10 CONTOH SOALAN PSIKOMETRIK PEPERIKSAAN PENGUASA KASTAM W41

10 CONTOH SOALAN PSIKOMETRIK PEPERIKSAAN PENGUASA KASTAM W41

Contoh Soalan Ujian Psikometrik Peperiksaan Online Penguasa Kastam W41

[hcshort id=”5″]


contoh soalan ujian psikometrik peperiksaan online penguasa kastam gred w41

Mengikut format terbaru yang dikeluarkan oleh pihak SPA untuk peperiksaan Online Penguasa Kasta W41 yang bakal diadakan 6 September ini, terdapat 3 Seksyen utama, iaitu ;

Seksyen A – Pengetahuan Am
Seksyen B – Daya Menyelesaikan Masalah
Seksyen C – Ujian Psikometrik.

Sebenarnya seksyen ini adalah olahan semula dari seksyen yang lama (format tahun 2009 – 2012) iaitu Seksyen Sahsiah dan Minat.

Dalam artikel ini, saya hanya akan terangkan mengenai Seksyen C (Ujian Psikometrik) sahaja. Sebelum ini, saya telah pun kongsikan Contoh Soalan Peperiksaan Penguasa Kastam untuk semua seksyen dalam artikel Contoh Soalan Peperiksaan Online Penguasa Kastam W41 ini.

Seksyen C – Ujian Psikometrik

Untuk Seksyen C (Ujian Psikometrik), sebanyak 200 soalan perlu dijawab dalam masa 60 minit.

Uih! Banyaknya soalan nak kena jawab!. Sempat ke nak jawab ni?.

Rileks…..

Sebenarnya, soalan ujian psikometrik ni lah soalan yang paling senang untuk anda jawab.

Kenapa pula?.

Sebab untuk jawab soalan psikometrik ni, anda tak perlu buat sebarang kira-kira, tak perlu tekan calculator dan tak perlu pening kepala untuk fikirkan jawapan!.

Sebabnya…..

Soalan ujian psikometrik ni, anda hanya perlu jawab secara spontan.

Tapi awas!.

Sebenarnya, soalan ujian psikometrik ni ada banyak perangkap yang sengaja dipasang untuk memerangkap anda!.

Soalan-soalan psikometrik direka khas untuk mengukur gagasan personaliti calon iaitu kepimpinan, kebolehan sosial, komunikasi, toleransi, kerjasama, kestabilan emosi, integriti, disiplin dan kejujuran.

Jadi, untuk menjawab soalan psikometrik ini, anda perlu menonjolkan nilai-nilai positif dalam diri anda. Tidak perlu menjadi hipokrit, hanya sembunyikan keburukan anda. Itu sahaja!.

Pilih jawapan untuk mengeluarkan kualiti baik yang ada dalam diri anda dan jawab dengan sepenuh hati tanpa sebarang penipuan yang bakal memakan diri anda.

Anda perlu tahu bahawa soalan psikometrik ini dirangka oleh pakar psikologi yang bakal menentukan kebenaran jawapan anda.

Tip Jawab Soalan Psikometrik Penguasa Kastam

Tip terpenting untuk jawab soalan psikometrik Penguasa Kastam Gred W41 agar anda tidak terperangkap dengan soalan-soalan yang diutarakan ialah :

Pastikan jawapan anda sentiasa konsisten!.

Ini adalah kerana, terdapat sejumlah soalan yang hampir sama bertujuan untuk memerangkap calon‐calon yang berpendirian seperti lalang.

Jadi, jangan jadi lalang semasa peperiksaan, ya 😀 Anda perlu tegas dengan pendirian anda!

Sebagai contoh, soalan yang bakal memerangkap anda berdasarkan ciri positif ‘menerima kritikan dan pandangan orang lain’;

1. Saya rasakan tidak perlu mendengar pandangan orang lain.
2. Saya sentiasa pastikan tindakan saya betul biar orang lain mengatakan salah kerana saya mempunyai asas terhadap apa yang saya lakukan.
3. Apabila orang lain memberikan pandangan, saya akan utamakan idea saya.
4. Hasil mesyuarat kurang berkualiti daripada cerakin data sendiri.
5. Saya tidak suka pandangan saya ditolak.

Semua 5 pernyataan di atas mewakili nilai ‘aura negatif’ dalam diri anda. Anda perlu memberikan jawapan yang konsisten untuk semua soalan ini!.

Maksudnya, jika jawapan anda “Tidak” untuk 1 soalan, anda perlu jawab “Tidak” untuk kesemua soalan ini. Barulah anda tidak menjadi seperti lalang, yang tidak mempunyai pendirian yang teguh!. 😀

Cara Menjawab Ujian Psikometrik Penguasa Kastam Gred W41 yang Bakal MEMBUNUH Anda!

Ramai yang kata “yang penting habiskan semua soalan, jangan tinggal satu pun”.

Ya, pernyataan di atas ada benarnya, tetapi ramai yang salah faham dengan kenyataan di atas. Ramai yang buat kesimpulan macam ini;

“Jawab semua soalan, tak cukup masa HENTAM saja, jangan tinggal satu pun!”

Bahagian ‘jangan tinggal satu pun’ itu betul TETAPI jangan hentam/tembak.

Sebabnya, perbuatan menghentam ini akan membunuh anda!.

Kenapa?

Seperti yang saya nyatakan sebelum ini, tip yang paling penting adalah KONSISTEN dan saya telah pun berikan kepada anda contoh 5 soalan yang jawapannya sama.

Apa jadi jika anda berikan jawapan yang tak konsisten?.

Markah anda akan terjejas dan sifat diri anda yang tidak mempunyai pendirian yang teguh juga akan terbongkar!.

Jangan risau dengan waktu kerana dalam masa seminit, banyak soalan yang anda boleh jawab!. Sebab soalan pendek-pendek.

Apa yang penting, KONSISTEN dan tonjolkan nilai positif dalam diri anda.

10 Contoh Soalan Ujian Psikometrik Peperiksaan Online Penguasa Kastam W41

Contoh Soalan Ujian Psikometrik Penguasa Kastam W41 1

Contoh Soalan Ujian Psikometrik Penguasa Kastam W41

Contoh Soalan Ujian Psikometrik Penguasa Kastam Gred W41 2

Ujian Psikometrik

 Contoh Soalan Ujian Psikometrik Penguasa Kastam Gred W41 3

Ujian Psikometrik Kastam

Contoh Soalan Ujian Psikometrik Pengawai Kastam Gred W41 4

Psikometrik SPA

 Contoh Soalan Ujian Psikometrik Pegawai Kastam Gred W41 5

Soalan Psikometrik

Contoh Soalan Ujian Psikometrik Penguasa Kastam Gred W41 6

Soalan Psikometrik W41

Contoh Soalan Ujian Psikometrik Penguasa Kastam W41 7

Soalan Psikometrik SPA

Contoh Soalan Ujian Psikometrik Penguasa Kastam Gred W41

Contok Soalan Ujian Psikometrik Gred W41

Contoh Soalan Ujian Psikometrik Pegawai Kastam Gred W41

Contoh Soalan Ujian Psikometrik Pegawai Kastam W41

Contoh Soalan Ujian Psikometrik Pegawai Kastam W41 10

Soalan Psikometrik Pegawai Kastam W41

Ok, cukup 10 contoh soalan ujian psikometrik Peperiksaan Online Penguasa Kastam W41 yang saya kongsikan untuk anda, para calon peperiksaan 6 September ini.

Sebenarnya, ada dalam 50 contoh soalan ujian psikometrik yang boleh anda dapati dari Pakej Rujukan Lengkap Peperiksaan Online Penguasa Kastam W41 ini.

Selain dari itu, anda juga boleh download 40 Contoh Soalan Peperiksaan Penguasa Kastam dalam bentuk pdf di sini. Selepas download, terus mulakan study. Persediaan awal untuk exam adalah lebih baik berbanding study last minute!. 😉

Jangan lupa, persaingan sangat sengit. Mungkin SPA panggil berpuluh ribu calon untuk menduduki peperiksaan ini!. Jadi, anda perlu bersaing untuk menjawat jawatan Penguasa Kastam Gred W41 ini.

All the best!

Peringatan : Soalan-soalan yang terdapat di sini hanyalah sebagai contoh dan panduan untuk calon membuat persediaan untuk menghadapi peperiksaan pada 6 September ini, bukan soalan bocor peperiksaan Penguasa Kastam W41. Tiada soalan bocor dikeluarkan kerana soalan-soalan peperiksaan adalah SULIT dan hak milik SPA dan ia dijaga rapi oleh pihak SPA. Soalan sebenar peperiksaan Penguasa Kastam W41 HANYA akan diketahui pada hari dan masa peperiksaan sahaja. Harap maklum.

Jika anda rasakan artikel ini bermanfaat, Klik Like dan share artikel ini. Mungkin ada rakan-rakan anda di FB yang turut dipanggil ke exam Penguasa Kastam 6 September ini. Jadi, anda telah membantu rakan-rakan adna secara tak langsung 😀

error: Content is protected !!