7 Tip Hasilkan Pendapatan Sampingan

Ramai yang mencari pendapatan sampingan sekarang ni memandangkan harga barang semakin naik dan keperluan hidup semakin meningkat. Tapi, ramai juga yang buntu, tak tahu nak buat apa untuk dapatkan pendapatan sampingan. 
.
Jangan bimbang. Artikel kali ni Sya akan kongsikan 7 tip untuk anda hasilkan pendapatan sampingan. 
.
Teruskan baca sehingga habis. Kemudian, anda boleh lah pilih nak jana pendapatan sampingan guna tip yang mana satu. 
.
Berikut adalah 7 tips untuk membantu hasilkan pendapatan sampingan:.

1. Kenal Pasti Kemahiran dan Hobi Anda

.

Nilai kemahiran, bakat, dan hobi anda. Pertimbangkan apa yang anda pandai lakukan dan apa yang anda nikmati lakukan pada masa lapang.

.

Hobi dan kemahiran ini boleh melibatkan reka bentuk grafik, penulisan, pengaturcaraan, fotografi, kerajinan, tuisyen, memasak, menjahit, mengait, atau bermain alat muzik. Manfaatkan kemahiran yang anda ada untuk menjana pendapatan sampingan yang menguntungkan. Sambil-sambil anda melakukan hobi, anda boleh dapat duit. Seronok, kan?

.

2. Pekerja Bebas (freelancer) atau Perundingan (consultant). 

.

Setelah anda mengenal pasti kemahiran anda, pertimbangkan menawarkan perkhidmatan anda sebagai pekerja bebas (freelancer) atau perunding (consultant).

.

Platform seperti Upwork, Freelancer, dan Fiverr membolehkan anda berhubung dengan pelanggan yang mencari pelbagai perkhidmatan.

.

Anda juga boleh menawarkan khidmat perundingan jika anda berpengalaman dan pakar dalam bidang-bidang tertentu seperti pemasaran digital, perniagaan, pemasaran, teknologi, atau bidang lain.

.

3. Penciptaan Kandungan Dalam Talian (content creator)

.

Jika anda suka menulis, buat video, atau podcasting, anda boleh memonetisasi kandungan anda melalui platform seperti YouTube, Medium, Patreon, tiktok, IG, Facebook atau podcast. Apabila kandungan anda mendapat perhatian, anda boleh mendapat pendapatan melalui iklan, sponsor, pemasaran rakan kongsi, dan sokongan langsung dari penonton anda.

.

Jika anda berminat untuk membina pendapatan sampingan dengan Youtube, anda boleh belajar Cara Buat Duit Dengan Youtube di sini

.

4. E-dagang dan Penghantaran Langsung

.

Jika anda berminat untuk menjual produk fizikal, e-dagang dan penghantaran langsung,COD boleh menjadi pilihan yang baik.

.

Anda boleh menubuhkan kedai dalam talian menggunakan platform seperti Shopify atau WooCommerce, dan mendapatkan produk daripada pembekal.

.

Model perniagaan ini tidak memerlukan anda menyimpan stok, kerana produk dihantar terus dari pembekal kepada pelanggan.

.
5. E-hailing
.
Jika anda ada kereta, boleh gunakan kereta anda itu untuk jadi pemandu grab. Jika anda ada motor, boleh gunakan motor tersebut sebagai foodpanda / grab. Hasil dari e-hailing ini, anda boleh gunakan untuk bayar kereta tiap-tiap bulan.

.

6. Pendapatan Sewaan dan Ekonomi Berkongsi

.

Jika anda mempunyai aset seperti bilik kosong, rumah, kereta, atau peralatan kamera, anda boleh memanfaatkannya dalam ekonomi berkongsi.

.

Platform seperti Airbnb, Turo, dan Fat Llama membolehkan anda menyewakan bilik, kenderaan, dan barang lain untuk mendapatkan wang tambahan. Pastikan selidik terlebih dahulu peraturan tempatan dan panduan keselamatan sebelum terlibat.

.
7. Dropship atau affiliae
.
Dropship dan affiliate ni sekarang menjadi pilihan ramai untuk jana pendapatan sampingan. Sebab, dropship dan affiliate tidak perlu modal duit dan tak perlu pegang stok.
.
Untuk affiliate,
Anda boleh memilih sama ada nak jadi affiliate produk digital atau produk fizikal. 
.
Produk fizikal – apa-apa produk yang boleh dipos dan dipegang. 
.
Produk digital – produk dalam bentuk ebook, video, kelas/seminar dan sebagainya. 
.
Jika anda berminat serius untuk menjana pendapatan sampingan sebagai affiliate, tekan butang hijau di bawah untuk daftar PERCUMA program Affiliate Azadel sekarang :
.
Untuk dropship – 
Anda boleh join mana-mana founder / brand yang ada ambil ejen dropship. Untuk dropship, ada founder yang kenakan yuran komitmen, ada juga yang percuma. Anda boleh pilih yang mana anda suka. Biasanya, untuk join dropship yang berbayar, founder akan guide dan ajar anda cara untuk anda berjaya buat duit sebagai dropship.  
.
Jika anda perlukan bimbingan yang mendalam untuk berjaya dalam dropship dan ada impian untuk membina perniagaan anda sendiri bermula dengan dropship, Sya rekemen anda belajar dengan Pok Nik.  
.
TIP TAMBAHAN MEMBINA PENDAPATAN SAMPINGAN

.

Ingatlah bahawa membina pendapatan sampingan yang berjaya memerlukan masa, usaha, dan konsistensi. Penting untuk menguruskan masa anda dengan berkesan, menetapkan matlamat yang jelas, dan menjaga keseimbangan antara pekerjaan utama, pekerjaan sampingan, dan kehidupan peribadi anda.

.

Sentiasa rekod pendapatan dan perbelanjaan anda, serta sebarang tanggungjawab undang-undang atau cukai yang berkaitan dengan aktiviti pendapatan sampingan anda. Jangan lupa, setiap tahun submit borang e-filing cukai, kerana setiap pendapatan yang anda terima, termasuk pendapatan sampingan perlu di declare kepada LHDN. 

.
APA PILIHAN ANDA 
.
Macam mana? Dah dapat idea nak buat apa untuk dapatkan pendapatan sampingan? Komen di bawah anda nak buat apa untuk pendapatan sampingan anda. Sya doakan anda berjaya jana pendapatan sampingan yang konsisten. 
.
.

SIAPAKAH TITAN SI BLOGGER KACAK? PERTANDINGAN REVIEW EARNCENT 2011 SIRI 2

Entri ini adalah sambungan dari entri PERTANDINGAN REVIEW BLOG EARNCENT 2011 (SIRI 1), maka entri ini merupakan siri ke-2 untuk pertandingan ini. Blog Earncent.com dikelolakan oleh seorang anak muda yang baru sahaja menginjak usia 27 tahun ketika Malaysia vs Singapore Kelayakan Piala Dunia Zon Asia di Bukit Jalil lalu. Pemuda kacak berusia 27 tahun ini kecewa kerana tak dapat hadiah hari lahir dari skuad bolasepak kebangsaan Malaysia setelah tewas di tangan Singapura.

SIAPAKAH TITAN SI BLOGGER KACAK?

Nama sebenar pemuda yang sering menggunakan perkataan ‘kacak’ di dalam entri-entri di blog earncent.com ini ialah Ahmad Faizal dan beliau telah memilih nama Titan sebagai nick name di blog ini. Titan merupakan graduan Universiti Malaysia Sabah (UMS) dalam bidang Geologist.

SEJARAH TITAN DAN BLOG

Beliau mula menulis blog pada tahun 2005 menggunakan platform blogdrive.com. Blog pertama beliau ini lebih kepada personal dan tempat beliau merepek. Di sinilah terhimpunnya segala kisah suka duka, kisah lara, kisah pukul orang sewaktu beliau bergelar mahasiswa di UMS. Blog ini masih lagi kekal wujud di alam maya ini, cuma beliau merahsiakan url blog tersebut.

TIDAK MUDAH BERPUTUS ASA

Titan yang aku kenali sejak awal tahun ini (2011) merupakan seorang yang tidak mudah berputus asa. Malah, tak melampau kalau aku ingin mengatakan bahawa istilah ‘putus asa’ seperti tidak wujud dalam kamus hidup beliau, walaupun satu ketika dahulu, beliau pernah di ban oleh pihak Google Adsense.

Ketika itu, gelombang blogspot mula menyelubungi dunia blog pada pertengahan tahun 2005. Titan tidak mahu ketinggalan dan mula setup blog menggunakan platform tersebut. Akibat terpengaruh dan terlalu teruja untuk mengejar cek dari Adsense yang menjadi kegilaan ramai blogger ketika itu, Titan dengan ghairahnya membina 10 blog semata-mata untuk adsense. Namun, beliau menerima natijahnya dalam masa tak sampai 3 bulan apabila akaun adsense beliau di ban akibat mengklik sendiri iklan-iklan yang ada.

Semangatnya untuk buat duit dengan blog masih berkobar walaupun tanpa adsense. Agi Idup Agi Ngelaban!. Titan meneruskan perjuangannya untuk membuat duit dengan blogspot. Entri di tulis setiap hari. Segala macam program yang boleh membuat duit dicuba (Reviewme, Blogvertise, Payperpost dan macam-macam lagi), tidak kiralah senang atau susah.

SUKA MEMBUAT UJIKAJI

Beliau sentiasa membuat ujikaji dalam semua program yang dijumpai. Prinsip beliau, tidak perlu takut untuk mengambil risiko dan tak perlu gentar untuk rugi dalam ujikaji. Pelbagai ujikaji dilakukan dengan blogspot. Walaubagaimanapun, atas alasan-alasan yang tertentu, beliau beralih arah kepada platform WordPress dan membeli domain dan hosting sendiri. Inilah dia asal usul kewujudan blog earncent.com ini.

Hasil kesungguhan beliau menjalankan ujikaji demi ujikaji untuk mencapai matlamat utama untuk buat duit dengan blog, kini, beliau telah berjaya menjana pendapatan dari blog-blog peliharaan beliau yang bersepah-sepah di alam maya ini. Ratus ada dah kot blog-blog belaan Titan ni. 😀  Setiap bulan, pendapatannya dari blog adalah 3 angka, 4 angka pun ada, 5 angka pun beliau pernah dapat juga. Banyak komisen yang beliau dah dapat dari pelbagai program affiliate yang diceburi. Antaranya:

TNX : Komisen ke-81

Paid-to-Promote.net : Komisen ke-22

Innity : Komisen ke-9

BuatCoklat.com : Komisen pertama

Ada banyak lagi program-program yang disertai, tapi tak larat aku nak senaraikan di sini. Kalau korang berminat nak tahu, pi lah godek entri-entri di earncent.com.

KATA-KATA SAKTI

Kata-kata sakti dari Encik Titan kepada blogger-blogger lain yang ingin buat duit dengan blog:

kalau ko mahu duit, buat cara mahu buat duit. Kalau ko mahu dapat awek, tackle awek betul-betul. Kalau ko mahu jadi blogger, serius betul-betul mahu jadi blogger. Bukan sebab orang lain jadi blogger, ko pun nak mengaku jadi blogger gak..

Pertandingan Earncent Review 2011 ini dianjurkan oleh Earncent.com danAhmadFaizal.com. Hadiah ditaja oleh TitanPanduanTNX.com, Blog Kari-Ngeri.com,AnakDunia dan Ohcikgu.com

p/s: Alhamdulillah, akhirnya siap juga entri review ni setelah tertangguh hampir sebulan. Kepada Titan, kalau ada info salah yang tertera dalam entri ni, harap bolehlah menegur. Nanti Sya betulkan. Siri ke-3 iaitu siri terakhir akan dibuat esok. Entri ni pun dikarang dalam keadaan mengantuk. Huwaaaa…..nak tidur…esok kena anyam ketupat. Dah nak raya!. 😛

error: Content is protected !!