CARA BACK UP BLOG DAN PINDAH HOSTING PALING MUDAH DAN SELAMAT

CARA BACK UP BLOG DAN PINDAH HOSTING PALING MUDAH DAN SELAMAT

cara back up dan pindah hosting blog wordpress

Alhamdulillah, selesai sudah memindahkan 4 blog ke hosting baru. Walaupun pindahkan dari hosting provider yang sama, cuma tukar ke pakej hosting yang lain sahaja. Ini kerana, pakej hosting baru yang aku beli 2 kali ganda lebih besar space dan juga bandwith. Juga, boleh memuatkan sehingga 15 domain. 🙂

 

CARA BACK UP BLOG WORDPRESS

 

Untuk back up blog, aku minta tolong pihak hosting untuk buatkan back up. Ada juga aku buat back up sendiri menggunakan ‘back up’ dekat cpanel, tapi ada keluar 1 error pula untuk salah satu blog aku. So, play safe, minta je bantuan pihak hosting buatkan back up. So, nak back up blog wordpress ni tak susah mana pun sebab boleh gunakan je function yang ada kat cpanel. Ada juga blogger yang gunakan plugin untuk back up blog wp.

 

CARA PINDAH HOSTING BLOG WORDPRESS KE HOSTING BARU

 

Pada mulanya, aku takut juga nak buat kerja-kerja pindahkan hosting ni. Ye lah kan, karang salah buat, jadi masalah pula blog nanti. Tapi, setelah dah buat, senang je sebenarnya.

Proses pindah hosting ni secara asasnya ada 5 proses. Tak susah pun. Aku pindahkan hosting ni belajar dan follow video dari youtube ni je. Hehe…. Dalam 2 video youtube yang aku rujuk, aku paling suka dan yakin dengan cara yang dalam video ni tunjuk. So, video ni lah jadi video tutorial pindah hosting aku secara rasminya. 🙂

Kalau ada yang nak pindahkan hosting blog dari satu hosting ke hosting yang lain, boleh lah rujuk video tutorial ni. Langkah yang ditunjukkan mudah diikut, sebab setiap langkah ditunjukkan dengan jelas, terang lagi nyata, gitu 😀  Omputih kata, step by step.

Sepanjang proses pindah hosting ni, ada lah juga beberapa masalah yang aku hadapi. Terutama masa nak pindahkan blog syaisya.com ni. Mungkin sebab blog ni paling tua dan paling banyak khazanah yang tersimpan, so proses nak pindahkannya pun mengambil masa.

Masa nak import sql database tu, beberapa kali juga aku buat tak jadi, sebail dia besar. Pastu, hantar emel ke hosting provider lah kan, apa lagi. Nasib baik pihak hosting berikan support on time. Aku tanya, dorang terus reply dan settle kan masalah aku.

Sepanjang pindah hosting ni memang tah berapa banyak emel aku hantar kat hosting provider ni. Kikiki… banyak tanya dan banyak tak tahu kan. But, last-last, berjaya juga transfer empat-empat blog ni. Pheeewwww….

Lepas ni memang hujung jari je lah kalau nak tukar hosting. First time je lah rasa susah kan. 😀

p/s: Walaupun boleh je minta tolong pihak hosting transfer hosting, tapi ramai blogger yang lebih suka untuk cuba pindahkan serndiri hosting. Sebab, ia adalah pengalaman dan ilmu yang berguna. Senang, lepas ni, nak pindahkan hosting boleh buat sendiri tanpa perlu bergantung pada orang lain. 🙂

p/s/s : Setakat ni memang aku berpuas hati dengan khidmat dan pakej yang aku gunakan daripada pihak hosting ni. Dah 3 tahun juga lah aku gunakan khidmat mereka. 🙂

error: Content is protected !!