Notice: Undefined index: extension in /home/eertoado/public_html/wp-content/themes/Divi/epanel/custom_functions.php on line 1471
Notice: Undefined index: extension in /home/eertoado/public_html/wp-content/themes/Divi/epanel/custom_functions.php on line 1471
JANA DUIT TANPA MODAL |KOMISEN AFFILIATE ASHADEE KE 7
JANA DUIT TANPA MODAL DENGAN AFFILIATE – KOMISEN ASHADEE KE 7
Semalam hari Rabu. Aku buat selamber je. Walaupun untuk beberapa Rabu yang lalu sepanjang bulan 10 dan 11, aku suka dan menantikan hari Rabu.
Kenapa dengan Rabu?.
Ada apa dengan hari Rabu?.
Owh, ini bukan sebab Wordless Wednesday, ya. Tak ada kaitan langsung. Dah lama tak buat entri Wordless Wednesday sebenarnya. Ohoho…
Tapi, aku tunggu hari Rabu sebab…
Sebab… Ashadee bayar komisen hari Rabu… tapi bukan setiap Rabu, selang seli. 2 minggu sekali, dapat payment.
Alkisah… Rabu kali ni aku buat derk je.. sebab ingatkan tak ada lagi dah komisen aku…
Malam tu nak transfer duit ke adik aku, patutnya aku buka cimbclicks, tapi tersilap pula. Ter’login’ maybank2u. Terkejut tengok tiba-tiba duit jadi banyak. Aik!. Dari mana datang ni?.
Terus lah aku check today’s transaction.
Taraaaa!!!!
Surprise dari Ashadee!.
Dalam hati aku “Oh, ada lagi rupanya komisen aku, ingatkan semua dah dapat bayarannya. Alhamdulillah 🙂
Oleh yang demikian, ini merupakan Komisen Affiliate melalui Ashadee ku yang ke-7
Of course lah aku suka. Dapat duit kan, mestilah suka!. Ke ada orang yang tak suka dapat duit?. Kalau korang tak suka dapat duit, bak mai duit tu kat aku, meh!. Hehe… ^_^
Anyway, bulan 10 memang aku aktif juga promote ebook yang ada kat Ashadee. So, hasilnya masih dapat dituai sehingga sekarang. Alhamdulillah.
Itu lah yang bestnya buat duit dengan affiliate ni, tak yah buat kerja parah-parah sangat. Set and go pun boleh.
Mula-mula masa nak setting tu, banyak juga lah masa dikorbankan. Tapi, lepas-lepas tu, boleh je tinggalkan.
Dan masih lagi berhasil. Cuma hasilnya tak sama dengan beriya-iya promote lah kan. Ini aku promnote koboi-kobi je ni. Buat duit online je, dari rumah, duduk depan laptop je ketuk-ketuk keyboard. Hehe ^_^
Buat Duit Tanpa Modal Dari Rumah Dengan Affiliate
Program affiliate adalah salah satu cara buat duit tanpa modal dari rumah yang boleh dilakukan secara online sahaja.
Bukan setakat tanpa modal, malah dengan affiliate juga, kita boleh jana duit tanpa produk sendiri, sebab affiliate ni, kita promote produk orang lain, tak kiralah ebook ke, video ke, seminar ke… apa-apalah.
Produk fizikal pun ada juga yang buat program affiliate seperti Lazada.
Kalau join affiliate ni, tugasnya hanya promote link affiliate. Kalau ada orang beli dari link affiliate kita, maka kita akan dapat komisen.
Mungkin anda yang baca entri ni dah biasa dengan affiliate kan?. Macam mana?. Mesti dah banyak dapat buat duit dengan affiliate, kan?. Kalau dah banyak, tahniah!.
Kalau belum banyak, atau tak pernah dapat duit pun dari program affiliate, don’t worry. Boleh teruskan belajar dan berusaha.
Mula-mula dulu masa pertama kali aku cuba buat duit tanpa modal dengan affiliate ni pun, nak nangis juga lah. Hihi.. Pengakuan jujur ni ^_^
Yang penting, ada niat yang suci murni untuk buat duit dengan affiliate. Cari rezeki yang halal dan diberkati, untuk tambah pendapatan sampingan atau kalau yang masih belum bekerja, memang sangat sesuai buat duit dengan affiliate ni.
Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. Cuma, kita boleh pilih, nak lalu jalan jauh ke… nak lalu jalan dekat ke… nak lalu highway ke… nak lalu jalan kampung ke…
Pilih lah yang mana-mana pun, asalkan dapat sampai ke destinasi yang dituju dengan selamat (matlamat yang ingin dicapai).
Kalau anda baru ni tahu tentang kewujudan program affiliate, tapi nak juga jana duit tanpa modal dengan affiliate, bukan tu je, malah teringin juga nak merasa keseronokan dapat duit dengan affiliate ni, tapi tak tahu macam mana nak start, daftar je nama dan emel DI SINI.
InsyaAllah, anda akan diajar step by step bagaimana cara untuk buat duit dengan affiliate. InsyaAllah, anda akan faham dan rasa tak lah susah sangat buat duit dengan affiliate ni!.
Jika anda serius nak belajar cara jana duit online tanpa modal dari rumah dengan affiliate, anda boleh tonton Video Tutorial Cara Simple Buat Duit Dengan Affiliate Dalam Tempoh Kurang 24 Jam ini.
Jom buat duit dengan affiliate! 🙂
PROGRAM AFFILIATE KOMISEN 5 TIER WANG DOT COM KINI DILANCARKAN
Program Affiliate 5 tier kini di lancarkan…
Pagi ni aku dapat tahu mengenai 1 lagi program affiliate baru yang menawarkan komisen 5 tier. Wow! 5 tier, ok. Lumayan juga ni, boleh dapat komisen banyak kali.
Komisen akan dibayar 2 kali dalam sebulan :
1) Pada setiap 1, 2,dan 3 haribulan (awal bulan).
2) Pada setiap 15, 16 dan 17 haribulan (pertengahan bulan).
Minimum payout ialah RM10.
Produk yang boleh dipromote :
– Produk Fizikal (baju, kasut, produk kecantikan, etc)
– Produk Digital (ebook, software , etc)
– Servis (servis translate, bina website, etc)
Nak daftar sebagai agen affiliate ni PERCUMA sahaja. Boleh daftar di SINI –> http://syaisya.com/Affiliate Wang Dot Com
Daftar Sebagai Merchant PERCUMA
Lagi satu, bukan setakat boleh jadi affiliate, tapi boleh juga jadi merchant. Kalau ada produk sendiri untuk dijual, bolehlah letakkan produk sendiri di sini untuk dipromosikan oleh agen-agen. Dengan cara ini, produk kita lagi mudah terjual kerana akan mempunyai agen-agen yang ramai untuk membantu mempromosikan produk kita tu.
Produk yang boleh dijual :
– Produk Fizikal (baju, kasut, produk kecantikan, etc)
– Produk Digital (ebook, software , etc)
– Servis (servis translate, bina website, etc)
Terma dan syarat untuk jadi merchant mudah je. Boleh rujuk sini –> Merchant Wang Dot Com
TAK perlukan sebarang modal untuk sertai program affiliate ataupun untuk jadi merchant dan masukkan produk sendiri untuk dijual.
InsyaAllah, next year baru boleh letakkan produk untuk dijual. Tapi dah boleh mula daftar sebagai agen affiliate sekarang ni.
Semuanya percuma.. Daftar sekarang. Boleh lah tambah duit poket dengan jana pendapatan sampingan secara online a.k.a buat kerja dari rumah ni. Tak susah pun sebenarnya. Daftar pun PERCUMA je kan. Tak keluar duit walau satu sen pun ^_^
PELUANG BUAT DUIT DENGAN PROGRAM AFFILIATE KOMISEN 2 LEVEL
Buat Duit Dengan Program Affiliate Paling Best 2013
Hari ni aku nak kongsi dengan rakan-rakan blogger dan juga pembaca blog syaisya.com tentang peluang buat duit dengan program affiliate yang sangat best sebab boleh dapat komisen sehingga 2 level. Komisen 2 level bermaksud, bukan setakat dapat komisen hasil jualan sendiri, tapi dapat juga komisen hasil dari jualan orang yang beli sistem ini dari anda.
Berapa banyak komisen boleh dapat?. Meh tengok komisen yang akan diterima ni:
Haa… lumayan, kan?. Tak nak ke?.
Selain itu, dalam Pakej Jualan Pro ini, Rahman Basri juga menambah 2 lagi cabang pendapatan yang sangat mudah untuk diperolehi iaitu :
Ini bermakna ada dua cabang pendapatan dalam Sistem Jualan Pro ini iaitu :
1. Sistem Jualan Pro (Lengkap dengan replika web dan sistem autoresponder dan pelbagai video dan ebook affiliate)
2. CD MP3 Idea Bisne Dari Rumah
Ini adalah antara pendapatan sampingan dari rumah yang berjaya di jana oleh salah seorang pengguna Sistem Jualan Pro :
Apa rahsia diorang ni buat duit dengan affiliate boleh dapat komisen banyak macam ni dalam masa yang singkat?.
Berdasarkan pengalaman dan pengamatan Sifu Internet Marketing, Rahman Basri, beliau mendapati senjata utama dalam kejayaan seseorang ahli affiliate ialah mempunyai senarai List yang ramai dan targeted, yang mampu menghasilkan jualan. Jika anda nak tahu, list ialah mereka yang berminat dengan produk yang anda tawarkan.
Jika anda hendak buat duit di internet, tidak kira apa juga produk yang anda jual anda mestilah mempunyai laman web yang membina list secara automatik! List yang aktif dan tidak sabar menerima maklumat daripada anda! ~ Rahman Basri
Tetapi, untuk mendapatkan senarai list yang banyak, ia bukanlah kerja mudah. Banyak benda kena set up dan pastinya memakan masa yang lama untuk mendapat list yang aktif. Memang payah untuk orang yang baru nak berjinak-jinak dengan dunia affiliate untuk mempunyai list yang banyak dan targeted ini.
Sebab itulah, Rahman Basri menyediakan satu sistem yang bukan sahaja mampu membina list, malah sistem ini berjaya menjana pendapatan yang diluar dugaan.
Apakah dia sistem yang hebat ini?
Sistem ini dikenali sebagai Sistem Jualan Pro (SJP). Apabila anda menjadi pengguna Sistem Jualan Pro, anda mendapat satu sistem buat duit lengkap berikut:
Ya. Sistem Jualan Pro adalah satu sistem yang lengkap dari A-Z. Tak perlu susah-susah nak buat squeeze page, tak perlu susah nak merangka ayat emel, tak perlu nak langgan sistem autoresponder, tak perlu set up sistem affiliate, semuanya Rahman Basri telah melakukannya untuk orang lain menikmati komisen yang besar.
Apa yang perlu dilakukan sebagai pengguna Sistem Jualan Pro ialah hanya promote link affiliate dan kemudian menerima komisen bila ada orang membeli.
Saya newbie. Tak tahu apa pasal affiliate, macam mana nak promote?
Aku juga newbie dalam affiliate. Apa yang aku buat pada hari pertama setelah aku mendaftar sebagai pengguna Sistem Jualan Pro ini, aku terus mempromosikan link affiliate aku mengikut cara yang telah diajarkan oleh Rahman Basri dalam modul di ruangan ahli. Rahman Basri mengajar step by step cara untuk membuat promosi. Dan hasilnya, sebaik sahaja aku mempromosikan link aku, sudah ada yang membuat pembayaran.
Sudah pasti aku berasa gembira kerana buat pertama kalinya aku dapat close sales dengan produk affiliate sebegini pantas. ^_^ Sebelum-sebelum ni sampai nak nangis aku rasa bila tengok sales ‘telur katak’ je. Susah betul nak pecahkan angka ‘0’.
Inilah program affiliate yang lengkap yang pernah aku join kerana tidak perlu bersusah-payah mengarang email follow up bagai. Dalam masa yang singkat, mana nak kumpul list yang banyak apatah lagi list yang converted. Tapi melalui sistem ini, dan tunjuk ajar yang diberikan oleh Sifu Rahman Basri, ianya menjadi mudah.
Sebenarnya bukan itu sahaja yang menyebabkan aku rasa SJP ni sangat best. Ada lagi yang buat aku terperanjat dan rasa sangat impressive. BONUS-BONUS yang diberikan memang sangat mantop!. Complete semuanya!. Di bawah ini aku senaraikan BONUS-BONUS yang aku terima setelah menjadi pengguna Sistem Jualan Pro ini :
Bonus #1.
Pakej Video Tutorial Kursus Affiliate (Bernilai RM100!)
Bonus #2.
Pakej Ebook Split Affiliate (Bernilai RM50!)
Bonus #3.
Pakej Video Kumpul Email List cara Premium (RM100!)
Bonus #4.
Pakej Video Casestudy Jualan Affiliate di FB (RM60!)
Bonus #5.
Ebook Panduan Menulis Surat Jualan (RM50)
Fuuuhhh… Bonus di atas ni sahaja sudah cukup mantop. Sampai tepu kepala aku ni dek kerana menerima limpahan maklumat dalam satu-satu masa. Banyak juga video yang aku dah tengok. Tapi masih banyak lagi yang belum ditengok dan hadam. Hehe.. Man man lah kan, slow-slow kayuh. Mana larat nak hadam semua. Yang penting lepas tengok dan baca, kena bertindak!. Barulah duit masuk.
Bila aku layan lepas satu-satu video dan ebook yang terdapat dalam SJP ni, aku rasa berbaloi-baloi join SJP ni. Lepas ni dah tak payah nak beli ebook mahupun video pemasaran yang lain-lain sebab yang Rahman Basri sediakan ni semua memang dah cukup lengkap. Untuk newbie yang baru nak belajar tentang pemasaran affiliate macam aku ni, memang rasa info-info ni sangat berguna!. Rahsia-rahsia otai IM terbongkar!
Oh, ada lagi!!!
Tak cukup dengan bonus premium yang gempak tu, Rahman Basri bagi lagi 103 produk digital yang disertakan dengan lesen RR, MRR dan PLR. Produk-produk ini boleh dijual balik dan hasil keuntungannya boleh masuk poket sendiri 100%.
Ini adalah sebahagian sahaja produk digital yang diberi percuma. Ada 103 kesemuanya, tak dan lah aku nak letak semua screen shot kat dalam entri ni. Ada yang aku dah tengok video dan baca ebook nya, ada lagi yang belum. Setelah tengok sekali lalu semua bahan-bahan ni, dan baca dan tengok beberapa produk yang aku rasa urgent untuk dibaca dan ditengok, aku dapat sangat banyak ilmu baru. Barulah aku tahu apa Internet-internet Marketer yang hebat-hebat tu buat. Macam mana mereka boleh berjaya. Semuanya lengkap!. Malah ada video yang baut aku rasa surprise sangat. “Oh… macam ni rupanya diorang buat!.
Ok, panjang pula entri ni. Bagi yang berminat nak buat duit dengan affiliate, aku sarankan anda dapatkan Sistem Jualan Pro ini, sebab ianya memang cukup lengkap. Bagi aku, ianya memang satu pelaburan ilmu yang sangat berbaloi. Sambil belajar, sambil buat duit. Semuanya dah disediakan dan dah ada depan mata. Nak grab atau tidak?. Tanya pada diri sendiri.
Menarik! Tapi…Erk.. betul ke ni?. Takutlah kena tipu!!!
Jaminan 12 bulan diberikan. Jika anda tak puas hati dan rasa pakej Jualan Pro ni hampeh, tak membantu anda menjana pendapatan langsung, anda boleh meminta wang anda dikembalikan semula. Setahun tu warranty yang diberikan. Bersamaan dengan 365 hari!.
UPDATE TERKINI: Pendaftaran Untuk Sistem Jualan Pro Telah Ditutup
Jika anda mahu menjana pendapatan secara online, anda boleh baca Case Study ini Bagaimana Seorang Newbie Berjaya Menjana Pendapatan RM 21 Ribu Dengan Affiliate Dalam Masa 2 Hari <<
Selamat menjadikan FB, Blog, Forum dan Email sebagai mesin wang anda!!! Buat duit dengan affiliate BEST!
APA YANG SAYA BELAJAR TENTANG BUAT DUIT DENGAN BLOGGING
Apa Yang Saya Belajar Tentang Buat Duit Dengan Blogging
Sejak berblogging 3 tahun yang lalu, banyak yang telah aku belajar tentang buat duit dengan blogging. Walaupun tujuan asal aku buat blog bukanlah untuk buat duit dengan blog, tetapi setelah 5 bulan aku berblogging, aku mula belajar cara-cara untuk buat duit dengan blogging.
Buat Duit Dengan Nuffnang
Ya. Benda pertama yang aku belajar buat duit dengan blog ialah buat duit dengan Nuffnang. Tapi pada masa tu, target aku bukannya nak dapat duit dengan iklan yang ada di Nuffnang. Fokus aku masa tu ialah untuk dapatkan duit RM 30 untuk setiap entri yang dihasilkan. Ketika itu, ada projek Alpha Nuffnang. 30 orang pertama yang berjaya submit entri blog berdasarkan tajuk yang diberi akan dapat RM30.
Masa tu tengok blogger-blogger dapat duit dari projek tu, best je. Aku pun nak lah, tapi tak pernah dapat. Sebab tajuk entri selalu keluar masa aku tengah kerja. Bila aku balik kerja, cek kat website Nuffnang, dah ramai dah hantar. Huhu… habis quota sudah. Jadi, tak dapatlah aku merasa duit Nuffnang dari Projek Alpha tu sampai ke sudah. Huhuu… Sedih juga lah, sebab memang aku nak duit tu kan. Tak lama lepas aku join Nuffnang tu, projek Alpha tu pun tamat.
Tapi, walaupun aku tak dapat sesen pun dari Projek Alpha tu, aku dapat duit dari iklan Nuffnang yang tersiar di blog. Masa tu rasa memang best juga lah. Walaupun baru 5 hari join Nuffnang, aku dah dapat duit dari Nuffnang. Itulah duit dari blog yang pertama yang aku dapat, iaitu 50 sen. ^_^ Of course aku rasa happy sebab aku ada terbaca yang ada blogger yang dah setahun pasang iklan Nuffnang pun masih lagi tak dapat duit dari Nuffnang.
Apa rahsia untuk dapat iklan Nuffnang?. Owh, itu aku pun tak tahu kenapa aku pasang je iklan Nuffnang, dapat duit terus pada minggu pertama usia akaun Nuffnang aku. Mungkin sebab trafik juga kot. Aku ada juga terbaca blogger lain bagi tips. Walaupun Nuffnang tak kenakan syarat trafik, tapi lebih baik bila trafik blog dah cecah 100 UV (unique visitor) sehari, barulah apply Nuffnang. Wallahualam. Sejauh mana betul tip ni aku pun tak tahu. Kena test lah.
Kemudian, lepas satu-satu iklan Nuffnang muncul di blog aku ni sehingga aku dapat BE (buffered earning). Yang ni lagi best lah, sebab Nuffnang beli trafik kita. Tak lah harapkan orang klik iklan baru dapat duit. Orang masuk je dalam blog kita, dah dapat duit terus. Cuma, berapa banyak trafik yang Nuffnang beli tu, memang tak tahu.
Ada BE yang nilainya besar, ada juga yang nilainya kecil. Mula-mula memang dapat BE yang ciput-ciput je. Dapatlah RM 1+, RM 3+, RM 6+ untuk 1 BE. Tapi lama-lama, boleh dapat sehingga berpuluh-puluh ringgit untuk 1 BE.
Best?. Memang best lah. Sehinggalah satu kejadian di mana earning ku dipotong separuh sebab yang aku sendiri pun tak tahu. Aku hantar tiket pada Nuffnang, Nuffnang kata sebab aku ada tukar template. Erk… aku rasa konfius dan kecewa.
Disebabkan kekecawaan ini (bukan kekecewaan yang pertama sebenarnya aku dan Nuffnang),sebab dah beberapa kali kena potong earning tak pasal-pasal, maka aku mula mencari alternatif lain untuk mendapatkan duit dengan blogging.
Ya, memang aku buat blog bukan semata-mata untuk dapat duit. Cuma, bila aku dah dapat, Nuffnang dah beri, tapi dipotong separuh earning tu, aku jadi rasa sakit hati. Dah dah diberi lepas tu tarik balik. Lain lah kalau memang tak diberi terus. Aku ok je, tak meminta pun.
Frust punya pasal. aku pun cari jalan lain. Yang mana aku nampak, yang ni lagi masyuk Apa dia?. Affiliate lah. Promote ebook je. Aku mengkaji dan belajar buat duit dengan affiliate dari seorang blogger tauke cendol banting ni. Dia juga penulis ebook buat duit dengan affiliate menggunakan teknik SEO yang sangat istimewa.
Buat Duit Dengan Affiliate
Buat duit dengan affiliate bukanlah perkara yang mudah bagi aku. Tapi memang boleh dapat duit dengan mudah melalui program affiliate ni. Apa perkara pun yang kita nak buat, perlu ada ilmu dulu. Kena belajar. Banyak yang aku pelajari melalu program cabaran-cabaran affiliate yang aku sertai. Dari situ, aku mula berfikir dan mengkaji bagaimana caranya otai-otai affiliate berjaya buat duit sehingga 30 ribu dalam hanya seminggu je. Waduh, masyuk sungguh.
Buat duit dengan affiliate menggunakan blog memang ada cabarannya yang tersendiri. Mula-mula tu, memang sampai nak menangis aku, tengok penat-penat buat entri tapi tak ada 1 sales pun yang masuk.
Aku ubah-ubah entri, aku belajar macam mana nak buat entri yang boleh menjual sehingga lah pecah telur. Maksudnya, sehingga lah sales terhasil. PEcah angka kosong di dashboard affiliate tu. Masa tu rasa gembira tak terkata. Sales pertama yang kemudiannya menghasilkan jualan yang berikutnya.
Bahagia, gembira, bila dapat RM 1k lebih dalam masa seminggu je. Ya, sebab tu aku kata lebih masyuk buat duit dengan affiliate. Nuffnang, 2 tahu baru aku boleh dapat RM 1k +. Sebab aku tak pernah dapat Sponsored Post dari Nuffnang. Kalau nak buat duit masyuk dengan Nuffnang, kena dapatkan sponsored post lah. 🙂
Apapun, walaupun aku mengajuk dengan Nuffnang, aku tak terfikir lagi untuk menceraikan Nuffnang. Sehingga ke hari ni pun, aku masih lagi dapat duit dari Nuffnang. Walaupun tak banyak, tapi Alhamdulillah. Boleh lah buat bayar hosting setiap tahun. Memang rasa berterima kasih sangat dengan Nuffnang. Sebab kejadian-kejadian tu lah. aku buka mata untuk mencari peluang lain.
Setiap yang berlaku ada hikmahnya, kan ^_^. Pengalaman buat duit dengan blog memang best!
BLOGGING IS A TEAM SPORT
BLOGGING IS A TEAM SPORT
Blogging bukan sesuatu yang mudah, kerana untuk menarik perhatian pembaca, kita perlu bersaing dengan media seperti surat khabar online, twitter, facebook, dan lain-lain laman web yang popular. Namun, jika kita tahu teknik yang betul untuk berblogging, dan mengamalkan teknik-teknik blogging tersebut, blogging akan menjadi mudah dan menyeronokkan. Malah, dengan hanya berblog, boleh memberikan seorang blogger side income. Tiap-tiap hari duit masuk pun boleh. Ianya bukan mustahil kerana ramai blogger yang telah berjaya buat duit dengan blog.
BUAT DUIT DENGAN BLOG
Kebanyakkan blogger baru, mereka tercari-cari peluang untuk buat duit dengan blog. Tanpa mereka sedar, mereka asyik dihasut untuk beli macam-macam panduan … dan akhirnya mereka akan give up kerana tak ada hasil walaupun dah banyak habis duit beli panduan itu ini. Sebenarnya, bukan salah panduan yang dibeli, panduan yang ada hanya sekadar panduan jika tidak dipraktikkan.
Kita perlu mencuba teknik-teknik buat duit dengan blog seperti dalam panduan. Akhirnya, mesti kita akan temui teknik yang serasi dengan jiwa kita dan blog akan menjadi mesin ATM. Hakikatnya nak dapat RM100 setiap bulan secara konsisten menerusi aktiviti blogging bukan sesuatu yang mudah. Betul tak?
Ramai yang kecewa dengan income blog yang ciput atau langsung tak dapat duit dari blog setelah mencuba teknik-teknik buat duit dengan blog yang dipelajari. Apabila kita buat kerja sorang-sorang, semangat dan motivasi diri mudah turun. Sebenarnya, buat duit dengan blog ni boleh dilakukan secara berkumpulan. Barulah jalan kejayaan tu lebih mudah, dan kekal termotivasi.
Jika anda perlukan satu team yang awesome yang akan bantu anda untuk buat duit secara online, anda patut sertai kami/saya di Genius Blogger. Ada banyak kebaikan yang anda boleh sedut dari group ini. Antara kebaikan join Group Projek Buat Duit Dengan Blogging ini adalah :
1. Anda akan bertemu dengan komuniti blogger yang dengan senang hati membantu mempromosikan link affiliate anda dalam blog mereka. Orang lain tolong promote link affiliate untuk anda, anda hanya tinggal kutip komisen je…
2. Ada bermacam-macam contest, mini contest, dan pelbagai lagi peluang untuk memenangi pelbagai hadiah termasuk wang tunai. Penganjur ada ramai. Anda nak jadi penganjur contest pun boleh, tak ada masalah 🙂
3. Peluang untuk dapatkan sponsored post. Tulis artikel simple-simple pun boleh dapat bayaran tau. (waa peluang ni jarang ada)
4. Artikel on demand – ini salah satu method untuk bantu anda buat lebih banyak duit dengan blogging. Akan diterangkan di member area 🙂
5. Anda akan dapat berjumpa dengan ramai blogger yang tak kedekut ilmu, dan yang sama-sama ingin berjaya. Bonus. Diorang ni pun tak lokek ilmu dan akan dengan murah hati akan bantu anda untuk berjaya.
6. The power of leverage. Penting bagi blogger baru yang nak cepat naik. Gunakan kredibiliti blogger lain yang lebih berpengalaman. Caranya akan didedahkan.
7. Belajar buat duit dengan program affiliate seperti jomniaga, program pengiklanan seperti nuffnang, dan juga program affiliate antarabangsa.
8. Kalau nak jual produk sendiri pun boleh. Anda tak ada produk? Jangan risau, itu masalah kecil, sebabnya kalau anda tak ada produk, kita akan sediakan produk untuk anda.
9. Teknik Facebook Marketing juga akan diajar. Macam mana nak hasilkan sebuah blog yang hari-hari mesti ada 10 -30 orang like.
10. Program traffic exchange, link exchange, comment exchange dan sebagainya. Pendek kata, asalkan anda ada kemahuan untuk berjaya, dan boleh beri komitmen, anda patut sertai kami.
11. Email marketing. Ini pun penting, bina senarai email. Orang putih kata the money is in the list.
Info Penting : Ini bukan program buat duit menerusi kaedah pemasaran berbilang tingkat, MLM, Pyramid scheme, member get member, RM20 segera dan sebagainya.
Program ini mungkin akan saya tutup pada bila-bila masa. Tak ramai yang join pun tak apa, yang penting semua ahli berjaya buat duit seperti yang saya target. Jadi, sementara tawaran ni masih lagi dibuka, ambillah keputusan yang terbaik. Tiada sebarang yuran dikenakan untuk menyertai program ini. Ya. Anda tak tersilap baca. program ni adalah PERCUMA. Klik SINI untuk sertai Program Group Projek Buat Duit Blogging ini.