10 Tip Penting Buat Duit Dengan Affiliate Untuk Newbie

10 Tip Penting Buat Duit Dengan Affiliate Untuk Newbie

Tip untuk Newbie Affiliate

Sekarang, perniagaan menerusi affiliate tidak lagi menjadi satu perniagaan yang rahsia. Perniagaan affiliate sudah terkenal dan menjadi satu trend terbaru untuk menjana pendapatan tambahan. Malah, perniagaan affiliate juga semakin menjadi pilihan berbanding perniagaan MLM dan setiap hari semakin ramai orang menceburi bidang perniagaan ini.

Bagi membantu anda yang mahu menceburi perniagaan affiliate, saya sertakan beberapa tip untuk anda jadikan panduan.

  1. Pemasaran affiliate bukan menjanjikan duit mudah.

Di sebalik cerita yang kononnya menjana pendapatan affiliate adalah senang dan ia boleh memberi pendapatan yang lumayan, sebenarnya ia sangat susah. Ya, jana pendapatan melalui affiliate adalah sangat susah dan anda perlu sedar akan perkara ini. Tiada jalan mudah untuk berjaya dalam perniagaan affiliate. Jadi, jika anda ingin berjaya, anda perlu bersedia untuk berusaha dengan bersungguh – sungguh.

2. Jangan terlalu tamak dan mempromosi beberapa produk serentak.

Pastikan anda jangan melakukan beberapa aktiviti promosi secara serentak. Anda bebas untuk mempromosi seberapa banyak mungkin produk affiliate. Namun, anda perlulah membina kempen promosi satu persatu.

3. Jangan langkaui proses pembelajaran.

Jika ingin berjaya, anda perlu ada ilmu. Jangan pula berlagak sombong dan terus mengalah apabila gagal dalam affiliate. Jangan takut untuk laburkan wang dan masa bagi proses pembelajaran.

4. Sentiasa menjadi unik

Jika ingin berjaya, anda jangan meniru teknik orang lain bulat – bulat. Jika anda meniru orang lin, anda tidak akan kemana – mana. Dua kereta yang mempunyai kelajuan yang sama berlumba di jalan raya yang lurus, siapa yang bermula dahulu, dialah yang akan menang. Begitu juga dengan aktiviti meniru di mana mereka yang memulakan dahulu teknik tersebut, pasti akan mengatasi anda.

Cara terbaik untuk meniru cara pakar adalah dengan memahami konsep pemasaran mereka. Dari pemahaman ini, anda boleh wujudkan take action anda sendiri. Seperti ketika sedang menjawab soalan peperiksaan, semua orang menjawab soalan dengan menggunakan ayat mereka sendiri yang berdasarkan konsep yang sama.

5. Bersabar untuk berjaya.

Jika anda tidak bersabar, kegagalan pasti akan menjelma. Jika anda bersabar, kejayaan akan datang pada anda. Bersabar adalah cara untuk memastikan anda terus berusaha. ini kerana, proses pembelajaran untuk jadi kaya adalah sukar dan sangat rumit. Ada orang gagal sebanyak 1000 kali sebelum mereka berjaya. Ada orang gagal sekali dan terus berjaya. Ia bergantung pada rezeki dan nasib anda.

Kita tidak tahu di mana rezeki kita, jadi kita perlu sentiasa terus mencuba. Jangan sesekali berhenti jika anda gagal. Alam ada cara tersendiri untuk memberi anda kejayaan.

6. Simpan duit anda.

Jangan terlalu boros berbelanja ketika ingin mempelajari cara pemasaran. Ada di kalangan newbie affiliate terlalu boros membeli produk – produk berkaitan make money online di internet. Di mana akhirnya, mereka menjadi ketagih untuk membeli dari melakukan take action. Jimat wang anda. Sebelum membeli sesuatau produk pastikan anda sudah menyiasat kadar kualiti yang ada produk tersebut. Selepas itu take action.

7. Belajar berdisiplin.

Untuk berjaya anda perlu ada disiplin. Kurangkan bermain facebook, membaca forum-forum tanpa melakukan tindakan susulan. Jangan berpuas hati dengan kerja anda. Sentiasa upgrade teknik pemasaran anda.

8. Jangan berhenti bekerja jika anda tidak lagi stabil.

Bekerja makan gaji menghasilkan pendapatan tanpa had di mana anda pasti memperoleh gaji di penghujung bulan. Jadi, jangan berhenti bekerja melainkan pendapatan anda sudah berada pada tahap yang stabil.

9. Buat jadual

Sebaiknya buat jadual untuk kerja-kerja pemasaran affiliate. Tak kira sama ada anda buat affiliate full time atau part time, jadikannya sebagai aktiviti penting dalam hidup anda. Memang banyak kerja yang perlu dibuat setiap hari. Jadi, jalan paling baik ialah susun jadual dan buat kerja ikut jadual yang telah anda tetapkan sendiri ikut kemampuan anda. 

10. D.U.I.T

Guna formula D. U.I.T

Doa
Usaha
Istiwamah

Tawakal

Jangan lupa Allah. Allah sentiasa ada bersama kita 🙂

Itulah dia 10 tip buat duit dengan affiliate untuk newbiw. Semoga anda berjaya buat duit dengan affiliate secara online ni. Stay fokus dan istiqamah. InsyaAllah, hasil, Allah yang berikan. 

Derma Mangsa Banjir 2014 Sambil Belajar Buat Duit Online

Derma Mangsa Banjir 2014 Sambil Belajar Buat Duit Online

Menyedari hakikat yang mangsa banjir perlukan pertolongan, ramai yang nak menghulurkan bantuan. Tapi, ada juga yang tak tahu cara mana nak salurkan bantuan. Ada banyak channel untuk menghulurkan bantuan sebenarnya. Pilih sahaja yang mana satu yang dipercayai.

Ini ada 1 peluang baik. Aku kira, ia bukan setakat baik, tapi peluang terbaik!. Sebab, bukan setakat dapat menderma dan meringankan beban mangsa banjir, tapi kita akan dapat ilmu juga!. Yup! Ilmu untuk buat duit untuk tahun 2015. Dalam erti kata lain, berilmu sambil beramal. Niat untuk membantu, InsyaAllah, Allah berkati.

Projek derma mangsa banjir ni menghimpunkan produk-produk internet marketing yang super hebat dari internet marketer yang hebat-hebat belaka!. Dijual dengan harga yang tak masuk akal!. Sebab, tujuannya bukanlah untuk mengaut keuntungan, tapi untuk kumpulkan dana untuk membantu mangsa-mangsa banjir di Pantai Timur dan negeri-negeri lain yang terlibat.

Segala wang yang terkumpul diserahkan kepada Islamic Aid Malaysia, Aman Palestin dan lain-lain NGO.

sumbangan derma mangsa banjir 2014 kelantan terengganu perak pahang johor

sumbangan derma mangsa banjir 2014 – Hari Pertama

Derma mangsa banjir kelantan terengganu pahang perak johor 2014

Sumbangan derma mangsa banjir 2014 – Hari ke-2

Ok, untuk maklumat lanjut dan untuk menderma kepada mangsa banjir 2014 sambil belajar ilmu buat duit online, layari web ini –> http://rajakamil.biz/bah14/

p/s: Aku tengah cari channel untuk menyumbangkan baju aku yang elok-elok untuk mangsa banjir.

JANA DUIT TANPA MODAL |KOMISEN AFFILIATE ASHADEE KE 7

JANA DUIT TANPA MODAL |KOMISEN AFFILIATE ASHADEE KE 7

JANA DUIT TANPA MODAL DENGAN AFFILIATE – KOMISEN ASHADEE KE 7

Semalam hari Rabu. Aku buat selamber je. Walaupun untuk beberapa Rabu yang lalu sepanjang bulan 10 dan 11, aku suka dan menantikan hari Rabu.

Kenapa dengan Rabu?.

Ada apa dengan hari Rabu?.

Owh, ini bukan sebab Wordless Wednesday, ya. Tak ada kaitan langsung. Dah lama tak buat entri Wordless Wednesday sebenarnya. Ohoho…

Tapi, aku tunggu hari Rabu sebab…

Sebab… Ashadee bayar komisen hari Rabu… tapi bukan setiap Rabu, selang seli. 2 minggu sekali, dapat payment.

Alkisah… Rabu kali ni aku buat derk je.. sebab ingatkan tak ada lagi dah komisen aku…

Malam tu nak transfer duit ke adik aku, patutnya aku buka cimbclicks, tapi tersilap pula. Ter’login’ maybank2u. Terkejut tengok tiba-tiba duit jadi banyak. Aik!. Dari mana datang ni?.

Terus lah aku check today’s transaction.

Taraaaa!!!!

jana duit tanpa modal online dari rumah komisen affiliate ashadee ke 7

Komisen Affiliate Ashadee Ke-7

Surprise dari Ashadee!.

Dalam hati aku “Oh, ada lagi rupanya komisen aku, ingatkan semua dah dapat bayarannya. Alhamdulillah 🙂

Oleh yang demikian, ini merupakan Komisen Affiliate melalui Ashadee ku yang ke-7

Of course lah aku suka. Dapat duit kan, mestilah suka!. Ke ada orang yang tak suka dapat duit?. Kalau korang tak suka dapat duit, bak mai duit tu kat aku, meh!. Hehe… ^_^

Anyway, bulan 10 memang aku aktif juga promote ebook yang ada kat Ashadee. So, hasilnya masih dapat dituai sehingga sekarang. Alhamdulillah.

Itu lah yang bestnya buat duit dengan affiliate ni, tak yah buat kerja parah-parah sangat. Set and go pun boleh.

Mula-mula masa nak setting tu, banyak juga lah masa dikorbankan. Tapi, lepas-lepas tu, boleh je tinggalkan.

Dan masih lagi berhasil. Cuma hasilnya tak sama dengan beriya-iya promote lah kan. Ini aku promnote koboi-kobi je ni. Buat duit online je, dari rumah, duduk depan laptop je ketuk-ketuk keyboard. Hehe ^_^

Buat Duit Tanpa Modal Dari Rumah Dengan Affiliate



Program affiliate adalah salah satu cara buat duit tanpa modal dari rumah yang boleh dilakukan secara online sahaja.

Bukan setakat tanpa modal, malah dengan affiliate juga, kita boleh jana duit tanpa produk sendiri, sebab affiliate ni, kita promote produk orang lain, tak kiralah ebook ke, video ke, seminar ke… apa-apalah.

Produk fizikal pun ada juga yang buat program affiliate seperti Lazada.

Kalau join affiliate ni, tugasnya hanya promote link affiliate. Kalau ada orang beli dari link affiliate kita, maka kita akan dapat komisen.

Mungkin anda yang baca entri ni dah biasa dengan affiliate kan?. Macam mana?. Mesti dah banyak dapat buat duit dengan affiliate, kan?. Kalau dah banyak, tahniah!.

Kalau belum banyak, atau tak pernah dapat duit pun dari program affiliate, don’t worry. Boleh teruskan belajar dan berusaha.

Mula-mula dulu masa pertama kali aku cuba buat duit tanpa modal dengan affiliate ni pun, nak nangis juga lah. Hihi.. Pengakuan jujur ni ^_^

Yang penting, ada niat yang suci murni untuk buat duit dengan affiliate. Cari rezeki yang halal dan diberkati, untuk tambah pendapatan sampingan atau kalau yang masih belum bekerja, memang sangat sesuai buat duit dengan affiliate ni.

Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. Cuma, kita boleh pilih, nak lalu jalan jauh ke… nak lalu jalan dekat ke… nak lalu highway ke… nak lalu jalan kampung ke…

Pilih lah yang mana-mana pun, asalkan dapat sampai ke destinasi yang dituju dengan selamat (matlamat yang ingin dicapai).

Kalau anda baru ni tahu tentang kewujudan program affiliate, tapi nak juga jana duit tanpa modal dengan affiliate, bukan tu je, malah teringin juga nak merasa keseronokan dapat duit dengan affiliate ni, tapi tak tahu macam mana nak start, daftar je nama dan emel DI SINI.

InsyaAllah, anda akan diajar step by step bagaimana cara untuk buat duit dengan affiliate. InsyaAllah, anda akan faham dan rasa tak lah susah sangat buat duit dengan affiliate ni!.

Jika anda serius nak belajar cara jana duit online tanpa modal dari rumah dengan affiliate, anda boleh tonton Video Tutorial Cara Simple Buat Duit Dengan Affiliate Dalam Tempoh Kurang 24 Jam ini.

Jom buat duit dengan affiliate! 🙂

BLOGGING IS A TEAM SPORT

BLOGGING IS A TEAM SPORT

BLOGGING IS A TEAM SPORT

 

blogging is a team support

Blogging bukan sesuatu yang mudah, kerana untuk menarik perhatian pembaca, kita perlu bersaing dengan media seperti surat khabar online, twitter, facebook, dan lain-lain laman web yang popular. Namun, jika kita tahu teknik yang betul untuk berblogging, dan mengamalkan teknik-teknik blogging tersebut, blogging akan menjadi mudah dan menyeronokkan. Malah, dengan hanya berblog, boleh memberikan seorang blogger side income. Tiap-tiap hari duit masuk pun boleh. Ianya bukan mustahil kerana ramai blogger yang telah berjaya buat duit dengan blog.

BUAT DUIT DENGAN BLOG

buat duit dengan blog

Kebanyakkan blogger baru, mereka tercari-cari peluang untuk buat duit dengan blog. Tanpa mereka sedar, mereka asyik dihasut untuk beli macam-macam panduan … dan akhirnya mereka akan give up kerana tak ada hasil walaupun dah banyak habis duit beli panduan itu ini. Sebenarnya, bukan salah panduan yang dibeli, panduan yang ada hanya sekadar panduan jika tidak dipraktikkan.

Kita perlu mencuba teknik-teknik buat duit dengan blog seperti dalam panduan. Akhirnya, mesti kita akan temui teknik yang serasi dengan jiwa kita dan blog akan menjadi mesin ATM. Hakikatnya nak dapat RM100 setiap bulan secara konsisten menerusi aktiviti blogging bukan sesuatu yang mudah. Betul tak?

Ramai yang kecewa dengan income blog yang ciput atau langsung tak dapat duit dari blog setelah mencuba teknik-teknik buat duit dengan blog yang dipelajari. Apabila kita buat kerja sorang-sorang, semangat dan motivasi diri mudah turun. Sebenarnya, buat duit dengan blog ni boleh dilakukan secara berkumpulan.  Barulah jalan kejayaan tu lebih mudah, dan kekal termotivasi.

Jika anda perlukan satu team yang awesome yang akan bantu anda untuk buat duit secara online, anda patut sertai kami/saya di Genius Blogger. Ada banyak kebaikan yang anda boleh sedut dari group ini. Antara kebaikan join Group Projek Buat Duit Dengan Blogging ini adalah :

1. Anda akan bertemu dengan komuniti blogger yang dengan senang hati membantu mempromosikan link affiliate anda dalam blog mereka. Orang lain tolong promote link affiliate untuk anda, anda hanya tinggal kutip komisen je…

Buat Duit dengan Affiliate – Kitab Teknik SEO Merah Jambu

2. Ada bermacam-macam contest, mini contest, dan pelbagai lagi peluang untuk memenangi pelbagai hadiah termasuk wang tunai. Penganjur ada ramai. Anda nak jadi penganjur contest pun boleh, tak ada masalah 🙂

3. Peluang untuk dapatkan sponsored post. Tulis artikel simple-simple pun boleh dapat bayaran tau. (waa peluang ni jarang ada)

4. Artikel on demand – ini salah satu method untuk bantu anda buat lebih banyak duit dengan blogging. Akan diterangkan di member area 🙂

5. Anda akan dapat berjumpa dengan ramai blogger yang tak kedekut ilmu, dan yang sama-sama ingin berjaya. Bonus. Diorang ni pun tak lokek ilmu dan akan dengan murah hati akan bantu anda untuk berjaya.

6. The power of leverage. Penting bagi blogger baru yang nak cepat naik. Gunakan kredibiliti blogger lain yang lebih berpengalaman. Caranya akan didedahkan.

7. Belajar buat duit dengan program affiliate seperti jomniaga, program pengiklanan seperti nuffnang, dan juga program affiliate  antarabangsa.

8. Kalau nak jual produk sendiri pun boleh. Anda tak ada produk? Jangan risau, itu masalah kecil, sebabnya kalau anda tak ada produk, kita akan sediakan produk untuk anda.

9. Teknik Facebook Marketing juga akan diajar. Macam mana nak hasilkan sebuah blog yang hari-hari mesti ada 10 -30 orang like.

10. Program traffic exchange, link exchange, comment exchange dan sebagainya. Pendek kata, asalkan anda ada kemahuan untuk berjaya, dan boleh beri komitmen, anda patut sertai kami.

11. Email marketing. Ini pun penting, bina senarai email. Orang putih kata the money is in the list.

Info Penting : Ini bukan program buat duit menerusi kaedah pemasaran berbilang tingkat, MLM, Pyramid scheme, member get member, RM20 segera dan sebagainya.

Program ini mungkin akan saya tutup pada bila-bila masa. Tak ramai yang join pun tak apa, yang penting semua ahli berjaya buat duit seperti yang saya target. Jadi, sementara tawaran ni masih lagi dibuka, ambillah keputusan yang terbaik. Tiada sebarang yuran dikenakan untuk menyertai program ini. Ya. Anda tak tersilap baca. program ni adalah PERCUMA. Klik SINI untuk sertai Program Group Projek Buat Duit Blogging ini.

DUIT PENDAPATAN DARI INTERNET

DUIT PENDAPATAN DARI INTERNET

Duit!. D. U. I. T. Duit…Siapa yang tak nak duit?. Mesti semua orang nak duit, kan. Kalau pasal duit ni, orang gila pun kenal duit walaupun dia tak kenal orang.

Banyak cara nak dapat duit. Dengan keadaan semasa sekarang ni, harga barang yang melambung-lambung, selalunya naik je, tapi tak turun. Gaya hidup zaman sekarang ni dah jauh beza berbanding zaman 60-an. Nilai duit sekarang dah kecil je. RM 1,000  dah macam RM10.

Kalau takde duit, boleh sakit kepala jadinya. Jadi, sekarang ni, ramai yang mencari pendapatan sampingan dengan internet. Just untuk back up dan top up duit gaji yang diperolehi setiap bulan (bagi yang bekerja makan gajilah).

Kalau yang berniaga sendiri pun, memang duit juga yang diperlukan. Sama ada melakukan perniagaan secara nyata atau perniagaan di alam maya (online).

Tak kurang juga yang bekerja sepenuh masa buat duit dengan internet. Aku pula?. Hehe..aku student. Dulu kerja makan gaji, sekarang dah jadi student. So, pendapatan bulanan pun dah jatuh menjunam. Alahai…

Maka, dalam fikiran aku ni, nak jugalah menjana pendapatan dari internet. Daripada aku merapu-rapu online tak tentu hala, baiklah aku buat sesuatu yang mendatangkan faedah.

Selain pendapatan dari blog, aku juga sekarang ni baru sedang berjinak-jinak dengan Churp Churp. Dah lama berdaftar sejak tahun lepas, tapi baru dalam minggu lepas aku aktif. Boleh baca entri ni tentang sejarah aku dengan churp churp  ni: RAMAI DAH BERJAYA BUAT DUIT DENGAN CHURP CHURP.

Takkan aku nak tengok je kan orang lain dapat duit?. Aku terfikir, why not kalau aku pun cuba buat duit dengan Churp Churp ni. So, minggu lepas, aku pun berusahalah untuk menjana pendapatan online dengan Churp Churp ni, dan inilah hasilnya:

Dulu amount nya RM0.00. Sekarang tengok tu, dah RM12.oo. Walaupun baru 12 ringgit je, tapi Alhamdulillah, ni aku tak buat secara serius. Aku part time jer. Lagipun sejak jadi student ni, banyak kerja yang perlu aku selesaikan dalam satu-satu masa. Tu earning untuk 2 minggu.

Macam mana nak buat duit dengan Churp Churp ni?. Tak semestinya perlu ada blog. Churp Churp ni amatlah bagus untuk mereka yang aktif berFacebook dan bertwitter. Aku tak aktif FB dan Twitter, so harapkan blog jer. Tapi kalau yang aktif FB dan Twitter tu, memang satu kelebihanlah. Daripada berFB gitu ajer, sambil-sambil tu baik korang berChurp Churp. Dapat juga duit.

Macam mana nak guna Churp Churp ni?

Churp Churp ni korang just perlu share link iklan di FB atau twit je menggunakan iklan Twitter. Setiap klik atau pembelian yang berlaku melalui link yang korang share akan mendatangkan pulangan kepada korang. Satu klik boleh dapat RM0.20-RM0.40. Satu pembelian pula boleh dapat sehingga RM9 atau lebih, bergantung kepada amount yang ditentukan oleh pengiklan. Cukuop RM100, korang boleh cash out earning tu.

Jom join Churp Churp!. Kalau aku yang tak serius layan Churp Churp ni pun boleh dapat duit lebih kurang seringgit sehari, kalau korang rajin dan aktif, lagi lah masyuk duit tu.

Klik jer SINI untuk join Churp Churp. Perjalanan yang jauh bermula dengan langkah yang pertama. So, sebagai langkah pertama, daftarlah Churp Churp dengan percuma. Free jer.  Jom Daftar!.

UPDATE TERKINI : PENDAFTARAN CHURP CHURP TELAH DITUTUP.

Kalau nak tambah lagi pendapatan, boleh cuba buat duit dengan menjawab survey. Ni pun daftar free jer. Klik jer link ni: BUAT DUIT DENGAN JAWAB SURVEY.

Anda boleh juga tambah pendapatan dengan jadi affiliate. Boleh baca artikel : Apa Itu Affiliate Marketing ini untuk belajar lebih lanjut mengenai affiliate.

Kongsi info ini dengan rakan-rakan anda yang lain di Facebook dengan menekan butang share ini.

RAMAI DAH BERJAYA BUAT DUIT DENGAN CHURP CHURP

RAMAI DAH BERJAYA BUAT DUIT DENGAN CHURP CHURP

Cerita pasal churp churp ni, aku tengok ramai dah berjaya menjana pendapatan melaluinya. Dulu kalau tak silap aku, aku start dengar pasal churp churp ni sejak tahun lepas.

Actually, awal juga lah aku join churp churp ni. Tapi tak pernah aktif pun. Hik2..Tak tahulah kenapa aku ni. Tahu churp churp ni boleh buat side income, tapi saje je nak jual mahal. Orang nak kasi duit, tak nak pula rebut peluang yang ada. 😀

Tapi aku suka je baca cerita pasal mereka-mereka yang dah berjaya jana pendapatan lumayan dengan churp churp ni. Sambil-sambil berfacebook, bertwitter, boleh tambah duit poket, kan.

Dah ramai yang join. Tapi kalau yang belum join tu, jomlah join sekali. Asalkan korang ada facebook atau twitter, boleh je join churp churp ni. Free je pun. Tak kena bayar apa. Kalau dah join lepas tu tak nak aktif pun, tak rugi apa. Cuma tak dapat duit lah. Kalau kita rajin, dapat lah habuannya. Itu je lah.

Boleh klik SINI dan SINI untuk tengok contoh kempen/iklan yang ada di Churp Churp.

Klik je SINI untuk join churp churp ni, wokey. 🙂

 

OPS! ADA LAGI SATU. NI PUN BEST JUGA.

Lagi satu, selain dari Churp Churp, boleh juga join says.my. Konsepnya sama je dengan churp churp. Just share link kempen dengan rakan-rakan di Twitter dan Facebook. Contoh iklan/kempen says.my ni ada kat SINI. Kliklah kalau nak tengok apa iklan yang ada di says.my sekarang ni.

Bagi yang ada blog, boleh promote link kempen di blog masing-masing. Join je kedua-duanya, tak rugi apa pun. Daftar percuma je. Kumpul duit sikit-sikit, bila dah cukup RM100, cash out je. Dapatlah cek nanti. Tapi kalau rajin promote iklan-iklan yang ada, memang lagi cepatlah boleh cash out. Yang pastinya, siapa yang usaha lebih, dia dapat lebih lah, kan. So, apa tunggu lagi, joinlah Says.my sekarang. Klik SINI untuk JOIN!. Selamat mengumpul duit sambil berFB dan bertwitter!. Enjoy!

 

NI PULA DUIT YANG AKU DAH KUMPUL.

Ni earning yang aku dah berjaya dapat setelah 2 minggu share link Churp Churp dengan kawan-kawan di FB, twitter dan di blog ni. Boleh tengok kat entri ni: DUIT PENDAPATAN DARI INTERNET. Earning untuk says.my, nanti aku update kemudian. Agak busy lah sejak jadi student ni. Hehe..

Kongsi info ini dengan rakan-rakan anda yang lain di Facebook dengan menekan butang share ini.

error: Content is protected !!