Cara Kira Zakat Perniagaan
ZAKAT PERNIAGAAN
Iaitu dikeluarkan hasil daripada perniagaan sama ada dalam bentuk perniagaan persendirian, perkongsian, syarikat, koperasi atau saham.
-
Termasuk di dalam pengertian perniagaan ialah sebarang perusahaan yang bersifat untung dan rugi.
-
Selain daripada 5 syarat wajib zakat, hendaklah :
– Mempunyai niat berniaga
– Perniagaan yang halal
Harta perniagaan yang dikira dalam penentuan zakat
- Barang perniagaan (stok akhir dinilai mengikut harga jualan semasa)
- Wang tunai di tangan
- Wang tunai di bank
- Hutang niaga yang timbul daripada jualan secara kredit dan dijamin dibayar semula
- Pelaburan dari hasil perniagaan (jangka pendek)
Kadar Nisab
- Menyamai nilai semasa 85 gram emas.
Kadar Wajib Zakat Perniagaan
- 2.5 % atau 1/40 daripada harta perniagaan yang cukup nisab
Pengiraan Zakat Perniagaan
Kaedah pengiraan Zakat Perniagaan adalah berdasarkan kepada penyata kunci kira-kira syarikat bagi sesuatu tahun kewangan. Terdapat 2 pendekatan berbeza yang boleh digunakan, namun ianya berasaskan kepada persamaan perakaunan yang seimbang iaitu:
Modal kerja
Aset/Harta semasa – liabiliti / tanggungan semasa +/- Pelarasan
Modal Berkembang
Ekuiti Pemilik + liabilit jangka panjang – aset tetap – aset separuh tetap +/- Pelarasan
Kedua-dua model tersebut akan memberikan jawapan yang sama berdasarkan kepada persamaan perakaunan. Walaubagaimanapun sebelum taksiran dibuat, beberapa item perlu diselaraskan/penyesuaian dengan merujuk kepada perincian fiqah zakat.
Calculator Zakat
Kalau tak tahu macam mana nak kira zakat, boleh login masuk dalam sistem bayar zakat online di negeri masing-masing. Ada boleh tekan butang “Kira Zakat”. Masukkan angka-angka maklumat yang ditanya dalam tu. Kemudian tekan butang Kira zakat.