SINOPSIS & PELAKON DINGIN LAVENDA DRAMA BARU SLOT ZEHRA TV3

SINOPSIS & PELAKON DINGIN LAVENDA DRAMA BARU SLOT ZEHRA TV3

Drama Dingin Lavenda akan mula ditayangkan di tv3, Slot Zehra menggantikan Drama Tahajjud Cinta mulai 9 Disember 2011. Drama sebanyak 13 episod ini akan ditayangkan setiap Jumaat, jam 9 malam. Jom kita tengok barisan pelakon dan sinopsis drama Dingin Lavenda ni.

drama dingin lavenda slot zehra tv3

Lavender

PELAKON DINGIN LAVENDA

Eira Syazira (Jannah)

Zarina AF (Murni)

Faralyna Idris (Nana)

Azlee Khairi

Barisan pelakon utama Dingin Lavenda: Nana, Jannah, Murni dan Matthew

Barisan pelakon utama Dingin Lavenda: Nana, Jannah, Murni dan Matthew

SINOPSIS DINGIN LAVENDA

Kisah yang dipaparkan dalam drama ini mengutip pengalaman getir tiga orang pelajar gadis Melayu di Melbourne, Australia. Jannatun Naim (Jannah), Murni dan Nana berada di perantauan kerana menjunjung misi menimba ilmu dengan berlainan latar belakang asuhan.

Drama ini meruntuhkan tembok tabu yang sering dikaitkan dengan isu dan permasalahan agama. Pelajaran agama sahaja tidak memadai; tanpa didikan agama dan adab. Pelajaran agama semata-mata tidak menjanjikan keutuhan iman. Iman yang ada akan diuji dengan pelbagai wajah. Setelah diuji, barulah akan terserlah reality sebenar sama ada iman seseorang itu cemerlang atau dangkal.

Sebagaimana lazimnya, apabila berada jauh di negeri orang, kelompok Melayu yang kecil akan rapat menjadi seolah satu keluarga. Jannah dan Murni memilih Melbourne, Australia untuk menyambung pengajian, tanpa menyangka hadirnya cabaran yang menggugat persahabatan dan permasalahan yang mencabar keimanan.

dingin lavenda sinopsis

Macam best drama ni, sebab lain sikit jalan ceritanya berbanding drama lain yang selalu ditayangkan. Tak sabar nak tengok. Sekurang-kurangnya, taklah aku bosan Jumaat malam tak tahu nak tengok cerita apa 😀

p/s: Drama Dingin Lavenda ini merupakan drama adaptasi novel Dingin Salju Indiana, karya penulis Nurulsham Saidin. Boleh baca Sinopsis dan Review novel Dingin Salju Indiana di sini.  Baca sinopsis dan review novel ni, memang teruja aku nak membacanya.

Semua maklumat dan gambar diambil dari FB Fanpage Dingin Lavenda.

Kongsi Sinopsis dan Pelakon Drama Dingin Lavenda ini dengan rakan-rakan anda yang lain di Facebook dengan menekan butang share ini.

error: Content is protected !!