Deprecated: Array and string offset access syntax with curly braces is deprecated in /home/eertoado/public_html/wp-content/plugins/similar-posts/languages/en/stemmer.php on line 296

Deprecated: Array and string offset access syntax with curly braces is deprecated in /home/eertoado/public_html/wp-content/plugins/similar-posts/languages/en/stemmer.php on line 296

Deprecated: Array and string offset access syntax with curly braces is deprecated in /home/eertoado/public_html/wp-content/plugins/similar-posts/languages/en/stemmer.php on line 308

Deprecated: Array and string offset access syntax with curly braces is deprecated in /home/eertoado/public_html/wp-content/plugins/similar-posts/languages/en/stemmer.php on line 309

Deprecated: Array and string offset access syntax with curly braces is deprecated in /home/eertoado/public_html/wp-content/plugins/similar-posts/languages/en/stemmer.php on line 310
Tip berkaitan cinta buat emelda | Syaisya.com
PELAKON & SINOPSIS CINTA BUAT EMELDA SLOT AKASIA TV3

PELAKON & SINOPSIS CINTA BUAT EMELDA SLOT AKASIA TV3

Drama Cinta Buat Emelda bakal menemui penonton di Slot Akasia selepas episod akhir Gemersik Kalbu yang ditayangkan setiap Isnin hingga Khamis, jam 7 – 8 malam. Penggambaran drama 24 episod terbitan MIG Productions ini bermula sejak hujung tahun 2011 di sekitar Kuala Lumpur dan Cyberjaya.

Update terkini yang aku perolehi, bukan drama ini yang akan menggantikan drama Gemersik Kalbu, tapi drama Atas Nama Cinta. Anda boleh baca Sinopsis Atas Nama Cinta di sini. Drama Cinta Buat Emelda ini akan menggantikan drama Atas Nama Cinta.

Penulis skrip drama Cinta Buat Emilda ini ialah Mimi. Drama ini diarahkan oleh 2 orang pengarah iaitu Ismail Bob Hasim dan Eoon Shuhaini. Mejar (K) David Teo pula penerbit drama ini. Drama Cinta Buat Emelda ini merupakan adaptasi dari novel Kasih Antara Kita.

Cinta Buat Emelda Slot Akasia tv3

Cinta Buat Emelda Slot Akasia tv3

PELAKON CINTA BUAT EMELDA

Amran Ismail (Emeriz –  Adik Emelda)

Mia Sara Nasuha (Dania)

Almy Nadia (Emelda / Emiera)

Rabecca Nur Al-Islam

Erry Putra (Maliki)

Mustapha Kamal (Dato Salam)

Aida Khalida (Datin Suraya)

Fizo (Aril Fatah)

Diana Amir

Promosi tiket penerbangan MAS mulai 10 – 17 Feb 2012.

SINOPSIS CINTA BUAT EMELDA

 Sinopsis penuh akan diupdate kemudian.

Update sinopsis penuh Cinta Buat Emelda:

Drama Cinta Buat Emelda ini mengenai kehidupan Emelda yang mula berubah sejurus kehadiran Dania, anak kembarnya, Emira. Sejak Dania di sisi Emelda, hubungan Emelda dengan adik lelakinya, Emeriz mula renggang. Emeriz merupakan seorang pemuda yang agak pelik kerana emosinya tidak stabil. Dia mempunyai karakter hitam dan putih kerana ada masanya boleh jadi jahat dan kemudiannya akan jadi baik pula.

Tanpa diduga, Emelda bertemua Aeril Fatah yang merupakan seorang doktor yang memberi ceramah di tadika Dania. Sejak pertemuan dengan Emelda, Aeril sering termenung sambil teringatkan kenangan bersama Emira. Rupa paras Emelda seiras kekasihnya Emira yang meninggal dunia akibat kanser.

Aeril begitu berminat untuk mengenali Emelda. Bagi Emelda, dia sangat mengenali Aeril dan masih menyimpan gambar lelaki itu sejak tujuh tahun lalu. Pada masa yang sama, Emelda gusar jika Aeril akan merampas Dania daripadanya.

Akhirnya Emelda mengaku yang Dania ialah anak luar nikah Aeril. Lama-kelamaan hubungan Aeril dan Dania menjadi semakin rapat sehinggakan Dania memanggil Aeril, Papa. Lantas Aeril mengambil keputusan untuk mengahwini Emelda. Emelda akhirnya rela memperjudikan nasibnya bersama lelaki yang bernama Aeril Fatah. Demi Dania, dia tetap mencuba sedaya yang boleh.

Bahagiakah perkahwinan yang dibina bukan atas dasar cinta ini? Mampukah Aeril menawan hati Emelda? Apakah rahsia yang disimpan oleh Aeril mengenai kehidupan silamnya tujuh tahun yang lalu?

Review dari pembaca novel Kasih Antara Kita, ramai yang mengaku mereka menangis ketika membaca novel ni. Adakah drama ini juga akan menitiskan air mata penonton?. Yang pastinya Drama Cinta Buat Emelda ini memaparkan cerita yang penuh dengan konflik keluarga, cinta, persahabatan dan penuh dengan emosi.

Jom layan promo drama Cinta Buat Emelda ni.

p/s: Macam best je cerita ni. Ada Mia Sara lagi tu. Comel comel comel. 😀

>> SINOPSIS NOVEL KASIH ANTARA KITA <<

Sumber: myMetro, Nurizspace (gambar) dan sinopsis dari cthoney.

Beritahu info drama Cinta Buat Emelda ini dengan rakan-rakan anda yang lain di Facebook dengan menekan butang share ini.

error: Content is protected !!