MPH ONLINE TERIMA BAUCAR BUKU 1 MALAYSIA

MPH ONLINE TERIMA BAUCAR BUKU 1 MALAYSIA

Selain dari kedai buku MPH, Baucar buku 1 Malaysia 2013 juga boleh digunakan untuk beli buku di MPH Online. Yang boleh beli dengan baucar buku ni kat MPH online cuma buku, majalah, jurnal dan juga alat bantuan pendidikan (alat tulis rasanya ni).

mph ONLINE terima baucar buku 1 malaysia

MPH Online terima baucar buku 1 malaysia

Baucar buku boleh digunakan di MPH Online sehingga 19 May 2013. Tapi sebelum beli gunakan baucar buku ni, kena fahamkan syarat-syarat penggunaannya dulu:

Cara-cara gunakan BB1M untuk beli buku di MPH Online:

1. Semak dulu sama ada poskod kawasan tempat tinggal anda boleh gunakan baucar ni atau tak. Klik SINI.
2. Ikut langkah-langkah untuk buat pembelian.
3. Email pengesahan akan diberikan untuk transaksi yang berjaya.
4. Selepas PosLaju dah ambil bungkusan dari MPHOnline, satu lagi emel akan dihantar kepada anda untuk memberitahu pelanggan.
5. PosLaju akan hubungi anda untuk waktu penghantaran.
6. Tunggu posmen Poslaju  sampai.
7. Ketika barang sampai, tunjukkan dokumen berikut. Kegagalan memberikan dokumen berikut akan menyebabkan kegagalan penghantaran.    (Sila rujuk Terms and Conditions).
a. Original IC  (untuk posmen verify)
b. BB1M
c. Baki duit (jika berkaitan)
8. Terima barang.

Syarat guna baucar buku di MPH Online

  • MPHOnline.com terima baucar buku 1 Malaysia untuk  kawasan poskod yang terpilih sahaja. klik SINI
  • Penggunaan BB1M untuk pembelian minimum RM100.00
  • Untuk setiap transaksi, maksimum 5 helai baucar sahaja dibenarkan.
  • Hanya baucar asal dengan maklumat yang lengkap sahaja (cth: nama penuh, MyKad IC/Army ID/Police ID dan stem Institusi )  akan diterima.
  • Baucar yang masih belum expired sahaja yang akan diterima.
  • Baucar boleh digunakan untuk beli buku akademik, jurnal, peralatan saintifik dan pendidikan mengikut keperluan pelajaran masing-masing.
  • Jika jumlah pembelian lebih dari nilai baucar yang digunakan, anda perlu top up baki yang kurang dengan wang anda sendiri. Jika jumlah pembelian kurang dari nilai baucar, baki tidak akan dipulangkan.
  • Anda perlu tunjukkan MyKad IC/Army ID/Police ID yang matches dengan maklumat di baucar sebagai bukti pemilikan, nilai BB1M yang betul dan tambahan wang tunai (jika berkaitan) ketika parcel sampai.
  • PosLaju berhak tahan barang ketika penghantaran, dan tidak menerima baucar buku jika maklumat yang diberikan tidak lengkap, koyak, baucar palsu, setem Institusi tak jelas atau orang yang ambil barang bukan pemilik baucar.
  • Selepas posmen dah semak semua requirements menepati, parcel akan diserahkan kepada anda.
  • Jika anda tak available semasa parcel sampai, parcel akan diserahkan semula kepada pejabat pos untuk anda ambil sendiri di kaunter. Jika parcel tak dituntut selama 14 hari, parcel akan dipulangkan ke MPH dan order ini dikira BATAL.

Ok, ni lah dia syarat guna baucar buku di MPH Online kalau ada yang berhajat nak beli buku-buku yang ada di MPH Online ni. Klik SINI untuk shopping di MPH Online.

Lihat senarai tempat dan kedai yang boleh guna baucar buku 1 Malaysia di SINI <<

Like FB page syaisya.com untuk maklumat baru akan datang. Klik like untuk share info ini dengan rakan-rakan anda di FB 😀

SENARAI TEMPAT YANG TERLIBAT TERIMA BAUCAR BUKU 1 MALAYSIA

SENARAI TEMPAT YANG TERLIBAT TERIMA BAUCAR BUKU 1 MALAYSIA

Ramai yang dah dapat baucar buku 1 Malaysia, tapi tak tahu di mana tempat / kedai yang terima baucar buku 1 Malaysia ni. Walaupun aku masih belum terima lagi baucar buku ni, tapi adalah juga buat survey kat kedai-kedai buku, tengah fikir dan plan macam mana nak gunakan baucar buku 1 Malaysia bernilai RM250 ni.

Banyak tu RM 250. Macam-macam boleh beli. Lebih-lebih lagi bila aku dapat tahu, jika menggunakan baucar buku sebanyak RM250 di kedai buku Popular, dalam 1 resit, Popular akan bagi lagi baucar buku Popular RM50 + kad keahlian Popular. Haaa… tawaran yang menarik, kan. RM 250 + lagi RM 50, total boleh dapat RM300 baucar buku. Yabedabeduuu… I like!. Tapi aku memang dah ada kad Popular dah pun.

kedai buku yang tebus baucar buku 1 malaysia

Tebus baucar buku di Popular dapat free baucar lagi

Tapi tulah, kenalah plan betul-betul kan, nak beli apa, kalau nak habiskan one shot RM 250 tu. Tu yang aku survey sana sini. Ada buku yang aku nak beli, tapi takde pula kat kedai Popular ni. Ada kat MPH atau Badan Cemerlang Plaza Angsana pula. So, kenalah fikir betul-betul.

Boleh beli external hard disk dengan baucar buku 1 Malaysia?

Ramai yang berhajat nak beli external hard disk dengan baucar buku ni. Boleh ke tidak, beli hard disk ni dengan baucar buku?. Jawapannya, boleh. Kalau kedai Popular tu, memang dia bagi beli apa je dengan baucar buku tu. Beli je lah apa pun barang yang ada dalam kedai tu. So, kenalah cari kedai Popular yang ada jual external hard disk ya, kalau nak beli hard disk guna baucar buku ni. 😀

Semalam, aku pergi Jaya Jusco Bukit Indah, Johor Bahru, Popular kat sana ada external hard disk. Kalau 1 Tb, harga dalam RM 279. So kena tambah sikitlah duit kalau nak guna baucar buku tu. Tapi, kalau external hard disk 500Gb,  harga dalam linkungan RM179 je. 😀 Printer pun banyak kat sana. Rasanya boleh juga beli printer. Syarat pembelian menggunakan baucar buku di Popular memang tak ketat.

UPDATE TERKINI: Syarat guna baucar buku di Popular kini sudah ketat. 80% mesti beli buku, 20% baru boleh beli stationary. Contoh, kalau belanja sekeping baucar RM50, RM40 mesti buku, baki RM10 baru boleh beli barang lain.

Kat Popular, kalau belanja RM150 baucar buku, boleh dapat percuma RM 10 baucar Popular + kad Popular. Maka, aku sedang merancang, bagaimana nak gunakan baucar buku ini sebaiknya. Ada banyak sebenarnya buku yang aku nak beli. Antaranya buku mengenai pelaburan emas, pelaburan silver, buku perniagaan / buku buat duit di internet, buku agama / buku motivasi. Beli novel?. Erm… mungkin aku beli novel guna baucar buku Popular yang RM 50 tu. Plannya macam tu lah. Hehe 🙂

Zain Saidin Nikahi Rozita Che Wan

Guna baucar buku beli aksesori komputer di PC Fair / Book Fair

Nak beli hard disk tak, guna baucar buku 1 Malaysia ni?. Erm… aku sedang pertimbangkan. Sebab aku dah ada pun external hard disk 1 Tb. Dah nak penuh dah pun hard disk ni. Pastu laptop baru Lenovo aku ni pun, hard disk nya 1 Tb juga. Rasa macam tak perlu kot kalau aku nak beli external hard disk ni.

Tambahan pula, punyalah banyak pendrive aku. Tahun lepas, sempat lagi tu aku beli pendrive 16 Gb guna baucar buku ni. Hehe… masa tu beli kat Book Fair yang pihak UTM anjurkan. Memang boleh tebus baucar buku kat book fair ni. Dan ada juga booth yang jual barang komputer. Sah-sah lah boleh beli barang computer kat sini guna baucar tu je. Hihi.. best kan?.

Tahun ni pula, siap ada PC Fair kat UTM. Dan kat banner pun terpampang tulis “Tebus Baucar Buku Anda Di Sini”. 😀  Terbaik lah!. Tak yah pening-pening kepala student UTM Skudai ni nak cari tempat yang boleh tebus baucar buku 1 Malaysia ni. Kat kedai komputer dalam UTM ni pun terima baucar buku tu. Yeehaaa…

Senarai syarikat atau kedai buku yang menerima Baucar Buku 1 Malaysia BB1M 2013:

1. Syamoz Sdn Bhd

2. Sykt Muda Osman Sdn Bhd

3. BN Supplies & Trading

 4. Dynamik

5. Popular Bookstore

6. Boarders

7. Arena Ilmu

8. A/C Book Sdn Bhd

9. Syarikat My Bookstore Sdn Bhd (buku terbitan UNIMAS sahaja dengan potongan 10%)

 10. Uniworld Bookstore (Kota Samarahan) (buku terbitan UNIMAS sahaja dengan potongan 10%)

11. MPH

12. Kinokuniya

13. PTS

14. Kedai/koperasi buku universiti korang

 15. Badan Cemerlang Plaza Angsana, JB.

Tapi kalau kat Badan Cemerlang ni, barang yang boleh dibeli menggunakan baucar buku ialah buku ilmiah, majalah ilmiah dan juga jurnal sahaja. Kalau ada balance lagi sikit untuk cukupkan RM250 / RM50 untuk guna baucar tu, baru lah dibenarkan untuk beli alat tulis / stationery. Itulah yang tertera di board depan kedai Badan Cemerlang ni 😀

p/s: Actually, banyak nama kedai / syarikat kat atas ni yang aku pun tak tahu tempatnya. Kalau Kinokuniya tu taulah kat mana. Kat Suria KLCC. Hehe… mesti banyak pilihan kat Kinokuniya tu kan. Maunya bertapa 5 jam dalam tu kalau nak pilih buku. Ngeh3…

Jom like FB page syaisya.com untuk info lebih lanjut baucar buku 1 Malaysia ni. Entri ni pun dah panjang. Akan ada entri susulan nanti. Ada banyak tempat yang best ni aku jumpa untuk tebus baucar buku ni. Tapi kat Low Yatt tak pasti pula boleh guna ke tak baucar buku 1 Malaysia ni. 😀

Tekan like / tweet untuk share info ni dengan kawan-kawan 😀

MPH WAREHOUSE SALE TERIMA BAUCAR BUKU 1 MALAYSIA

MPH WAREHOUSE SALE TERIMA BAUCAR BUKU 1 MALAYSIA

MPH warehouse sale akan diadakan di Bangunan TH, Petaling Jaya pada 6-11 Mar, 2012 dan baucar buku 1 Malaysia boleh digunakan di sini.

mph warehouse sale 2012

Boleh rujuk peta di bawah ini untuk lokasi warehouse ini diadakan. Jadi, para pelajar bolehlah menggunakan baucar buku RM200 masing-masing di sini.

peta MPH warehouse sale 2012

peta MPH warehouse sale 2012

>> Ekspo Buku Islam terima baucer buku <<

Beritahu rakan anda yang lain di Facebook tentang MPH warehouse sale ini dengan menekan butang shara ini.

error: Content is protected !!