1) Pastikan Faham Format Penilaian
.
Format sentiasa berubah. Contohnya penilaian SEPARA PERUBATAN sesi Mei 2019 yang lalu, ada seksyen penilaian Psikometrik pada SEKSYEN A. Tapi untuk sesi September, tiada lagi seksyen Psikometrik. Digantikan dengan SEKSYEN A: Pengetahuan Am!
Manakala untuk exam online SPA sesi oktober 2019, tiada lagi soalan psikometrik. Digantikan dengan Soalan Daya Menyelesaikan Masalah dan Soalan Bahasa Inggeris.
Jadinya pastikan anda study rujukan yang terkini dengan huraian format terkini! Sentiasa semak panggilan dan format yang diberikan bersama panggilan anda.
Jika anda studi melalui carian di internet, pastikan tarikh perkongsian itu adalah yang terkini dan bukan yang lama. Takut anda tersalah maklumat!
.
2) Pastikan Tahu Penilaian Setiap Seksyen
.
Perkara ini sangat penting. Dapatkan idea yang jelas aspek penilaian disebalik setiap seksyen.
Contohnya penilaian PENGETAHUAN AM. Ianya bukan sekadar pengetahuan am negara sahaja.
Mencakupi juga “pengetahuan am negeri“, “pengetahuan am jawatan” dan “pengetahuan am berkaitan perjawatan/kementerian“.
Nampak tak? Banyak pecahan walaupun ianya satu seksyen!
Bukanlah semua ditanya, tapi anda kena pastikan PENGETAHUAN AM itu berkaitan skop yang mana.
Gunakan rujukan yang betul.
Bukan apa, takut anda terbazir masa ulangkaji benda yang tak masuk dalam skop penilaian. Masa ulangkaji memang tak banyakkan?
Tengoklah biasanya exam ditetapkan dalam tempoh 2 minggu selepas diumumkan dan majoriti calon memang studi ‘last minute’ punya. Bila exam, terkial-kial nak menjawab sebab tak ready dan study sambil lewa 😛 Anda juga yang rugi, dah lepaskan peluang yang tak selalu datang ini begitu saja.
.
3) Pastikan Buat Latihan
.
Masih ingat tak masa kita ambil peperiksaan dulu seperti PMR ke SPM ke. Berapa banyak soalan Latih Tubi yang kita buat? Bukan soalan ramalan atau soalan ‘spot’, tapi latihan untuk mahirkan diri kita dengan soalan dan skop penilaian. Kita buat semaksimum mungkin contoh soalan exam tu. Betul tak?
Itu langkah ‘scorer‘. Itu langkah kita zaman tu kan? Yang akhirnya menjadikan kita sukses dalam exam tahun tu. Masih ingat? ?
Benda yang sama kita buat untuk sesi exam kerajaan ini juga. Buat latihan semaksimum mungkin. Tiada pun soalan bocor exam online SPA, tapi objektif kita adalah kita nak buat latihan secukupnya.
Jadi, pada hari peperiksaan, kita nak senyum sebab kita dah tahu bagaimana bentuk soalan ditanya dan kita dah buat latihan secukupnya!
Jika anda dah biasakan diri anda dengan bentul soalan, tak ada lah terkejut tengok soalan exam nanti. Lepas itu, panik tak tahu nak jawab apa. Pakai hentam je jawab. Rugi!. Bukan orang lain yang rugi, tapi andalah yang rugi.
Tapi, mana nak dapat contoh soalan banyak-banyak untuk buat latihan?
Anda boleh gunakan rujukan exam SPA di bawah :
.
Rujukan Exam SPA Oktober 2019
.
Bukan semua jawatan ada rujukan disediakan. Ini rujukan untuk beberapa sesi exam yang kita berikan contoh soalan exam setiap jawatan. Anda boleh gunakan rujukan ini dan study :