HADIAH DARI 2 ORANG BLOGGER LELAKI KACAK

HADIAH DARI 2 ORANG BLOGGER LELAKI KACAK

2 orang blogger lelaki kacak bagi aku hadiah dan aku rasa nak abadikan kenangan dapat hadiah ni kat blog ini.

pos laju dari lelaki kacak maskulin

Balik kampung bulan lepas, 1 bungkusan pos laju dan 1 lagi surat sudah menunggu aku. Hehe.. Akhirnya sampai juga hadiah dari lelaki kacak maskulin yang dinanti-nantikan ni.  😀

Dalam bungkusan pos laju tu, ada ni:

lelaki kacak maskulin bagi tas tangan

Hadiah tas tangan merah ni sebab aku menang sebagai top referral Giveaway by Darkbatman. Huish, rasa cam best je juga, bila lelaki kacak maskulin ni bagi aku tas tangan merah ni. Tak pernah aku ada tas tangan merah. Biasanya hand bag aku warna coklat. So, ni dapat juga merasa guna tas tangan merah. Hehe..

Actually, masa tengok senarai nama pemenang, aku tengok takde pun nama aku sebagai pemenang cabutan bertuah tu, sekali masa aku nak tekan ‘x’, terperasan pula nama Sya Isya kat bawah perkataan top referral. Hu… memang tak sangka. First time ni aku jadi no. 1 top referral.

Yang dalam sampul surat tu, cek dari Exabytes untuk program Ads 100 Blogger. Tak pasti sekarang ni masih terbuka lagi tak program tu. Tak tahulah sama ada kuota dah penuh, atau masih ada lagi ruang kosong. Aku pun berjaya dapat ads ni masa bulan 1 lagi. Ni kali kedua aku dapat cek dari Exabytes untuk program ni.

Dua minggu setelah hadiah tas tangan dan cek tu sampai, hadiah dari lelaki kacak dan kreatif ni pula sampai. Memang best lah rasa, asal balik kampung je, ada bungkusan hadiah untuk aku. Kalau setiap minggu macam ni kan best. Hehe.. tapi mana mungkin.

lelaki kacak kraftangan replila heli dan capal kulit

Replika motor Heli dan juga capal kanak-kanak yang diperbuat dari kulit kerbau ni aku dapat dari Contest Kraftangan dan Aku sebab aku peserta terakhir yang menyertai contest ni. Memang aku tak pernah jumpa lagi lah orang bagi hadiah kat peserta terakhir. Selalunya hadiah kat peserta terawal. 😀 Terima kasih kepada lelaki kacak yang kreatif ni. Memang kacak lah! 😀

Sya Isya memang suka join contest. Dah jadi hobi. Bukan setakat hobi je, dah addicted dah dengan contest-contest ni. Pantang jumpa contest, walau aku tahu ada sesetengah contest tu yang aku tahu tak boleh menang atau peluang untuk menang tipis pun aku join juga. Kecuali kalau contest Award, macam Digi Wow dan MSMW tu, memang aku tak join lah. 😀

Masih menunggu hadiah dari Kozumiro (Budak Nakal), Shakiddo dan buku Khalifah Jadi Superman, cenderahati dari Denaihati. 😀 Takpe, sabar menanti. Oh ya, Denaihati dah ada Aplikasi Android. Esok aku nak download, InshaAllah. Nak tahu juga macam mana ghupanya applikasi android ni. Hehe 😀

KRAFTANGAN DAN AKU

KRAFTANGAN DAN AKU

Hari Ahad ni sesuai buat entri santai. Jadi, entri santai untuk Ahad ini ialah Kraftangan dan aku….Aku dan kraftangan.

Menurut Dewan Bahasa dan Pustaka, “kraftangan” bermaksud perusahaan, kerja atau seni yang memerlukan daya cipta dan kemahiran menggunakan tangan.Manakala menurut wikipedia pula, “kraftangan” ialah kerja penghasilan peralatan berguna atau hiasan dengan menggunakan tangan sepenuhnya atau perkakas ringkas sahaja.

Kraftangan dan Aku. Aku ni nak kata kreatif sangat pun tak, nak kata tangan kayu tak reti langsung membuat kraftangan pun tak juga. Senang cakap, yang sedang-sedang saja. Dulu-dulu zaman aku budak-budak memang minat lah dengan kraftangan ni. Siap beli buku kraftangan lagi.

Tapi bila dah besar ni, agak kurang menceburkan diri membuat kraftangan. Dulu masa budak-budak memang suka buat origami pastu siap jual dengan jiran-jiran. Ketuk pintu rumah jiran, tanya nak beli tak. Yang best nya ada pula jiran aku yang beli. Dapat 20 sen, suka dah. Pegi kedai beli jajan, makan dengan adik-adik aku. Biasalah budak-budak kan, dapat 20 sen pun dah rasa kaya. Sekarang bila fikir balik, memang boleh buat aku tersenyum-senyum sorang-sorang. Mesti jiran aku tu beli sebab kesian je kat kitorang adik-beradik ni. Tak pun, dia beli sambil niat bersedekah kat budak-budak. Hehe.. 😀 Aku tak pasti lah sama ada origami ni termasuk juga ke dalam kategori kraftangan. Tapi kraftangan kertas memang ada, kan?. Itulah kisah kraftangan dan aku.

Zaman sekarang ni, sesiapa yang kreatif dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kraftangan, memang boleh betul-betul buat duit. Buktinya, dengan berkembang pesatnya dunia blog di Malaysia ni, ramai yang buka perniagaan kraftangan online. Aku tengok ada banyak kraftangan yang dijual di blog-blog.

Ni nak cerita pasal kedai blog kraftangan (kedaikraft.blogspot.com) yang ada menjual pelbagai jenis kraftangan termasuk kraftangan kayu, keychain, beg dan capal kulit. Memang menarik barang-barang yang dijual di sini.

capal kulit, bag manik, beg rotan, replika motor kayu untuk dijual

Antara kraftangan yang dijual di Kedai Blog Kraftangan

 

Cantik?. Menarik?. Berminat?. Gambar ni atas ini hanyalah contoh beberapa barang yang dijual. Ada lagi banyak barang-barang kraftangan yang dijual. Nak tempah dan nak tengok barang-barang lain? Layari blog kedai blog kraftangan atau FB page nya di Craftzee untuk tempahan dan maklumat lanjut mengenai barang-barang yang dijual.

” Peraduan ini dianjurkan oleh Ligakampung.com dan ditaja oleh‘kedaikraft.blogspot.com’ dan ‘Craftzee’.

error: Content is protected !!