SBPA BATAL. SSM KEKAL DITAMBAH BAIK. PELARASAN GAJI PENJAWAT AWAM

SBPA BATAL. SSM KEKAL DITAMBAH BAIK. PELARASAN GAJI PENJAWAT AWAM

Petang semalam terbaca banyak status kawan-kawan di Facebook mengenai SBPA dibatalkan manakala SSM dikekalkan dan ditambah baik. Aku tengok pembatalan SBPA ni mendapat reaksi positif dari kakitangan kerajaan. 😀 Mesti ramai yang suka kan. Hehe…

SBPA batal. SSM kekal ditambah baik

Ok, berikut adalah senarai pengumuman yang dilakukan oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak pada 8 Mac 2012 pada perhimpunan khas bersama penjawat awam di Dewan Perdana Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya:

1) Skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) yang sepatutnya berkuatkuasa pada 1 Jan 2012 dibatalkan

2) Skim Saraan Malaysia (SSM) dikekalkan dan ditambah baik.

3) Sebuah suruhanjaya untuk mengkaji secara komprehensif sistem saraan untuk penjawat akan pada masa depan ditubuhkan.

4) Pelarasan gaji:

  • Kumpulan Pengurusan dan Professional dan Kumpulan Pelaksana dari Gred 1 hingga Gred 54 – 13 %
  • Kumpulan Gred Utama C,B,A – 9%
  • Gred Turus 3 dan 2 – 8%
  • Gred Turus Satu dan Ketua Setiausaha Negara – 7%

5) Jadual gaji matriks yang dilaksanakan sekarang diubahsuai kepada gaji minimum-maksimum dengan kadar kenaikan RM80-RM320 bagi Gred 1-54 manakala gred bagi Jusa kekal mengikut kenaikan tahunan SSM.

6) Kenaikan Elaun Bantuan Sara Hidup (COLA):

  •  Kawasan B – kenaikan kepada RM250 sebulan dari RM200
  •  Kawasan C – dinaikkan kepada RM150 daripada RM100.

p/s: Aku ringkaskan intipati pengumuman Dato Seri Najib ni. Senang nak tengok dan untuk dijadikan rujukan juga, walaupun aku bukan kakitangan kerajaan. Tapi, manalah tahu kot akan datang aku jadi kakitangan kerajaan. Hihu 😀

Sumebr: BERNAMA melalui Mynewshub

Kongsi maklumat SBPA batal dan SSM ditambah baik ini dengan rakan-rakan anda yang lain di Facebook dengan menekan butang share ini.

error: Content is protected !!