Tips Pemarkahan Dalam Perolehan Kerajaan
Tips Pemarkahan Dalam Perolehan Kerajaan
Tahniah jika anda sudah cuba memasuki kontrak kerajaan dan telah memenanginya! Tapi, jika anda baru sahaja bercadang untuk memasuki perolehan kerajaan (tender kerajaan), anda masih belum terlewat untuk memohonnya.
Sebelum ini aku ada ceritakan mengenai 4 Kategori Perolehan Kerajaan Yang Anda Perlu Tahu. Kali ini, aku akan dedahkan teknik pemarkahan dalam sebutharga dan tender kerajaan.
Apabila penilaian teknikal dilakukan, setiap bahagian akan ditentukan markah tertentu mengikut kepentingan dan keperluan projek.
Contoh Permarkahan Perolehan Kerajaan
Contohnya bagi bahagian spesifikasi, jadual penghantaran, kakitangan, pengalaman syarikat dan lain-lain.
Markah yang biasa diberikan adalah 8 markah, jika anda memenuhi spesifikasi seperti yang diminta. Untuk memenangi setiap bahagian anda perlukan kelebihan agar mendapat markah penuh 10 markah.
Jadi, apa yang anda perlu lakukan adalah memberi lebih dari yang diminta.
Dengan memberi lebih sebagai contoh menghantar lebih cepat dari tempoh yang ditetapkan oleh sebutharga, pasti membolehkan anda mendapat 10 markah di bahagian jadual penghantaran.
Kalau anda nak tahu, ada banyak lagi tips dan rahsia yang telah dimuatkan di dalam ebook Rahsia Memenangi Perolehan Kerajaan. Jika anda betul-betul serius nak memenangi perolehan kerajaan, aku sarankan agar anda dapatkan ebook tersebut.
p/s: Kalau berjaya dapat tender kerajaan lepas baca panduan ni, jangan lupa belanja aku makan, ya 😀