BAJET 2013 BONUS 1 SETENGAH BULAN GAJI KAKITANGAN KERAJAAN
bonus satu setengah bulan gaji untuk kakitangan kerajaan dalam bajet 2013. pasti ramai yang suka, kan. sebelum ini telah dibayar setengah bulan gaji pada aidilfitri lalu, lagi setengah bulan bonus akan dibayar pada bulan disember, baki lagi sebulan pada januari 2013.
BR1M diteruskan dengan tambahan rm250 untuk yang berumur 21 tahun kebawah yang berpendapatan kurang rm2000.
baucer buku rm250 akan diberikan kepada semua pelajar ipta.
peminjam ptptn yang melangsaikan baki hutang secara lump sum dalam tempoh satu tahun bajet 2013, akan dapat diskaun 20%. manakala yang bayar secara ansuran akan diberikan diskaun 10%.
ada beberapa perkara lagi dalam bajet 2013, tapi setakat ini je yang aku dapat ingat. dengar kat radio era masa drive tadi. sekarang taip enti ni menggunakan tab 8.9 sambil layan cornetto sunday kat mcd ni. nyum nyum.
apa yang menarik bagi aku dalam bajet 2013 ni ialah 2 perkara yang terakhir tu. sebab aku ni student ipta. hutang ptptn aku pula baki hanya rm1000 je. insyaAllah, boleh bayar lump sum dalam tempoh setahun ni. hehe… sekurang-kurangnya, boleh jimat rm200. banyak juga tu.
sorry entri ni tulisan kecil semua, sebab aku malas nak jadikan dia huruf besar. kurang gemar buat entri guna tab ni. tapi keadaan tak mengizinkan untuk akuguna laptop.
tekan like untuk kongsi bajet 2013 ini dengan rakan-rakan anda di fb.