LANGKAH-LANGKAH MEMBINA PENDAPATAN PASIF
Terdapat 3 jenis pendapatan iaitu pendapatan tetap, pendapatan aktif dan pendapatan pasif. Jika mahu bebas kewangan, jumlah pendapatan pasif perlu lebih dari pendapatan aktif dan pendapatan tetap. Orang kaya beri fokus pada pendapatan pasif, manakala orang miskin hanya tau macam mana nak dapatkan pendapatan aktif. Sebab itu, orang kaya semakin kaya dan orang miskin semakin miskin.
Harga barang makin mahal. Harga minyak naik, harga gula pun nak naik juga sebab nak kurangkan penyakit diabetes dikalangan rakyat Malaysia. Suka atau tidak harga bahan mentah naik. nak tak nak perlu juga gunakan bahan-bahan ini. Kalau duit keluar lagi banyak dari duit yang masuk hasil dari duit gaji bulanan, memang hutang setinggi gunung lah nanti.
Sebab tu, zaman sekarang ni, pendapatan pasif sangat penting. Pendapatan pasif ni kita buat kerja sekali je pun, tapi boleh dapat duit berkali-kali. Tak ke best tu?. Tapi tak ramai sebenarnya yang buat duit dengan pendapatan pasif ni walaupun sebenarnya pendapatan pasifni dapat keluarkan kita dari kemelut kewangan (bebas kewangan).
Bagaimana pendapatan pasif boleh membantu kita mencapai bebas kewangan?. Pilih lah salah satu dari 9 Langkah-langkah Pendapatan Pasif yang ada ini, atau boleh buat beberapa langkah yang disenaraikan mengikut kesukaan dan keselesaan diri sendiri. Selamat mencuba! 😉