Baju Kurung Pelikat Terkini 2016 – 2 Koleksi Warna Warni Klasik

Jika sebelum ini kami banyak keluarkan design songket yang diminati ramai, kali ini kami lancarkan 2 Koleksi Baju Kurung Pelikat khas untuk peminat fanatik design pelikat yang sentiasa cantik dipakai dalam apa jua majlis. 

Jika anda mencari-cari Baju Kurung bertemakan tradisional, klasik atau Kesultanan Melayu Melaka, 2 Koleksi baju kurung pelikat ini sangat sesuai untuk anda gayakan. 

Ia juga sesuai untuk dipakai ke mana jua majlis. Nak pakai untuk hari raya atau ke pejabat pun boleh. 

Pilih sahaja dari 2 Koleksi Terkini berikut untuk kelihatan klasik :
 

1. KOLEKSI BAJU KURUNG PELIKAT COLOR OF LOVE

 
Koleksi Color of Love dengan kombinasi pelikat tenun ala benang emas memberikan impak mewah kepada anda yang menggayakan baju ini kerana Emas sememangnya mempunyai auranya yang tersendiri. Anda pasti tahu perkara ini, kan 😉
Potongan kurung pahang yang ringkas dan sopan, tetap memberikan anda rasa anggun dan bergaya.

 

Nak bergaya tak semestinya kena pakai vogue-vogue, sarat dengan aksesori sana sini. Ada orang panggil “Pokok Krismas Bergerak”. Ops!
Zaman sekarang ni, baju yang ringkas tapi menarik, itu yang lebih digemari 🙂

Keistimewaan Baju Kurung Pelikat Color of Love

  • Potongan Kurung Pahang
  • Kain selisih batik (Tidak terbelah)
  • Mudah diGosok, Tak Panas, Tak Jarang.
  • Machine wash friendly
  • Material : Kain pelikat benang 5000
  • Saiz : SS, M, L, Xl
  • Ada 5 Kombinasi warna menarik untuk anda pilih dan gayakan dengan gembira

 


2. KOLEKSI BAJU KURUNG PELIKAT DANG ANUM

Dang Anum sinonim dengan namanya yang klasik. Tampak anggun lagi tradisi bak jelitawan di zaman silam.
Walaupun hanya dari kain pelikat, tapi siapa sangka Koleksi Baju Kurung Pelikat Dang Anum memberi aura luarbiasa dan nampak menawan.
Dang Anum dengan kombinasi pelikat tenun campuran benang emas menjadikan anda kelihatan kerlass menggayakan koleksi ini dalam semua majlis.
Sangat sesuai untuk anda gayakan pada majlis yang bertemakan “Klasik” atau “Kesultanan Melayu Melaka” atau tema “Tradisional“.
Walaupun design Koleksi Dang Anum ini ringkas dan sopan, namun ia tetap memberikan impak anggun dan bergaya dengan potongan kurung pahang.

Keistimewaan Baju Kurung Pelikat Dang Anum : 

  • Potongan Kurung Pahang
  • Kain selisih batik (tak terbelah)
  • Mudah digosok, Tak panas, Tak jarang
  • Machine wash friendly
  • Material : Kain pelikat benang 5000
  • 5 Warna-warni pilihan untuk anda gayakan.
  • Saiz : SS, S, M, L, XL
===
HARGA
===
RM 160  (Semenanjung)
RM 165 (Sabah / Sarawak)
===
CARA ORDER
 ===
 SMS / WhatsApp “Kod baju & Saiz” ke 019 – 776 3820
SMS / WhatsApp “Kod baju & Saiz” ke 019 – 776 3820
 SMS / WhatsApp “Kod baju & Saiz” ke 019 – 776 3820

 

Nak tengok lebih banyak koleksi? Klik pautan ini >> As Syahid Collections <<

 

error: Content is protected !!