Contoh Soalan PSEE Penolong Pegawai Pendaftaran KP29 di JPN

Contoh Soalan PSEE Penolong Pegawai Pendaftaran KP29 di JPN

MAKLUMAT BERKAITAN JAWATAN PENOLONG PEGAWAI PENDAFTARAN GRED KP29 DI JABATAN PENDAFTARAN NEGARA

  • Gred: KP29
  • Kumpulan: Pelaksana, Pengurusan dan Profesional (Skim Perkhidmatan Bersepadu)
  • Kem/Jab:Jabatan Pendaftaran Negara Malaysia

 

Gaji Pegawai Pendaftaran KP29

  • GRED GAJI MINIMUM GAJI MAKSIMUM KADAR KENAIKAN GAJI TAHUNAN
    KP29 RM1,493.00 RM5,696.00 RM145.00

 

Deskripsi Tugas Penolong Pegawai Pendaftaran Gred KP29

  • Pelaksanaan dan Penguatkuasaan Undang-undang
  • Urusan Kad Pengenalan
  • Urusan Kelahiran, Kematian dan Anak Angkat
  • Urusan Kewarganegaraan
  • Urusan Perkahwinan dan Perceraian
  • Aktiviti Siasatan dan Pendakwaan

 

Peperiksaan Online Memasuki Perkhidmatan Awam (PSEE) Penolong Pegawai Pendaftaran Gred KP29

peperiksaan online kp29 penolong pegawai pendaftaran jabatan pendaftaran negara

 

Untuk menyandang jawatan Penolong Pegawai Pendaftaran, calon perlulah lulus peperiksaan online yang dijalankan terlebih dahulu. Sekiranya calon tersebut berjaya dalam peperiksaan dan tapisan awal ini, maka barulah calon tersebut akan dipanggil untuk menghadiri temuduga.

Namun berdasarkan maklumbalas yang diterima kebanyakan calon gagal dalam proses tapisan pertama iaitu kegagalan untuk menjawab dengan baik soalan-soalan yang dikemukan dalam Peperiksaan Penolong Pegawai Pendaftaran Gred KP29.

Tahukah anda yang peperiksaan Penolong Pegawai Pendaftaran yang diadakan oleh pihak SPA Malaysia bertujuan untuk menguji kemahiran dan daya pemikiran calon mengaplikasikan maklumat melalui latihan, akademik dan pengalaman.

Antara matlamat utama peperiksaan tersebut ialah untuk “menguji” calon dari pelbagai jurusan berbeza dengan set soalan PENOLONG PEGAWAI PENDAFTARAN yang telah ditetapkan.

Jadi, untuk lulus dengan cemerlang anda perlu bersedia dengan sebaik mungkin. Antara persediaan awal yang anda boleh lakukan ialah:

  • Menyesuaikan diri dengan contoh-contoh soalan peperiksaan PENOLONG PEGAWAI PENDAFTARAN
  • Bersedia dengan topik peperiksaan yang mungkin diajukan dalam peperiksaan.
  • Ketahui bagaimana hendak menjawab dan melengkapkan diri dengan skema jawapan.
  • Ketahui tugas anda sebagai seorang “PENOLONG PEGAWAI PENDAFTARAN KP29”.
  • Buat latihan sebanyak mungkin (latih tubi)

Secara asasnya itu antara persediaan yang calon boleh lakukan. Lebih dari itu, calon peperiksaan juga boleh mendapatkan rujukan dan panduan peperiksaan PENOLONG PEGAWAI PENDAFTARAN di bawah yang telah berjaya membantu calon terdahulu.

panduan peperiksaan online penolong pegawai pendaftaran kp29 di jpn

rujukan eaxm kp29 2019 membantu 2

Rujukan & Contoh Soalan KP29 Edisi 2019. Klik SINI

CONTOH SOALAN MATEMATIK PEPERIKSAAN ONLINE KP29

Seksyen A : Daya Menyelesaikan Masalah 

Masa : 25 minit
Soalan : 20 (aneka pilihan)

Tujuan seksyen ini adalah untuk menguji calon dari aspek pengetahuan, Kemahiran berfikir serta kemahiran mengaplikasi maklumat.

1. Apakah S?

contoh soalan matematik peperiksaan online kp29 jabatan pendaftaran negara

A. 469
B. 220
C. 110
D. 55
Jawapan: A

Teknik Menjawab:
= 59 – 4 = 55x 2
= 117 – 7 = 110x 2
= 235 – 15 = 220x 2
= 469 – 29 = 440

.
2. Lee dapat menjawab 6 soalan Matematik Tambahan dalam masa 9 minit. Berapakah jumlah soalan Matematik Tambahan yang boleh dijawab oleh Lee dalam masa 1 jam 15 minit?
A. 55
B. 50
C. 40
D. 45
.

3. Jumlah harga 40 biji tembikai ialah RM380. Berapakah harga purata sebiji tembikai?

A. RM 10.00
B. RM 9.00
C. RM 8.50
D. RM 9.50
Jawapan : D

CONTOH SOALAN KEFAHAMAN BAHASA INGGERIS KP29

Seksyen B:  Kefahaman Bahasa Inggeris 

Dalam seksyen ini calon akan diuji mengenai tahap kefahaman dalam Bahasa Inggeris. Soalan akan merangkumi satu (1) petikan pendek beserta 5 soalan kefahaman dan 15 soalan tatabahasa.

Masa : 20 minit
Soalan : 20 (aneka pilihan)

 

Malay food derives its flavor from the use of spices and ingredients such as lemon grass, shallots, ginger, coriander, tamarind and many others. Another ingredient commonly found in Malay cooking is santan ( coconut milk). The milk is squeezed from the flesh of grated coconut.

The staple food of Malays is rice, boiled to a white fluffy texture and usually served with dishes of meat (chicken or beef), fish and vegetables. Meat and fish are usually fried or prepared as a sambal (chilly paste) or curry dish. As far as Muslims are concerned, the meat used in their cooking must be ‘halal’ (slaughtered according to the Islamic rites).
.
Malay food is prepared and enjoyed by all races. A staple breakfast favourite is nasi lemak, a simple but satisfying meal of rice cooked in coconut milk with fragrance pandan leaves and accompanied by side dishes such as sambal ikan bilis, boiled egg, peanuts, sliced cucumber, prawns and fried fish.
.
The traditional Malay way of eating is by using the right hand. The use of the left hand is considered bad manners. However, those who are comfortable using the fork and spoon may do so if they want to. Using the right hand also applies to giving or receiving things.
.
In eating stalls or homes where the hand is used to eat, guests will be provided with a small pot of water to wash their hands before and after the meal. Remember, this water is not for drinking!
.

(Adapted from The Langkawi Tourism Newsletter)

1. From the passage below, we know that Malays
A use flavouring when they cook.
B use spices in their cooking.
C eat vegetables everyday.
D eat spicy food only.
Jawapan : B

 

2. The phrase ‘staple food’ (line 5) means
A main ingredient in a dish
B main food that a person eats
C food that is eaten by everyone
D Dfood that is everyone’s favourite
Jawapan : B

 

3. The main reason people take ‘nasi lemak’ for breakfast is that it
A has coconut milk in it
B has local ingredients
C is cooked with spices
D is simply delicious
Jawapan : A

.

PANDUAN PEPERIKSAAN ONLINE PSEE KP29 2019 

Dalam panduan ini, anda akan dapat :

√ Huraian format terkini Exam PENOLONG PEGAWAI PENDAFTARAN .
√ Nota Utama dan Contoh Soalan beserta Jawapan. (60++ Soalan)
√ Extra Seksyen A – Daya Menyelesaikan Masalah (50++ Soalan & Jawapan)
√ Extra Seksyen B – Kefahaman Bahasa Inggeris (40++ Soalan & Jawapan)
√ Formula Matematik
√ 120++ muka surat

 

Klik butang tempahan di bawah untuk terus ke laman jualan ;

Saya NAK Rujukan & Contoh Soalan Exam KP29 Edisi 2019

panduan peperiksaan online penolong pegawai pendaftaran kp29 di jpn

 

 

PERINGATAN : Contoh-contoh soalan yang dikongsikan di atas hanyalah sekadar gambaran sahaja, tidak mempunyai kaitan soalan ramalan atau bocor soalan. Untuk rujukan calon sahaja.

3 Perkara Ini Anda Perlu Tahu Sebelum Jawab Exam SPA PSEE

3 Perkara Ini Anda Perlu Tahu Sebelum Jawab Exam SPA PSEE

Untuk semua calon yang bakal menduduki peperiksaan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA),  sangat penting untuk anda tahu 3 perkara ini sebelum menduduki exam SPA – PSEE.
.
Tak kiralah apa jawatan yang anda pohon, jangan abaikan 3 perkara ini jika anda mahu lulus dalam exam online SPA .
.
Tahniah kerana dipanggil dan dipilih untuk exam. Ini bermakna, anda melepasi semua syarat kelayakan untuk menjawat jawatan kerajaan yang anda pohon.
.
Ramai lagi yang dah isi borang SPA8i tapi masih belum dipanggil. Jadi, jangan ambil mudah panggilan ini.
.
Buat sehabis baik dan tak sia-siakan peluang keemasan yang datang ini. Jika tidak, anda tak tahu bila lagi anda akan dipanggil.Gunakan contoh soalan exam untuk persediaan anda.
.

Jangan pandang ringan 3 perkara berikut :

1) Pastikan Faham Format Penilaian

.

Format sentiasa berubah. Contohnya penilaian SEPARA PERUBATAN sesi Mei 2019 yang lalu, ada seksyen penilaian Psikometrik pada SEKSYEN A. Tapi untuk sesi September, tiada lagi seksyen Psikometrik. Digantikan dengan SEKSYEN A: Pengetahuan Am!

Manakala untuk exam online SPA sesi oktober 2019, tiada lagi soalan psikometrik. Digantikan dengan Soalan Daya Menyelesaikan Masalah dan Soalan Bahasa Inggeris.

Jadinya pastikan anda study rujukan yang terkini dengan huraian format terkini! Sentiasa semak panggilan dan format yang diberikan bersama panggilan anda.

Jika anda studi melalui carian di internet, pastikan tarikh perkongsian itu adalah yang terkini dan bukan yang lama. Takut anda tersalah maklumat!

.

2) Pastikan Tahu Penilaian Setiap Seksyen

.

Perkara ini sangat penting. Dapatkan idea yang jelas aspek penilaian disebalik setiap seksyen.

Contohnya penilaian PENGETAHUAN AM. Ianya bukan sekadar pengetahuan am negara sahaja.

Mencakupi juga “pengetahuan am negeri“, “pengetahuan am jawatan” dan “pengetahuan am berkaitan perjawatan/kementerian“.

Nampak tak? Banyak pecahan walaupun ianya satu seksyen!

Bukanlah semua ditanya, tapi anda kena pastikan PENGETAHUAN AM itu berkaitan skop yang mana.

Gunakan rujukan yang betul.

Bukan apa, takut anda terbazir masa ulangkaji benda yang tak masuk dalam skop penilaian. Masa ulangkaji memang tak banyakkan?

Tengoklah biasanya exam ditetapkan dalam tempoh 2 minggu selepas diumumkan dan majoriti calon memang studi ‘last minute’ punya. Bila exam, terkial-kial nak menjawab sebab tak ready dan study sambil lewa 😛 Anda juga yang rugi, dah lepaskan peluang yang tak selalu datang ini begitu saja.

.

3) Pastikan Buat Latihan

.

Masih ingat tak masa kita ambil peperiksaan dulu seperti PMR ke SPM ke. Berapa banyak soalan Latih Tubi yang kita buat? Bukan soalan ramalan atau soalan ‘spot’, tapi latihan untuk mahirkan diri kita dengan soalan dan skop penilaian. Kita buat semaksimum mungkin contoh soalan exam tu. Betul tak?

Itu langkah ‘scorer‘. Itu langkah kita zaman tu kan? Yang akhirnya menjadikan kita sukses dalam exam tahun tu. Masih ingat? ?

Benda yang sama kita buat untuk sesi exam kerajaan ini juga. Buat latihan semaksimum mungkin. Tiada pun soalan bocor exam online SPA, tapi objektif kita adalah kita nak buat latihan secukupnya.

Jadi, pada hari peperiksaan, kita nak senyum sebab kita dah tahu bagaimana bentuk soalan ditanya dan kita dah buat latihan secukupnya!

Jika anda dah biasakan diri anda dengan bentul soalan, tak ada lah terkejut tengok soalan exam nanti. Lepas itu, panik tak tahu nak jawab apa. Pakai hentam je jawab. Rugi!. Bukan orang lain yang rugi, tapi andalah yang rugi.

Tapi, mana nak dapat contoh soalan banyak-banyak untuk buat latihan?

Anda boleh gunakan rujukan exam SPA di bawah :

.

Rujukan Exam SPA Oktober 2019

.

Bukan semua jawatan ada rujukan disediakan. Ini rujukan untuk beberapa sesi exam yang kita berikan contoh soalan exam setiap jawatan. Anda boleh gunakan rujukan ini dan study :

+ Contoh Soalan Pembantu Antidadah S19 (KLIK)

error: Content is protected !!