PELAKON & SINOPSIS DRAMA BFF TEMAN TAPI MESRA TV3

PELAKON & SINOPSIS DRAMA BFF TEMAN TAPI MESRA TV3

Drama BFF Teman Tapi Mesra merupakan drama baru tv3 yang ditayangkan setiap hari Ahad mulai 15 Januari 2012.

bff teman tapi mesra tv3

 

PELAKON DRAMA BFF

Munif Isa (Iskandar)

Sari Yanti (Shahidah)

Irfan Roslan (Emran)

Razak Ahmad

Liza Abdullah

Syatilla Melvin

SINOPSIS DRAMA BFF 

Drama BFF mengisahkan tentang dua teman rapat, Iskandar dan Shahidah yang membesar bersama. Mereka berdua saling membantu antara satu sama lain untuk mencapai impian masing-masing.

Setelah menamatkan pengajian, Iskandar mendapat tawaran latihan sebagai juruterbang Institut Penerbangan Malaysia Airline. Shahidah pula merancang untuk ke Kuala Lumpur demi merealisasikan impiannya menjadi pereka fesyen. Bagaimanapun, impian Shahidah dihalang oleh ibubapanya yang mahu Shahidah terus tinggal di kampung.

Iskandar yang sudah menjadi seorang juruterbang bersimpati melihat kawan baiknya hidup dalam kongkongan ibu bapa. Kerana sifat prihatin dengan cita-cita teman baiknya, Iskandar membuat keputusan berani yang bakal merubah persahabatan mereka. Lantas, dia terfikir untuk melamar Shahidah. Demi kebebasan dan minat terhadap kerjaya yang diimpikan, Shahidah menerima lamaran Iskandar walaupun cinta tidak pernah hadir dalam hubungan mereka.

Iskandar dan Shahidah berhijrah ke Kuala Lumpur dan tinggal berasingan. Iskandar bekerja sebagai juruterbang manakala Shahidah memohon kerja dengan pereka fesyen yang menjadi idolanya, Elaira.

Shahidah dan Iskandar sering bertukar cerita tentang kerjaya masing-masing. Mereka tidak pernah berbual tentang cinta. Sehinggalah suatu hari, Iskandar telah jatuh cinta dengan Karmila, seorang pramugari. Shahidah mula rasa kesunyian kerana Iskandar asyik melayan Karmila. Dia mula rindukan perhatian Iskandar.

Suatu hari, Iskandar berbincang dengan Shahidah tentang penceraian mereka kerana dia merancang untuk berkahwin dengan Karmila. Walaupun hati Shahidah terguris tetapi dia menerima hakikat bahawa mereka akan ‘berpisah’ pada suatu hari juga. Pada masa yang sama, hubungan Iskandar dan Karmila putus apabila Karmila beralih cinta kepada seorang duda yang kaya. Iskandar terluka dan Shahidah sentiasa berada di sisinya untuk memberikan kata-kata semangat.

Bagaikan sudah terlambat bagi Iskandar kerana Shahidah semakin rapat dengan Emran dan sedia menerimanya sebagai cinta pertama. Apakah kesudahan bagi hubungan Shahidah, Iskandar dan Emran?

DOWNLOAD DRAMA BFF

Sumber: Kepala Bergetar dan Anamarzablog

Beritahu rakan-rakan anda yang lain di Facebook tentang drama BFF Teman Tapi Mesra ini dengan menekan butang share ini.

error: Content is protected !!