY RESORT

ABSEILING DI AWANA GENTING HIGHLANDS GOLF AND COUNTRY RESORT

Hari ke-3 (hari terakhir kami di Golden Palm Tree Iconic Resort And Spa), selepas bersarapan di Restoran Bila Bila, kami pulang ke bilik masing-masing untuk mengemas barang. Destinasi kami berikutnya ialah Awana Genting Highlands Golf And Country Resort.

Semua peserta berkumpul di lobi pada jam 11.30 pagi untuk proses pemulangan kunci. Seperti biasa, kami bergambar beramai-ramai di hadapan lobi resort sebelum bergerak keluar dari resort untuk makan tengahari di gerai yang berdekatan. Kami makan mee mamak.

Selepas makan, kami bertolak ke Awana. Ketibaan kami agak lewat sedikit kerana kesesakan jalan raya. Ketibaan kami disambut meriah dengan bunga manggar.

Kami kemudian ke Lobby Lounge untuk majlis perasmian dan taklimat aktiviti yang akan dijalankan. Setibanya di Lobby Lounge, kami dihidangkan dengan jus cherry sebagai welcome drink.

Di dinding, terbentang banner mengalu-alukan kedatangan kami, para peserta My Selangor Story Contest 2011.

Ucapan kata-kata aluan disampaikan oleh Syahrul Zuhara ( Pengurus PR ) dan diikuti dengan ucapan dari Dato’ Anthony Yeo (Senior VC – Hubungan Awam dan Komunikasi). Menurut Dato’, Awana Genting Highlands merupakan antara tempat tumpuan untuk Eco-tourism negeri Selangor. Menurut beliau juga, 20% dari Genting Hinglands terletak di kawasan Selangor dan selebihnya ialah Pahang.

Selepas ucapan dari Dato’ Yeo dan YB Elizabeth Wong, kami bergambar beramai-ramai di hadapan banner yang ada di sini.

Makan petang kami kali ini sedikit ringan kerana selepas ini kami perlu melakukan aktiviti fizikal. So, tak boleh makan berat-berat.

Selesai makan dan melihat video slideshow yang disediakan oleh pihak Awana untuk overview tentang aktiviti yang bakal dijalankan, kami bergambar beramai-ramai sekali lagi di hadapan banner My Selangor Story yang terdapat di luar lobby lounge ( Hehe..gambar lagi!. Asyik bergambar je kerjanya. Anyway, semua orang pun suka bergambar. Senyum je 😀 )

Saat untuk bersantai sudah semakin ke penghujungnya. Kami kemudian di bawa ke satu bilik untuk taklimat mengenai aktiviti mencabar sebentar lagi. Euuwww…macam scary je bila En. Najib Ariffin (Ketua Unit Fun & Adventure) ni terangkan kepada kami apa yang bakal kami hadapi.

Ni pula En. Zul, instructor kami untuk aktiviti yang akan dijalankan sepanjang kami di Awana Genting Highland Golf and Country Resort ini.

Selepas mendengar briefing yang menakutkan ni, kami mula bergerak keluar dari resort mendaki bukit untuk ke tempat abseiling.

Top 24 blogger gigih mendaki gunung menuju ke tempat untuk abseiling. Kredit foto: TianChad dan Feeq.

Kami akhirnya tiba di destinasi yang dituju. Perlatan untuk abseiling dah tersedia di hadapan mata dengan platform abseiling yang berkecerunan 45 darjah, dan berketinggian 7 kaki tersergam gah di hadapan mata kami.

Aku teruja sebenarnya nak melakukan aktiviti abseiling ni, kerana ni lah pertama kali aku melakukannya. Memang banyak pengalaman pertamaku sepanjang bersama MSS ni. Setelah mendengar sedikit taklimat dan pringatan dari Encik Zul, instructor kami, kami diarahkan untuk memakai harness, topi keledar dan sarung tangan untuk tujuan keselamatan. Masih ku ingat lagi, ketika En. Zul memakaikan harness di pinggangku, beliau mengucapkan ayat ini “Too slim. Terlebih diet ni”. Alamak!, segan aku bila lelaki cakap macam tu kat aku!. Dia cakap macam tu sebab dah banyak kali dia tarik tali harness tu, tapi still lagi longgar dipinggangku, sehingga akhirnya talipinggang harness tu terpaksa dilipat ke belakang.

Kami melakukan aktiviti abseiling ini dengan dua cara, iaitu secara ke membelakang (backward) dan juga secara menghadap ke hadapan (forward). Mula-mula nak turun tu cuak juga lah. Tapi lepas dah tahu tekniknya, oh..easy peasy. Laju je aku turun ke bawah. Best. seronok! Seronok!.

Setelah masing-masing berjaya melawan rasa takut (selesai menjalankan aktiviti), semua blogger kelihatan ceria. Lalu terhasillah gambar group yang terlebih bersemangat ni. Paling semangat menjerit En. Zul lah, barisan depan kat tengah-tengah tu (bukan yang meniarap tu eh). Dia lah yang menjerit paling kuat ketika proses pengambaran ini dilakukan. Dalam hati aku “semangat betul!”. Hehe.. Jangan marah, En. Zul, marah nanti kena jual. 😀

Untuk pengetahuan, aktiviti outdoor abseiling ini berharga RM 30 (untuk dewasa/seorang) dan RM 20 (untuk kanak-kanak/seorang).

Kemudian kami turun semula, menuju ke tempat penginapan kami. Penginapan kami pada malam ini bukanlah di hotel mahupun resort 5 bintang, tapi sebaliknya di Rumah Panjang Sarawak. Kisah rumah panjang dan aktiviti kami pada malam hari akan diceritakan kemudian di entri berikutnya. >> BERMALAM DI RUMAH PANJANG AWANA & MAKAN SEAFOOD SEDAP DI PASAR IKAN BAKAR <<

Terima kasih kepada para penaja My Selangor Story Contest 2011:

Lembaga Pelancongan Rasmi: Tourism Selangor
Sistem penerbangan rasmi: Fly Firefly Sdn Bhd
Internet rasmi: The Cube
Restoran rasmi: The Mix
Kamera rasmi: Pentax
error: Content is protected !!