JANA DUIT TANPA MODAL |KOMISEN AFFILIATE ASHADEE KE 7

JANA DUIT TANPA MODAL |KOMISEN AFFILIATE ASHADEE KE 7

JANA DUIT TANPA MODAL DENGAN AFFILIATE – KOMISEN ASHADEE KE 7

Semalam hari Rabu. Aku buat selamber je. Walaupun untuk beberapa Rabu yang lalu sepanjang bulan 10 dan 11, aku suka dan menantikan hari Rabu.

Kenapa dengan Rabu?.

Ada apa dengan hari Rabu?.

Owh, ini bukan sebab Wordless Wednesday, ya. Tak ada kaitan langsung. Dah lama tak buat entri Wordless Wednesday sebenarnya. Ohoho…

Tapi, aku tunggu hari Rabu sebab…

Sebab… Ashadee bayar komisen hari Rabu… tapi bukan setiap Rabu, selang seli. 2 minggu sekali, dapat payment.

Alkisah… Rabu kali ni aku buat derk je.. sebab ingatkan tak ada lagi dah komisen aku…

Malam tu nak transfer duit ke adik aku, patutnya aku buka cimbclicks, tapi tersilap pula. Ter’login’ maybank2u. Terkejut tengok tiba-tiba duit jadi banyak. Aik!. Dari mana datang ni?.

Terus lah aku check today’s transaction.

Taraaaa!!!!

jana duit tanpa modal online dari rumah komisen affiliate ashadee ke 7

Komisen Affiliate Ashadee Ke-7

Surprise dari Ashadee!.

Dalam hati aku “Oh, ada lagi rupanya komisen aku, ingatkan semua dah dapat bayarannya. Alhamdulillah 🙂

Oleh yang demikian, ini merupakan Komisen Affiliate melalui Ashadee ku yang ke-7

Of course lah aku suka. Dapat duit kan, mestilah suka!. Ke ada orang yang tak suka dapat duit?. Kalau korang tak suka dapat duit, bak mai duit tu kat aku, meh!. Hehe… ^_^

Anyway, bulan 10 memang aku aktif juga promote ebook yang ada kat Ashadee. So, hasilnya masih dapat dituai sehingga sekarang. Alhamdulillah.

Itu lah yang bestnya buat duit dengan affiliate ni, tak yah buat kerja parah-parah sangat. Set and go pun boleh.

Mula-mula masa nak setting tu, banyak juga lah masa dikorbankan. Tapi, lepas-lepas tu, boleh je tinggalkan.

Dan masih lagi berhasil. Cuma hasilnya tak sama dengan beriya-iya promote lah kan. Ini aku promnote koboi-kobi je ni. Buat duit online je, dari rumah, duduk depan laptop je ketuk-ketuk keyboard. Hehe ^_^

Buat Duit Tanpa Modal Dari Rumah Dengan Affiliate



Program affiliate adalah salah satu cara buat duit tanpa modal dari rumah yang boleh dilakukan secara online sahaja.

Bukan setakat tanpa modal, malah dengan affiliate juga, kita boleh jana duit tanpa produk sendiri, sebab affiliate ni, kita promote produk orang lain, tak kiralah ebook ke, video ke, seminar ke… apa-apalah.

Produk fizikal pun ada juga yang buat program affiliate seperti Lazada.

Kalau join affiliate ni, tugasnya hanya promote link affiliate. Kalau ada orang beli dari link affiliate kita, maka kita akan dapat komisen.

Mungkin anda yang baca entri ni dah biasa dengan affiliate kan?. Macam mana?. Mesti dah banyak dapat buat duit dengan affiliate, kan?. Kalau dah banyak, tahniah!.

Kalau belum banyak, atau tak pernah dapat duit pun dari program affiliate, don’t worry. Boleh teruskan belajar dan berusaha.

Mula-mula dulu masa pertama kali aku cuba buat duit tanpa modal dengan affiliate ni pun, nak nangis juga lah. Hihi.. Pengakuan jujur ni ^_^

Yang penting, ada niat yang suci murni untuk buat duit dengan affiliate. Cari rezeki yang halal dan diberkati, untuk tambah pendapatan sampingan atau kalau yang masih belum bekerja, memang sangat sesuai buat duit dengan affiliate ni.

Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. Cuma, kita boleh pilih, nak lalu jalan jauh ke… nak lalu jalan dekat ke… nak lalu highway ke… nak lalu jalan kampung ke…

Pilih lah yang mana-mana pun, asalkan dapat sampai ke destinasi yang dituju dengan selamat (matlamat yang ingin dicapai).

Kalau anda baru ni tahu tentang kewujudan program affiliate, tapi nak juga jana duit tanpa modal dengan affiliate, bukan tu je, malah teringin juga nak merasa keseronokan dapat duit dengan affiliate ni, tapi tak tahu macam mana nak start, daftar je nama dan emel DI SINI.

InsyaAllah, anda akan diajar step by step bagaimana cara untuk buat duit dengan affiliate. InsyaAllah, anda akan faham dan rasa tak lah susah sangat buat duit dengan affiliate ni!.

Jika anda serius nak belajar cara jana duit online tanpa modal dari rumah dengan affiliate, anda boleh tonton Video Tutorial Cara Simple Buat Duit Dengan Affiliate Dalam Tempoh Kurang 24 Jam ini.

Jom buat duit dengan affiliate! 🙂

BLOGGING IS A TEAM SPORT

BLOGGING IS A TEAM SPORT

BLOGGING IS A TEAM SPORT

 

blogging is a team support

Blogging bukan sesuatu yang mudah, kerana untuk menarik perhatian pembaca, kita perlu bersaing dengan media seperti surat khabar online, twitter, facebook, dan lain-lain laman web yang popular. Namun, jika kita tahu teknik yang betul untuk berblogging, dan mengamalkan teknik-teknik blogging tersebut, blogging akan menjadi mudah dan menyeronokkan. Malah, dengan hanya berblog, boleh memberikan seorang blogger side income. Tiap-tiap hari duit masuk pun boleh. Ianya bukan mustahil kerana ramai blogger yang telah berjaya buat duit dengan blog.

BUAT DUIT DENGAN BLOG

buat duit dengan blog

Kebanyakkan blogger baru, mereka tercari-cari peluang untuk buat duit dengan blog. Tanpa mereka sedar, mereka asyik dihasut untuk beli macam-macam panduan … dan akhirnya mereka akan give up kerana tak ada hasil walaupun dah banyak habis duit beli panduan itu ini. Sebenarnya, bukan salah panduan yang dibeli, panduan yang ada hanya sekadar panduan jika tidak dipraktikkan.

Kita perlu mencuba teknik-teknik buat duit dengan blog seperti dalam panduan. Akhirnya, mesti kita akan temui teknik yang serasi dengan jiwa kita dan blog akan menjadi mesin ATM. Hakikatnya nak dapat RM100 setiap bulan secara konsisten menerusi aktiviti blogging bukan sesuatu yang mudah. Betul tak?

Ramai yang kecewa dengan income blog yang ciput atau langsung tak dapat duit dari blog setelah mencuba teknik-teknik buat duit dengan blog yang dipelajari. Apabila kita buat kerja sorang-sorang, semangat dan motivasi diri mudah turun. Sebenarnya, buat duit dengan blog ni boleh dilakukan secara berkumpulan.  Barulah jalan kejayaan tu lebih mudah, dan kekal termotivasi.

Jika anda perlukan satu team yang awesome yang akan bantu anda untuk buat duit secara online, anda patut sertai kami/saya di Genius Blogger. Ada banyak kebaikan yang anda boleh sedut dari group ini. Antara kebaikan join Group Projek Buat Duit Dengan Blogging ini adalah :

1. Anda akan bertemu dengan komuniti blogger yang dengan senang hati membantu mempromosikan link affiliate anda dalam blog mereka. Orang lain tolong promote link affiliate untuk anda, anda hanya tinggal kutip komisen je…

Buat Duit dengan Affiliate – Kitab Teknik SEO Merah Jambu

2. Ada bermacam-macam contest, mini contest, dan pelbagai lagi peluang untuk memenangi pelbagai hadiah termasuk wang tunai. Penganjur ada ramai. Anda nak jadi penganjur contest pun boleh, tak ada masalah 🙂

3. Peluang untuk dapatkan sponsored post. Tulis artikel simple-simple pun boleh dapat bayaran tau. (waa peluang ni jarang ada)

4. Artikel on demand – ini salah satu method untuk bantu anda buat lebih banyak duit dengan blogging. Akan diterangkan di member area 🙂

5. Anda akan dapat berjumpa dengan ramai blogger yang tak kedekut ilmu, dan yang sama-sama ingin berjaya. Bonus. Diorang ni pun tak lokek ilmu dan akan dengan murah hati akan bantu anda untuk berjaya.

6. The power of leverage. Penting bagi blogger baru yang nak cepat naik. Gunakan kredibiliti blogger lain yang lebih berpengalaman. Caranya akan didedahkan.

7. Belajar buat duit dengan program affiliate seperti jomniaga, program pengiklanan seperti nuffnang, dan juga program affiliate  antarabangsa.

8. Kalau nak jual produk sendiri pun boleh. Anda tak ada produk? Jangan risau, itu masalah kecil, sebabnya kalau anda tak ada produk, kita akan sediakan produk untuk anda.

9. Teknik Facebook Marketing juga akan diajar. Macam mana nak hasilkan sebuah blog yang hari-hari mesti ada 10 -30 orang like.

10. Program traffic exchange, link exchange, comment exchange dan sebagainya. Pendek kata, asalkan anda ada kemahuan untuk berjaya, dan boleh beri komitmen, anda patut sertai kami.

11. Email marketing. Ini pun penting, bina senarai email. Orang putih kata the money is in the list.

Info Penting : Ini bukan program buat duit menerusi kaedah pemasaran berbilang tingkat, MLM, Pyramid scheme, member get member, RM20 segera dan sebagainya.

Program ini mungkin akan saya tutup pada bila-bila masa. Tak ramai yang join pun tak apa, yang penting semua ahli berjaya buat duit seperti yang saya target. Jadi, sementara tawaran ni masih lagi dibuka, ambillah keputusan yang terbaik. Tiada sebarang yuran dikenakan untuk menyertai program ini. Ya. Anda tak tersilap baca. program ni adalah PERCUMA. Klik SINI untuk sertai Program Group Projek Buat Duit Blogging ini.

BLOGLIST SETAHUN DARI CIKLAILI.COM

BLOGLIST SETAHUN DARI CIKLAILI.COM

Terbaca kat blog INI, ada berita baik untuk semua blogger, blogger yang dapat buat duit dengan blog ( Earning Nuffnang RM4,404.14) dan mempunyai trafik melebihi 5K sehari nak buat bloglist selama setahun mulai 1 Disember 2012 – 31 Disember 2013. Blogger yang dimaksuhkan ialah Ciklaili.com.

bloglist setahun ciklaili.com

Tujuan bloglist ini dibuka adalah untuk memberi peluang anda mempromosi blog di blog ciklaili.com disamping berkenal-kenalan dengan blogger lain.

Terus-terang, ni pertama kali aku dengar dengar nama blog ciklaili.com. Terus terjah blog ciklaili ni dan terus suka dengan entri Rahsia Trafik Blog Yang Tinggi. Sekali pandang sidebar blog ciklaili pun aku dah boleh agak, kenapa trafik blog ni tinggi sangat mencanak. Hehe 😀 Bila baca entri rahsia trafik tinggi tu, maka tepat sekali anggapan aku. Muehehe… Tapi tajuk entri sahaja tak mampu nak beri trafik yang tinggi sangat melainkan ada faktor-faktor lain yang mempengaruhi terutama SEO.

Blog syaisya.com ni, blog peribadiyang biasa-biasa je. Trafik dah jatuh dalam 50% sejak kurang update blog seawal May lalu. Dah nak hujung tahun ni, maka dah lebih setentah tahun juga lah blog ni rajin bersawang. Banyak entri sebenarnya nak buat, tapi tak taip pun di blog ni. Apapun, sekarang ni, aku cuba untuk mendisiplinkan diri dalam mengupdate blog. InshaAllah. Mesti boleh punya!. 😀

Ok, sekian sahaja entri pendek dari Sya Isya. Sekarang ni nak buat entri pendek-pendek je. Boleh ek? 😀

LELAKI KACAK BROFRAMESTONE MENCARI BLOGGERS UNTUK PROJEK 100 BLOGGERS

LELAKI KACAK BROFRAMESTONE MENCARI BLOGGERS UNTUK PROJEK 100 BLOGGERS

Lelaki kacak anjur projek 100 Bloggers

Lelaki kacak bernama Broframestone kini sedang mencari 100 orang bloggers untuk diketengahkan. Tengok banner di atas tu, betapa seriusnya muka Broframestone membuat penilaian setiap blog yang berdaftar untuk menyertai Projek 100 Bloggers ni.

Secara asasnya, Projek 100 Bloggers yang dianjurkan oleh blogger lelaki kacak ini bertujuan untuk mengetengahkan 100 blog untuk menjadi medium pengiklanan produk-produk klien bro. Jadi, setiap blogger yang terpilih akan menerima sponsor post.

Setakat ni, aku baru sekali ke merasa sponsor post. Bukan dari syarikat pengiklanan, tapi dari blogger Great Teache Onizuka (Eyriqazz.com). Masa tu aku join program sponsor post beliau. Hehe..so sikit-sikit tu aku tahu jugalah apa rasanya buat sponsor post ni. 😀

Berikut ialah kriteria blog yang Bro cari:

1. 100 blog Malaysia dan pemiliknya adalah warganegara Malaysia.

2. Trafik 500 uv dan ke atas (bukti statistik blog amat diperlukan)

3. Blog berbahasa Melayu atau English.

4. Blog yang berkualiti (bukan copy & paste dan setiap post mendapat feedback yang menggalakkan dari pembaca).

5. Seminggu sekurang-kurangnya 4 kali blog diupdate.

6. Tidak terikat dengan mana-mana syarikat pengiklanan.

7. Dan sanggup memberi komitmen dalam menjayakan projek 100 bloggers.

Dah ramai blogger yang join program ini dan dah ramai juga yang berjaya terpilih. Walaupun aku tahu projek ni pada awal projek ni dilancarkan, tapi agak lambat sikit aku buat entri ini dan seterusnya mendaftar dengan bro sebab aku cuba berusaha untuk memenuhi beberapa kriteria yang bro tetapkan. Nak dapatkan sesuatu perlulah berusaha, kan. Hehe 😀

Ok lah, kepada rakan-rakan blogger yang lain, jomlah join projek ni. Projek ni sangat bagus untuk pendedahan kepada blogger-blogger tentang dunia pengiklanan di blog. Boleh memberikan pengalaman kepada blogger dalam usaha untuk menepati citarasa pengiklan selain dari dapat duit poket. Nak buat duit dengan blog ada banyak cara, bukan setakat dengan memasang banner iklan dari Nuffnang, Innity, Advertlets, 701 panduan dan macam-macam syarikat pengiklanan sahaja.

Kalau berblog saja suka-suka je tanpa target utama untuk mendapatkan duit dari blog pun boleh juga join program ni. InshaAllah, banyak manfaat yang boleh dapat dari projek ni. Aku pun tak tahu akan terpilih atau tak, tapi belum cuba belum tahu, kan?. Yang penting dah cuba dan dah berusaha. 😀 Ya lah kan, jadi blogger syok sendiri pun kadang-kadang tak boleh.

p/s: Sekarang ni keyword lelaki kacak menjadi rebutan ramai blogger-blogger Malaysia. Tak kiralah blogger itu kacak atau blogger itu lawa.

BLOG CARA BUAT DUIT DENGAN BLOG | REVIEW EARNCENT.COM SIRI 3

Review Blog Earncent.com bersambung lagi untuk siri terakhir iaitu siri ke-3. Pada entri siri ke-2: Siapakah Titan Si Blogger Kacak?, Aku sudah menceritakan apa yang aku tahu mengenai penulis blog earncent.com ini. Pada siri ke-3 ini, aku akan memberikan pandangan peribadi aku terhadap blog earncent.com ini.

MISI BLOG

Blog ini merupakan kesinambungan kisah Titan dari blogdrive dan blogspotnya yang wujud terlebih dahulu. Namun, walau apapun platform yang digunakan, walau apapun nama domain yang diusahakan, satu misi beliau sejak mengenal dunia blog masih tidak pernah berubah iaiu untuk buat duit dengan blog.

CERITA BENAR VS CERITA TIDAK ASLI

Sebahagian besar dari apa yang tertulis dalam earncent.com  adalah cerita benar. Hanya terdapat sebahagian kecil sahaja entri di dalam blog ini yang direka untuk memudahkan cerita dan juga untuk menyedapkan artikel untuk tatapan pembaca blog. Yalah kan, bagi cukup perisa dan perasa, bubuh sikit ajinomoto dan garam supaya pembaca lebih tertambat hatinya untuk terus membaca entri sehingga habis. Cerita rekaan ini bukanlah cerita tak benar, cuma mungkin tak asli sahaja. Yang pastinya, semua entri yang ada dalam blog ini adalah datang dari hati sanubari buah fikiran seorang insan bernama Ahmad Faizal. Cara nak kenal entri benar dan entri tidak asli senang aje. Kalau entri yang dibaca, sedap semacam aje, haa…tu maksudnya dah terkena umpan yang direka oleh Titan untuk memudahkan pembaca faham apa yang ingin disampaikan. Kalau baca entri tu rasa macam tak sedap aje, tu maksudnya entri tu adalah cerita benar. Hehe 🙂

KANDUNGAN BLOG

Blog yang bertaglinekan “Blog Buat Duit dari Planet Bumi | Affiliate Hunter | Hidup Berani Untuk Gagal” sudah jelas menunjukkan misi blog, cara penulis membuat duit dengan blog dan prinsip penulis blog. Isi kandungan blog memang banyak bercerita mengenai komisen-komisen yang diterima oleh beliau dalam apa jua program yang diceburi. Siap kira lagi tu komisen ke berapa yang diterima. Ini terbukti dengan tajuk entri yang diberi “Komisen pertama dari PakarCoklat.com, Komisen ke-4 dari Kerja-kerajaan.com, Komisen ke-81 dari TNX dan banyak lagi entri  bertajuk Komisen ke…..”  dalam blog ini. Rajin betul mengira dan merekod. Ini mungkin cara beliau mengukur prestasi dan pencapaian beliau dalam sesuatu program yang disertai.

TEKNIK PENULISAN

Walaupun majoriti entri bercerita mengenai duit, namun setiap entri diselitkan dengan cerita-cerita lain seperti cerita peribadi beliau dalam kehidupannya di alam nyata, tip-tip buat duit dengan blog, kisah kejatuhan dan kegagalan beliau dalam sesuatu program, tip menaikkan mutu penulisan blog, tip blogging terbaik dan hasil ujikaji yang telah dijalankan. Semua ini disampaikan melalui hasil pengalaman beliau sendiri yang telah 5 tahun bergelumang dengan dunia buat duit dengan blog. Jadi, dalam satu-satu entri yang dihasilkan, mempunyai perlbagai kisah, bukan menceritakan atau mengupas mengenai satu perkara sahaja. Kiranya entri 2 in 1, 3 in 1 atau kadang-kala boleh juga jadi 4 in 1.

Bagi aku, ini adalah satu teknik penulisan yang menarik. Sebab itu, tidak hairanlah kalau setiap entri yang dihasilkan panjang berjela, dan hanya 1 entri sahaja yang dipublish untuk setiap hari. Titan sangat konsisten dalam penulisan blog dan nampak ketara bahawa Titan menjaga blog earncent.com ini dengan rapi. Namun begitu, beliau tak dapat lari daripada bercerita mengenai kisah hidupnya yang mencuit hati dalam blog ini. Rasanya kalau dia bercerita, memang entri akan jadi 2 kali ganda panjangnya berbanding entri Komisen ke….. Tak caya? Cuba baca entri NI. Sakan beliau bercerita. Seronok betul lah. Almaklumlah, setiap entri yang dihasilkan adalah dengan perasaan bahawa entri yang ditulis adalah entri yang terakhir. Dengan itu, entri ditaip dengan sepenuh hati, jiwa raga dan perasaan. Hehe 😀

LAYOUT BLOG

Bagi aku, layout blog dah OK dah. Kemas dan iklan-iklan yang banyak tu pun berjaya disusun dengan kacaknya. (Hehe..pinjam favourite word Titan ni sekejap).  Background hitam, namun kawasan untuk entri adalah putih. Ok je, sebab aku tahu, ramai blogger lelaki sukakan background hitam. Mungkin sebab bagi mereka hitam itu menawan. Tak pun sebab Hitam..Gaya Mutu Keunggulan, macam iklan Dashing tu. Erk..ye ke iklan Dashing?. Tapi biasanya, kalau template berlatarbelakangkan hitam ni, kalau time tu line tengah slow, memang gelap gelita je lah rasanya tengok blog tu. Ala-ala masuk dalam gua. Aku pun pernah juga guna background hitam, memang macam tu lah, sebelum blog betul-betul habis loading.

TULISAN 

Terus terang aku cakap, ni pengakuan ikhlas dari aku. Aku selalu je juga jumpa nama Titan ni kat kebanyakan blog yang aku pergi, sebab beliau suka tinggalkan komen di blog-blog yang diterjahnya. Jadi, aku tak dapat menafikan, bila aku teruja dengan komen beliau atau komen balas dari tuan punya blog terhadap komennya, aku pun klik lah kat nama dia. Bila terpampang je blog earncent.com didepan mata aku, mata aku dok pandang sekali imbas je keseluruhan blog ini. tanpa baca isi kandungannya. Kenapa? Sebab tulisan blog ni super kecik.

Ohoho..tulisan kecik sangat ni yang aku lemah ni. Udahler aku ni berspek tebal. Biasanya memang aku agak ‘kureng’ sikit nak baca tulisan kecil-kecil ni. Tengok tulisan kecil je, terus lemah semua urat-urat mata aku. So, aku tekan pangkah. Hehe…Tapi tu dulu lah. Sejak Titan selalu datang ke blog aku dan tinggalkan komen, aku menyampuk lah juga sikit-sikit tinggalkan komen kat blog dia. Sebagai membalas jasa dia komen di blog aku. Tapi, sejak aku mula membaca entri yang terdapat diblog ini, lebih-lebih lagi sebab nak review blog ni. barulah aku tahu, best rupanya baca blog ini. Alahai…kalau aku rasa tulisan kecil sangat, aku zoom je. Hehe… 🙂

SISTEM KOMEN

Sistem komen yang terdapat di earncent.com ni agak tak best. Kenapa tak guna threading komen, ek Titan?. Senang sikit nak trace reply komen yang Titan lakukan. Nanti komen-komen yang banyak kat blog ini akan kelihatan lebih kacak. Aku suka je juga baca reply dari tuan blog bila aku tinggalkan komen. Tak nak pasang commentluv ke, Titan?. Boleh Sya tumpang glamor blog earncent tu. 😛

Ok. Dah. Sekian sahaja review aku tentang earncent.com. Seperti yang telah aku nyatakan awal-awal lagi, segala yang tercatat dalam entri ini adalah pandangan aku semata-mata, kecuali pasal Cerita Benar vs Cerita Tak Asli tu, aku cilok dari blog tu, tapi olah sikit-sikit dengan ayat aku sendiri. Segala pendapat ini tak semestinya betul, tapi tak sepatutnya salah. Hehe…Dah namanya pun pendapat, kan. 😀

p/s: Alhamdulillah, akhirnya berjaya juga aku siapkan 3 siri review blog earncent.com sempena Pertandingan Earncent Review 2011.

Pertandingan Earncent Review 2011 ini dianjurkan oleh Earncent.com danAhmadFaizal.com. Hadiah ditaja oleh Titan, PanduanTNX.com, Blog Kari-Ngeri.com,AnakDunia dan Ohcikgu.com

error: Content is protected !!