BLIND TRAIL DI AWANA GENTING HIGHLANDS GOLF AND COUNTRY RESORT
Selepas makan kenyang-kenyang dengan makanan laut yang super sedap, kami melakukan aktiviti berikutnya yang dikenali sebagai blind trail. Kami berjalan beramai-ramai ke dalam hutan sebelum diberikan sepotong kain putih dan sehelai tisu. Kami diarahkan untuk menutup mata kawan menggunakan tisu dan kain yang diberikan. Krew My Selangor Story Contest kemudiannya check ikatan yang telah dilakukan. Nak confirm kan yang kami tak betul-betul tak nampak.
Kredit foto: Tian Chad
Duduk berbaris sementara menunggu giliran. Peserta dilepaskan seorang demi seorang dengan jarak sela masa yang ditetapkan. Dah macam pendatang haram pun ada. Ada juga blogger yang kata dah macam tahanan perang. Hehe 😀
Bila dah tutup mata macam ni, lama-lama mata aku rasa pedih pula. Mulalah aku terfikir untuk melelapkan mata barang seketika, kerana pada fikiranku, mesti lambat nak tunggu giliranku sebab aku didik belakang sekali.
Tapi, baru je nak lelap, tiba-tiba aku rasa seperti ada tangan yang menarik-narik lengan sweater aku. Ish! suspense juga lah aku rasa. Teringat pula pesanan En. Zul (instructor) bahawa kalau ada tangan masa kat dalam hutan ni, jangan pegang sembarangan. So, aku ignore je lah. Lepas tu, terasa lagi lengan sweater ku ditarik-tarik 2 kali. Aku rasa macam nak tepis tangan tu, tapi tak jadi. Lepas tu aku beranikan diri bertanya “siapa pula ni”. Then, terdengar suara lelaki menjawab perlahan, “bangun-bangun”. Ok, sekarang aku faham, dah sampai turn aku. Rupanya mereka pilih peserta secara rawak. Tak ikut turutan. Ish, kacau betul. Baru ingat nak tidur.
Aku pun bangun dan ikut dia jalan. Kemudian, suara laki itu bertanya kepadaku:
Suara lelaki: Dari mana ni? Indonesia ke Malaysia?.
Aku: Malaysia lah, apa pasal ramai orang ingat saya orang Indonesia?.
Suara lelaki: Manalah tahu, ramai Indonesia kat sini. Pernah buat tak aktiviti ni?.
Aku: Tak.
Suara lelaki: Kalau gitu, susah sikit lah. Ok, pegang je cotton rope ni, ikut je. Kalau dia rendah, rendahkan badan, mungkin ada dahan ke kat atas, atau tanah rendah, ada sebab lah kenapa kita rendahkan tali tu.
Aku: Ok.
Selepas beberapa langkah, dia biarkan aku jalan sorang-sorang. Jeng! jeng! jeng!. Ikut jelah tali tu kan.
Macam-macam gaya ada. Keh2..kelakar kalau diingatkan balik trick yang ada dalam blind trail ni. Kredit foto: Tian Chad
Dalam hal aku pegang tali tu, tiba-tiba tangan aku terlanggar macam badan orang. Lepas tu aku dengar suara orang cakap “jangan! jangan!”. Suara tu suara lelaki. Tapi aku tak nak lah bercakap dengan suara tu. Lepas tu aku dengar suara perempuan pula, tapi tak tahu apa dia cakap. Aku pun berhenti dan duduk menyangkung sambil pegang tali tu. Dalam hati aku, agaknya dah sampai kot kat check point yang terakhir (tempat semua peserta berkumpul).
2 suara itu masih lagi berbicara perlahan. Aku dengar suara je tapi tak dengar butir bicara. Tak lama kemudian aku rasa macam badan orang tu bangun, dan aku rasa tali tu dah ke atas. Oh, rupanya perjalanan masih diteruskan. Then aku pun bangun dan meneruskan perjalanan.
Sehingga ke 1 tempat, aku dengar suara perempuan menyuruh aku mempercayai kawan di hadapan, dan tanganku dialihkan ke bahu orang di depanku. Dalam hati aku, bahu siapalah yang aku pegang ni. Hantam sajalah labu. Janji aku selamat sampai. Aku follow je lah langkah orang di hadapan sehingga di suruh duduk.
Kemudian, ikatan mata dibuka dan aku melihat 5 orang lagi peserta lain dah berkumpul di situ. Aku gelak je.
Berkumpul beramai-ramai setelah teraba-raba di dalam hutan. Kredit foto: Rizma.
Baru tahu, bahu yang aku pegang ialah kepunyaan Helga. 😀 Didepannya Pamela. Rupa-rupanya, Pamela berjalan terlalu perlahan dan dia berhenti seketika, tu yang jadi kami bertiga menyangkung kat tengah-tengah hutan tu. Huhu…haru betul. Gelak je kalau diingatkan balik aktiviti ni.
Lepas tu, seorang demi seorang peserta tiba. Tengok gelagat masing-masing yang masih bertutup matanya, hikhik! ^-^. luculah. Macam-macam gelagat ada. Kami yang dah sampai lebih awal ni, mulalah memperdajalkan kawan-kawan. Buat bunyi-bunyian untuk takutkan kawan-kawan. Jahat sikitlah, mentang-mentang diri sendiri dah lepas. Hehe…
Kredit foto: Tian Chad
Malam tu adalah malam yang banyak bintang. Sementara menunggu semua peserta berkumpul, Pamela menunjukkan kami horoskop yang terdapat langit dengan menggunakan handphonenya dengan menggunakan aplikasi Google Sky Map. Wohaa! Knowledge baru untuk. Best pula tengok buruj-buruj bintang ni. 😀 I like.
Sebenarnya, motif tersirat aktiviti ini ialah untuk membina keyakinan diri dan rasa percaya kepada diri sendiri yang anda boleh lakukannya!. Yup! Semua orang boleh lakukannya. Takde yang hilang ditengah-tengah hutan tu. Hehe..
Di akhir aktiviti, ada surprise birthday parti untuk Nigel. Dengan sengaja, Nigel dijadikan sebagai peserta terakhir yang akan dilepaskan. Apabila Nigel tiba, kami menyanyikan lagu “Happy birthday” untuknya. Happy birthday, Nigel!.
Kredit foto: Tian Chad
Selepas bergambar beramai-ramai, kami pulang semula ke rumah panjang Awana untuk tidur. Tapi sebelum tidur, supper dulu di Pasar Ikan Bakar. Keesokan harinya, kami akan melakukan aktiviti yang lebih mencabar mental dan fizikal iaitu >> TEARS OF THE SUN <<
Peta Awana Genting Highlands Golf and Country Resort.
Awana Genting Highlands Golf and Country Resort
KM13, Genting Highlands
69000 Pahang Darul Makmur, Malaysia.
Telephone: (603) 6436 9000
Facsimile: (603) 6101 3535
Terima kasih kepada para penaja My Selangor Story Contest 2011: