CONTEST AKU BERPUISI – KERANAMU RAMADHAN
KERANAMU RAMADHAN
Ramadhan
Kehadiranmu ku nanti
Kerana kau bulan yang diberkati
Kehadiranmu membuka pintu-pintu syurga
Kehadiranmu menutup pintu-pintu neraka
Kehadiranmu menambat syaitan-syaitan
Kehadiranmu memberi peluang keampunan
Semua ini
Keranamu Ramadhan
Ramadhan
Hadirmu mengusir duka
Hadirmu menyisih lara
Hidup tenang tanpa berat hati
Melakukan amal ibadah
Penuh istiqamah
Melakukan sedekah jariah
Untuk menyapu si air mata
Semua ini
Keranamu Ramadhan
Ramadhan
Hadirmu ku dambakan
Keampunan dari Al-Rahman
Keberkatan dari Al-Rahim
Hadirmu ku dambakan
Pahala berganda
Keharuman Al-Jannah
Kelapangan hati
Hadirmu menjadikan
Semua ini bukan mustahil
Untuk ku miliki
Semua ini
Keranamu Ramadhan
Ramadhan
Alangkah rugi jika kehadiranmu dipersiakan
Tanpa diisi dengan pengisian rohani
Tanpa dihiasi dengan kawalan diri
Tanpa tarbiyah jasad dan rohani
Dari sebarang kemaksiatan hati
Dari sebarang kemungkaran
Semua ini
Keranamu Ramadhan
Ramadhan
Hadirmu hanya sebulan
Pemergianmu ku tangisi
Hati walang berteka-teki
Cukupkah amal yang ku lakukan?
Adakah ini Ramadhan terakhir bagiku?
Adakah kita akan bertemu lagi?
Semua ini
Keranamu Ramadhan.
Keranamu Ramadhan
Ramadhan Al-Mubarak.
Aku ingin membaca puis nukilan rakan blogger ku yang bernama:
Sajak Keranamu Ramadhan ini hasil nukilan hati Sya Isya pada 28 Ramadhan 1432H.
Sajak ini dihasilkan untuk Contest Aku Berpuisi anjuran saudara Azhan.