Deprecated: Array and string offset access syntax with curly braces is deprecated in /home/eertoado/public_html/wp-content/plugins/similar-posts/languages/en/stemmer.php on line 296

Deprecated: Array and string offset access syntax with curly braces is deprecated in /home/eertoado/public_html/wp-content/plugins/similar-posts/languages/en/stemmer.php on line 296

Deprecated: Array and string offset access syntax with curly braces is deprecated in /home/eertoado/public_html/wp-content/plugins/similar-posts/languages/en/stemmer.php on line 308

Deprecated: Array and string offset access syntax with curly braces is deprecated in /home/eertoado/public_html/wp-content/plugins/similar-posts/languages/en/stemmer.php on line 309

Deprecated: Array and string offset access syntax with curly braces is deprecated in /home/eertoado/public_html/wp-content/plugins/similar-posts/languages/en/stemmer.php on line 310
Tip berkaitan drama supermak sinopsis | Syaisya.com
SINOPSIS & PELAKON SUPERMAK DRAMA TV3 GANTI JUVANA

SINOPSIS & PELAKON SUPERMAK DRAMA TV3 GANTI JUVANA

sinopsis supermak drama tv3 ganti juvana

Drama terbaru di tv3, drama Supermak menggantikan drama Juvana yang berjaya menarik perhatian 4.3 juta penonton ketika episod akhir ditayangkan. Adakah drama Supermak lakonan Nasha Aziz sebagai pelakon utama dalam drama ini dapat menyaingi rekod Juvana?

Drama Supermak ini sebanyak 13 episod mulai ditayangkan 25 Julai 2011 di tv3, setiap Isnin jam 9 malam.

PELAKON SUPERMAK

Nasha Aziz (Amy Salim)

Zul Yahya (Bashar)

Rosli Sako

Zara Zya

Syawal (Khalil)

Henzy Andalas (Ghazy)

Nelly

Haider Harris

Azhan Rani

SINOPSIS SUPERMAK


Supermak mengisahkan tentang seorang ibu yang bernama Amy Salim ( Nasha Aziz) dan juga surirumah sepenuh masa yang mempunyai kuasa dan kekuatan luar biasa. Amy Salim rupanya mempunyai kuasa tersebut dari warisan nenek moyangnya berketurunan dari Riau yang bernama Thani. So, kenalah dengan tema drama ini “Bukan ibu biasa”.

TIP JIMAT DUIT KETIKA TRAVEL

Neneknya yang bernama Thani dulu pernah menyelamatkan burung garuda yg terkena panah dan cedera. Panah tu pulak diperbuat dari kayu yang susah dicari. Setelah Thani selamatkan burung tu, tiba-tiba ia bertukar menjadi seorang wanita jelita. Wanita tu telah memberi 5 kuasa sakti kepada Thani kerana nak balas jasa Thani. Kini kuasa tu diwarisi oleh Amy Salim.

Amy sudah berkahwin dan suaminya merupakan seorang polis. Mereka hidup bahagia dan ada 2 orang anak iaitu Ayesha dan Amril. Kebahagiaan mereka akhirnya diganggu oleh musuh tradisi nenek moyang Amy iaitu Bashar ( Zul Yahya) yang menguasai Kuala Lumpur dan mula mengganggu ketenteraman awam. Bashar ditakuti oleh semua orang kerana mempunyai kuasa api yg kuat.

Terdapat beberapa lagi watak ala ala X-Men dalam Supermak ni iaitu watak Camelia yg mempunyai kuasa ais, salah seorang pewaris dari nenek moyang Amy yang mahu berebut pingat yang telah retak pada zaman lampau. Camelia dan Bashar bersatu untuk melawan Amy.

Watak komedi lain dalam Supermak ni ialah Khalil (Syawal) yang mempunyai kekuatan telekenetik dan Ghazi (Henzy Andalas) yang berupaya untuk menjadi halimunan yang juga berasal dari keturunan yang sama. Namun, watak mereka berbeza, gemar berjenaka dan suka mengusik Amy.

FILEM LULLA MAN (THAI) DI PAWAGAM MALAYSIA OGOS NANTI. JOM BACA FILEM INI MENGENAI APA?.

Baca sinopsis macam best je. Sesekali layan cerita melayu ala-ala X-men, Superman, Spiderman ni semua best juga kan. Tiba-tiba teringat drama Chempiang masa aku kecik-kecik dulu. Ingat lagi time tu Shahsha Elite jadi heroinnya (kalau tak silap lah). 😀

Sinopsis diambil dari Nurispace.com

Kongsi sinopsis & pelakon Supermak drama tv3 ini dengan rakan-rakan anda yang lain di Facebook dan Twitter dengan menekan butang share dan tweet ini.

error: Content is protected !!