Cara Tingkatkan Jualan Dengan Youtube

Cara Tingkatkan Jualan Dengan Youtube

BAGAIMANA NAK TINGKATKAN JUALAN DENGAN YOUTUBE?

 

Sya yakin ramai di kalangan orang yang membaca post ini adalah orang bisnes. Dan mungkin anda masih blur macam mana cara nak guna YouTube untuk bisnes, untuk naikkan jualan. Betul kan?

 

Sebenarnya, dalam video ini, ada beberapa contoh orang bisnes gunakan YouTube untuk perkenalkan bisnes mereka. Dari situ anda mungkin dapat beberapa idea.

 

Namun, kali ini Sya ingin berikan sedikit idea supaya anda boleh nampak lebih jelas bagaimana anda boleh gunakan Youtube untuk naikkan sales bisnes anda. 

 

Sebelum bina konten untuk promosikan bisnes, ingat satu perkara ini:

 

YouTube bukan tempat untuk IKLAN (kecuali iklan berbayar). Sebaliknya, YouTube adalah tempat untuk BERCERITA!

 

Ya, jika anda buat video iklan, tiada siapa nak tengok video anda. Malah kalau buat video iklan berbayar sekali pun, tetap orang akan skip iklan tersebut. Maka janganlah bersusah payah hasilkan video iklan cantik dan menarik dengan berhasrat orang akan tengok video itu tanpa buat bayaran. 

 

Anda sendiri pun selalu tekan butang SKIP ADS kan, bila tengok video youtube?. Haa… baik ngaku cepat. 

 

Jadi video macam mana yang anda perlu dibuat?

 

Buatlah Video bercerita!

 

Jika anda ada produk, buat review tentang produk anda.

 

Buat video-video testimoni dengan bercerita dari awal sampai akhir bagaimana hidup pengguna itu berubah setelah gunakan produk itu.

 

Buat video vlog susah payah pergi hantar produk kepada pelanggan. Buat video bagaimana kerja-kerja pembungkusan dilakukan. Buat video bagaimana staf susah payah bekerja sampai lewat malam packing barang.

 

Banyakkan bercerita. Tak perlu menjual apa pun!

 

Produk itu akan jalan sendiri apabila orang tahu ‘nilai’ dan kesungguhan kita menghasilkan produk berkualiti dan bagaimana kita berusaha membantu pelanggan untuk menyelesaikan masalah mereka.

 

Anda boleh belajar banyak lagi dari channel orang lain yang saya share dalam video tutorial YouTuber & YouTube For Business. Mereka bukan sahaja berjaya dapatkan views yang banyak dari YouTube, subscriber, dan dibayar pula oleh YouTube. Bukan itu sahaja, mereka dapat pula kembangkan bisnes tanpa kos iklan yang membebankan.

 

Jika anda nak belajar macam mana orang-orang bisnes ini gunakan Youtube untuk kembangkan dan naikkan sales mereka, anda boleh belajar dari video tutorial di sini (tekan butang hijau di bawah).

 

 

.
.
error: Content is protected !!

Fatal error: Allowed memory size of 268435456 bytes exhausted (tried to allocate 2097152 bytes) in /home/eertoado/public_html/wp-includes/functions.php on line 625