Bantuan Periuk Nasi Untuk Mangsa Banjir Pantai Timur 2014

Bantuan Periuk Nasi Untuk Mangsa Banjir Pantai Timur 2014

bantuan barang keperluan mangsa banjir pantai timur 2014

Air mata mangsa banjir Pantai Timur

Gambar Banjir di Kelantan 2014

Banjir di Kelantan 2014

Sumbangan Bagi Mengumpul Dana Untuk 2000 Periuk Nasi Untuk Warga Pantai Timur dilancarkan.

Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Impak akibat banjir kepada antara mangsa-mangsa banjir bukan seminggu dua sahaja atau sehingga banjir surut, tetapi akan terkesan 5-10 atau lebih tahun akan datang akibat kerosakan harta benda, dan juga kesan psikologi.

Gambar Banjir di Kelantan 2014

Banjir di Kelantan 2014

Kami tahu ramai yang telah menyumbang barang keperluan seperti beras, tetapi tiada gunanya sekiranya peralatan untuk memasak beras tak ada. Anda tahulah habis peralatan elektrik rosak akibat banjir.

Jadi kami wujudkan inisiatif ini bagi membantu meringankan beban kepada mangsa-mangsa banjir. Matlamat kami sekurang-kurangnya kami dapat membantu 2000 keluarga dengan menderma periuk nasi ini.

1 Keluarga = 1 Periuk Nasi = RM100 Sumbangan

Cuba anda bayangkan dengan periuk nasi ini anda dapat membantu sekurang-sekurangnya 4 orang ahli keluarga ini. Jadi dengan 2000 sumbangan periuk nasi ini, kita dapat membantu tidak kurang 8000 orang. Ramai bukan… Dengan sumbangan anda ini akan dapat ganjaran pahala yang besar InsyaAllah.

Projek Bantuan 2000 Periuk Nasi Barang Keperluan Mangsa Banjir Pantai Timur 2014

Projek Bantuan 2000 Periuk Nasi Untuk Mangsa Banjir Pantai Timur 2014

Untuk sumbangan dan maklumat lanjut, klik sini –> www.2000periuknasi.com

Derma Mangsa Banjir 2014 Sambil Belajar Buat Duit Online

Derma Mangsa Banjir 2014 Sambil Belajar Buat Duit Online

Menyedari hakikat yang mangsa banjir perlukan pertolongan, ramai yang nak menghulurkan bantuan. Tapi, ada juga yang tak tahu cara mana nak salurkan bantuan. Ada banyak channel untuk menghulurkan bantuan sebenarnya. Pilih sahaja yang mana satu yang dipercayai.

Ini ada 1 peluang baik. Aku kira, ia bukan setakat baik, tapi peluang terbaik!. Sebab, bukan setakat dapat menderma dan meringankan beban mangsa banjir, tapi kita akan dapat ilmu juga!. Yup! Ilmu untuk buat duit untuk tahun 2015. Dalam erti kata lain, berilmu sambil beramal. Niat untuk membantu, InsyaAllah, Allah berkati.

Projek derma mangsa banjir ni menghimpunkan produk-produk internet marketing yang super hebat dari internet marketer yang hebat-hebat belaka!. Dijual dengan harga yang tak masuk akal!. Sebab, tujuannya bukanlah untuk mengaut keuntungan, tapi untuk kumpulkan dana untuk membantu mangsa-mangsa banjir di Pantai Timur dan negeri-negeri lain yang terlibat.

Segala wang yang terkumpul diserahkan kepada Islamic Aid Malaysia, Aman Palestin dan lain-lain NGO.

sumbangan derma mangsa banjir 2014 kelantan terengganu perak pahang johor

sumbangan derma mangsa banjir 2014 – Hari Pertama

Derma mangsa banjir kelantan terengganu pahang perak johor 2014

Sumbangan derma mangsa banjir 2014 – Hari ke-2

Ok, untuk maklumat lanjut dan untuk menderma kepada mangsa banjir 2014 sambil belajar ilmu buat duit online, layari web ini –> http://rajakamil.biz/bah14/

p/s: Aku tengah cari channel untuk menyumbangkan baju aku yang elok-elok untuk mangsa banjir.

Derma Kilat Untuk Mangsa Banjir 2014 – Projek Amal Tawaran Meleleh

Derma Kilat Untuk Mangsa Banjir 2014 – Projek Amal Tawaran Meleleh

Banjir yang teruk lagi luar biasa melanda Pantai Timur Malaysia 2014.

Banjir teruk di pantai Timur Disember 2014

Banjir teruk di pantai Timur Disember 2014

Mahukah anda bersama membantu mangsa banjir yang memerlukan sokongan kita?

Tuan Bukhari Ramli, seorang rakyat biasa yang tak berdaya nak membantu banyak mengajak kawan-kawan untuk menyumbang membantu mangsa banjir di sana. Kita buat apa yang terdaya.

Beliau cuma seorang penulis, maka beliau membantu dalam cara yang beliau tahu: menulis kepada anda.

Bantuan yang dihantar dengan bot kepada mangsa banjir yang terkandas dan tak dapat sampai ke pusat pemindahan.

Bantuan yang dihantar dengan bot kepada mangsa banjir yang terkandas dan tak dapat sampai ke pusat pemindahan.

Gambar menunjukkan bantuan yang dihantar dengan bot kepada mangsa di Temangan Lama yang terkandas dan tak dapat sampai ke pusat pemindahan. Ada mangsa yang sudah 2 hari tidak makan.

Perjalanan jalan raya biasa mengambil masa 15 minit. Perjalanan bot ini mengambil masa 4 jam. Arus deras. Hanya orang gila dan tak fikir diri sendiri saja sanggup buat begini.

Boleh percaya ke duit kutipan ni sampai?

Tiada NGO berdaftar, tiada akaun beraudit. Tidak sempat nak berprotokol.

Kami tak sempat siapkan semua itu. Beliau hanya cuma dengar cerita kawan-kawan di medan.

Beliau tak boleh nak hilangkan kerisauan anda.

Tutup mata, berdoa pada Allah dan tanya. Kalau rasa terbuka hati, boleh sertai projek ini.

On the ground contact beliau salah seorangnya Tuan Azman Aziz. Ibu beliau kritikal di Hospital Kuala Krai. Respirator mungkin sudah habis bateri, generator sudah habis minyak, bekalan letrik sudah lama putus. Namun beliau masih gigih membantu orang ramai. Boleh tengok kat FB Azman Aziz di sini >> FB Azman Aziz<< pesakit kritikal di kuala krai

Update terkini : 27 Dec 2014 : Generator kat ICU dah hidup balik. Alhamdulillah.

Kutipan terkumpul…

Setakat 26 Disember 2014, pukul 10 malam: kutipan terkumpul ialah RM 14,630.

Beliau sudah serahkan RM 5,000 kepada Tuan Azman untuk membeli makanan untuk mangsa banjir yang terperangkap di rumah, tak sempat ke pusat pemindahan.

bantuan untuk mangsa banjir 2014

bantuan untuk mangsa banjir 2014

Bantuan makanan untuk mangsa banjir 2014

Bantuan makanan untuk mangsa banjir 2014

Sebahagian bekalan makanan yang dibeli dan diagihkan oleh pasukan Tuan Azman. Bot dalam gambar di atas juga adalah daripada kumpulan ini.

Makanan mangsa banjir 2014

Makanan mangsa banjir

Mereka hanya bersarapan nasi dan kicap. Makan tengah hari bubur nasi air kosong saja.

Teruskan bantuan!

Teruskan menyumbang. Teruskan SHARE page ini (tekan butang di belah kiri).

Apa saja sumbangan yang kita buat. Berapa banyak pun yang kita bagi, sangat sikit dibandingkan dengan apa yang mereka lalui.

Mohon sumbangan minima RM50 dan dapatkan hadiah ini…

Sebagai insentif, beliau hadiahkan pakej ilmu yang beliau keluarkan ini.

Namanya Tawaran Meleleh. Harga biasa RM100. Beliau tidak jual kepada anda.

Ebook Tawaran Meleleh - Ebook yang sangat bagus untuk mereka yang buat bisnes online

Ebook Tawaran Meleleh – Ebook yang sangat bagus untuk mereka yang buat bisnes online

Tuan Bukhari Ramli hadiahkan kepada anda atas sumbangan anda. Beliau percaya dengan cara ini lebih ramai akan menyumbang.

Ini bukan produk cikai. Ini produk beliau yang paling disayangi dan telah bantu ramai audiens beliau berjaya jana jualan (boleh baca cerita mereka di bawah).

Walaupun anda bukan orang bisnes atau tak mahu pun buka bisnes, beliau percaya ia boleh bantu anda juga. Ia mengajar psikologi manusia dan bagaimana manusia bertindak.

Beliau gunakan framework yang sama bukan hanya ketika menjual, tetapi juga semasa memohon pekerjaan dan semasa mempengaruhi seseorang.

Ini saja usaha beliau untuk kumpul dana…

SILAKAN jika anda mahu buat sumbangan lebih daripada RM50. Ada hamba Allah budiman hartawan yang sumbangkan hampir seribu. Alhamdulillah.

klik sini untuk menyumbang derma kepada mangsa banjir

Maklumat lanjut tentang Tawaran Meleleh…

Apa yang anda akan belajar dalam pakej ilmu Tawaran Meleleh ini?

  • Produk saya bagus, kenapa tiada orang beli?
  • Enjin yang menggerakkan dunia bisnes
  • 3 elemen yang membuatkan manusia bertindak: Adakah tawaran anda lengkap dengan 3 elemen ini?
  • 3 kaki marketing: Tanpa salah satu kaki ini, usaha marketing anda akan runtuh
  • Perkara paling penting yang perlu dibuat untuk membina tawaran meleleh. Banyak bisnes yang melangkau bahagian ini
  • Perkara LUAR TABI’E yang membuatkan bisnes anda kebal persaingan. Ya, ia macam tak logik! Tapi inilah perkara logik yang anda patut buat
  • Persamaan penting antara berbisnes dan mencari jodoh
  • Cara buat copywriting POWER tanpa buat copywriting, tanpa perlu belajar copywriting
  • Resepi rahsia bisnes-bisnes yang hebat: Bagaimana untuk menang sebelum mula berlumba
  • 4 soalan yang pelanggan tanya semasa membuat pembelian
  • 4 sebab UTAMA mengapa pelanggan tidak membeli
  • 5 pintu yang perlu dibuka sebelum pelanggan bertindak membeli
  • Lebih berkuasa daripada penyelesaian: Mengapa sekadar memberi penyelesaian kepada pelanggan tidak membuatkan mereka pantas membeli
  • Bagaimana belajar menarik perhatian pelanggan daripada menonton telenovela dan sinetron
  • Template mudah menulis headline yang buatkan target pelanggan berhenti buat kerja lain
  • Pencetus tindakan: Perkara terakhir yang anda perlu buat untuk pastikan pelanggan bertindak membeli
  • Soalan dan tindakan: Latihan kerja rumah yang memandu anda langkah demi langkah untuk membina tawaran meleleh
  • …dan banyak lagi! (SURPRISE! 😛 )
  • terstimoni tawaran meleleh

    Berjaya buat sales RM 7000

    Gambar Pesakit kritikal di Hospitak Kuala Krai

    Pesakit kritikal di Hospitak Kuala Krai

    Pesakit di Hospital Kuala Krai. Bot tak boleh masuk kerana cuaca buruk.

    Mereka perlukan helikopter untuk pindahkan mangsa kritikal. Helikopter memerlukan kos minyak dan sewa. Hospital juga telah kehabisan bahan api.

    klik sini untuk menyumbang derma kepada mangsa banjir

    100% hasil kutipan akan didermakan untuk bantuan mangsa banjir.

    p/s : Artikel ini adalah 75% daripada artikel asal di http://bukhariramli.com/tm-khas/

    p/s/s: Artikel ini ditulis secara ad hoc. Saya sendiri juga sedang dalam keadaan berjaga-jaga kerana paras air sungai di belakang rumah sudah di tahap kritikal juga. Namun, bersyukur kerana masih selamat. Sebagai mangsa banjir sejak kecil lagi, saya sangat memahami keadaan dan hati mangsa banjir. Johor sudah mula banjir. Kluang (tempat saya) paling banyak pusat pemindahan banjir dibuka bermula 26 Disember 2014.

    Mohon doa dari kalian untuk semua mangsa-mangsa banjir. Terima kasih.

    error: Content is protected !!

    Fatal error: Allowed memory size of 268435456 bytes exhausted (tried to allocate 10489856 bytes) in /home/eertoado/public_html/wp-includes/functions.php on line 625