Deprecated: Array and string offset access syntax with curly braces is deprecated in /home/eertoado/public_html/wp-content/plugins/similar-posts/languages/en/stemmer.php on line 296

Deprecated: Array and string offset access syntax with curly braces is deprecated in /home/eertoado/public_html/wp-content/plugins/similar-posts/languages/en/stemmer.php on line 296

Deprecated: Array and string offset access syntax with curly braces is deprecated in /home/eertoado/public_html/wp-content/plugins/similar-posts/languages/en/stemmer.php on line 308

Deprecated: Array and string offset access syntax with curly braces is deprecated in /home/eertoado/public_html/wp-content/plugins/similar-posts/languages/en/stemmer.php on line 309

Deprecated: Array and string offset access syntax with curly braces is deprecated in /home/eertoado/public_html/wp-content/plugins/similar-posts/languages/en/stemmer.php on line 310
Tip berkaitan contest review blog 2011 | Syaisya.com
PERTANDINGAN REVIEW BLOG EARNCENT 2011 – SIRI 1

PERTANDINGAN REVIEW BLOG EARNCENT 2011 – SIRI 1

Tadi, Titan datang lagi ke blog ini dan tinggalkan komen. Kadang-kadang aku pun tertanya-tanya juga, mengapa agaknya ya, bro Titan kadang-kadang tampil ke blog syaisya.com ini dan rajin pula tu tinggalkan komen. Kadang-kadang tu sampai 2-3 entri dia komen (ada sekali dua je kot dia buat camni). 😛

Hehe…memang lah tak pelik kalau orang tinggalkan komen kat blog kita, tapi ni Titan. Aku musykil sikit. Bukannya apa, blog aku ni memang sunyi dari komen-komen. Entri-entri yang ada di sini pun bukannya best mana pun. Tapi aku pun tak kisah pasal komen ada ke tak, banyak ke sikit. Yang penting aku happy berblog 😀 By the way, Titan ni memang peramah dan rajin tinggalkan komen kat blog-blog yang dia singgah.

Disebabkan tak berapa ramai blogger yang datang komen di blog ni, jadi dah menjadi satu habit untuk aku datang melawat blog mereka yang komen di blog ni. Mungkin sebab perasaan ingin tahu yang ada dalam diri ini lah yang mendesak aku untuk mengenali peng-komen di blog ini.

Sebaik sahaja aku approve dan reply komen dari Titan, aku pun terjah lah blog dia iaitu earncent.com. Tup tup entri terkini yang terpampang di blog earncent.com ialah entri contest. Pertandingan review Titan dan review earncent.com pula tu. Aku memang suka join contest ni. Pantang baca entri contest, mulalah hati meronta-ronta nak join. Fikiran terus je automatik merangka-rangka isi kandungan entri yang bakal tercipta. Jari-jemari pula mula terasa gatal nak ketuk keyboard bagi meluahkan yang terbuku di kotak fikiran.

Korang kenal tak Titan? Kenal tak blog earncent.com?. Aku rasa memang kebanyakan blogger dah kenal bro Titan ni. Bro Titan ni memang sangatlah pandai buat duit dengan blog. Memang dah terkenal dah dengan poketnya yang lebat dengan not-not ringgit malaysia. Maka, dalam blog earncent.com tu banyaklah cerita pasal duit.

Oleh kerana Titan memberikan pilihan muktamad kepada sesiapa yang nak menyertai pertandingan ini untuk buat entri macam mana gayanya pun, maka aku memilih untuk buat entri pertandingan review ini secara bersiri kerana aku masih belum bersedia untuk membuat review blog earncent.com tu. Maklumlah, kalau dah namanya review, biasanya aku mengambil masa yang lama untuk siapkan satu review. Entri ini hanyalah entri pengenalan sahaja tentang pertandingan tunggal yang dianjurkan oleh blog earncent.com bagi tahun 2011 ni.

Selalunya aku join contest last-last minit, sebab aku seorang blogger yang suka bertangguh. Tapi kali ni aku nak join dengan segera sebaik sahaja tahu mengenai contest ini. Kenapa?. Sebab aku nakkan hadiah khas untuk 6 orang peserta terawal tu. Boleh dapat peluang beriklan di blog earncent.com dan blog peribadinya di AhmadFaizal.com. Tapi rasanya aku tak dapat kot jadi 3 yang terawal sebab dah ada beberapa blogger yang join contest ni. So, jadi 6 yang terawal pun jadilah. Ada rezeki aku, adalah kan. Yang penting dah berusaha. 😀

p/s: Ni entri pengenalan tapi ada 400 patah perkataan. Alamak, panjang pula aku membebel padahal mata dah mengantuk ni, sebab taip entri ni pada sepertiga malam. Elok je lagi kalau bertahajud kan, dari ketuk-ketuk keyboard ni. Keyboard ni pun dah sakit kot asyik kena ketuk je. Huhu… 😀 Salam Ramadhan kepada pembaca Muslimin dan Muslimat sekalian!.

Pertandingan Earncent Review 2011 ini dianjurkan oleh Earncent.com danAhmadFaizal.com. Hadiah ditaja oleh TitanPanduanTNX.com, Blog Kari-Ngeri.com,AnakDunia dan Ohcikgu.com

error: Content is protected !!