by syaisya | Aug 28, 2011 | Contest
KERANAMU RAMADHAN
Ramadhan
Kehadiranmu ku nanti
Kerana kau bulan yang diberkati
Kehadiranmu membuka pintu-pintu syurga
Kehadiranmu menutup pintu-pintu neraka
Kehadiranmu menambat syaitan-syaitan
Kehadiranmu memberi peluang keampunan
Semua ini
Keranamu Ramadhan
Ramadhan
Hadirmu mengusir duka
Hadirmu menyisih lara
Hidup tenang tanpa berat hati
Melakukan amal ibadah
Penuh istiqamah
Melakukan sedekah jariah
Untuk menyapu si air mata
Semua ini
Keranamu Ramadhan
Ramadhan
Hadirmu ku dambakan
Keampunan dari Al-Rahman
Keberkatan dari Al-Rahim
Hadirmu ku dambakan
Pahala berganda
Keharuman Al-Jannah
Kelapangan hati
Hadirmu menjadikan
Semua ini bukan mustahil
Untuk ku miliki
Semua ini
Keranamu Ramadhan
Ramadhan
Alangkah rugi jika kehadiranmu dipersiakan
Tanpa diisi dengan pengisian rohani
Tanpa dihiasi dengan kawalan diri
Tanpa tarbiyah jasad dan rohani
Dari sebarang kemaksiatan hati
Dari sebarang kemungkaran
Semua ini
Keranamu Ramadhan
Ramadhan
Hadirmu hanya sebulan
Pemergianmu ku tangisi
Hati walang berteka-teki
Cukupkah amal yang ku lakukan?
Adakah ini Ramadhan terakhir bagiku?
Adakah kita akan bertemu lagi?
Semua ini
Keranamu Ramadhan.
Keranamu Ramadhan
Ramadhan Al-Mubarak.
Aku ingin membaca puis nukilan rakan blogger ku yang bernama:
Sajak Keranamu Ramadhan ini hasil nukilan hati Sya Isya pada 28 Ramadhan 1432H.
Sajak ini dihasilkan untuk Contest Aku Berpuisi anjuran saudara
Azhan.
by syaisya | Jul 11, 2011 | Landasan Islam
Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia telah mengumumkan tarikh melihat anak bulan Ramadhan 1432H – Bulan Puasa 2011 pada 31 Julai 2011.
Berdasarkan kalendar islam 1432H/2011M, 1 Ramadan diramalkan pada 1 Ogos 2011 manakala 1 Syawal pula jatuh pada 30 Ogos 2011.
Tarikh mencerap anak bulan Syawal untuk penetapan tarikh Hari Raya Aidilfitri 2011 pula diadakan pada 29 Ogos 2011.
Bermaksud, tarikh umat Islam akan mula berpuasa untuk tahun ni, tahun 2011 dah tak sampai sebulan je lagi. Sekejap je masa berlalu, dah jumpa Ramadhan sekali lagi. Masih teringat kenangan berpuasa tahun lepas. Moga Ramadhan kali ini lebih bererti. Amin 😀
Kongsi maklumat penting ini dengan rakan-rakan anda yang lain di Facebook dengan menekan butang share ini.