Ujian Psikometrik SPA – Apa Yang Dinilai & Markah Lulus
Seperti yang semua orang maklum, PSEE (Public Service Entry Examination) terdapat dua jenis :
- Yang pertama adalah ujian aptitud.
- dan yang kedua adalah ujian psikometrik.
Hari ini saya akan lebih fokus kepada ujian psikometrik.
Ujian psikometrik ini digunakan oleh pihak SPA dalam proses untuk menilai sikap, tingkah laku, personaliti atau kompetensi yang dimiliki oleh calon itu sesuai atau tidak sesuai dengan jawatan yang dimohon dalam SPA.
Apakah kriteria penilaian dalam ujian psikometrik?
Bagi konsep ujian psikometrik ini, penilaian personaliti dan kompetensi, ianya direka khas untuk mengukur kompetensi yang dapat mengukur tret-tret individu berasaskan keserasian individu terhadap pekerjaan, organisasi dan team work ataupun kerja berpasukan.
Data-data penilaian calon adalah lebih kepada Self Report ataupun kaedah laporan kendiri. Iaitu, di mana calon-calon perlu jujur semasa menjawab dan memberikan jawapan yang tepat dengan dirinya.
So, melalui respon atau jawapan yang diberikan oleh calon ini, sistem komputer akan memproses dan menganalisis data-data jawapan untuk dipadankan sama ada kesesuaian calon tersebut dengan jawatan yang dipilih atau kompetensi yang piawai dengan sesuatu jawatan tersebut.
Berapa lama masa yang diperuntukkan untuk menjawab ujian psikometrik?
Kebiasaannya, ujian-ujian psikometrik ini mengambil masa 20 hingga 30 minit.
Paling tinggi masa yang diperuntukkan adalah lebih kurang 60 minit.
Berapa Markah Lulus Ujian Psikometrik?
Kejayaan atau kegagalan individu dalam ujian psikometrik ini sepenuhnya bergantung kepada kejujuran calon semasa menjawab ujian psikometri ini. Dimana aspek kebolehpercayaan dan keesahan maklumat ujian ini adalah asas penilaian dalam penilaian mana-mana ujian psikometrik.
Baik. Sebagai contoh, saya ingin berikan contoh agar anda jelas bagaimana status berjaya atau tidak berjaya dalam ujian psikometrik.
Penentuan calon ujian psikometrik mengambil kira jumlah calon lantikan dan simpanan dalam satu2 jawatan.
Sebagai contoh :
Kekosongan jawatan = 20.
Bilangan calon yang berjaya untuk temuduga = 1:10.
Maka, 200 orang calon sahaja yang layak ke temuduga, yang terbaik berdasarkan score merit calon yang menduduki ujian tersebut.
So dengan ini, itulah jawapan sama ada calon berjaya atau tidak berjaya dalam ujian psikometik.
Semuanya bergantung kepada score merit calon tersebut dalam menduduki ujian, dan juga nisbah lantikan dan simpanan yang diperlukan dalam satu-satu kementerian atau jabatan dengan jawatan yang dimohon calon tersebut.
Dapatkan Contoh Soalan & Jawapan Ujian Psikometrik
Jika anda mahukan panduan cara jawab soalan psikometrik, 200+ contoh-contoh soalan psikometrik beserta jawapan, anda boleh dapatkannya dengan tekan butang hijau di bawah :