EPISOD AKHIR JUVANA TV3 ENDING CERITA YANG BEST
Episod akhir Juvana drama 13 episod di TV3 memang best. Mendebarkan dan menggeramkan. Hihi..memang selama aku tonton cerita Juvana ni, memang perasaan geram dan mendebarkan sering menyelubungi diri. Rasa geram dekat Botak dan cikgu-cikgu sekolah tu yang selamber je tengok muka dan badan budak-budak sekolah tu lebam sana lebam sini sebab bergaduh dan kena buli. Rasa berdebar pula selalunya time satu-satu episod tu dah nak habis, time tu mesti rasa nak tahu apa yang terjadi seterusnya, tapi terpaksa tunggu minggu depan. Nasib baiklah aku layan cerita ni kat tonton je, so boleh terus klik ke next episod. Hehe…Kadang-kadang je sempat tengok citer ni kat tv.
Ok, ending cerita Juvana ni memang best dan mengagumkan. Time ni nampak semua pelajar juvana bersatu hati menentang warden dan sekutunya (semua pengawal, cikgu Azmee dan Botak). Warden telah songlap duit Dato’ Wira yang diperuntukkan untuk sekolah.
Setelah Daim memberitahu rakan-rakannya bahawa warden telah songlap duit sekolah dan tidak menyerahkan pita rakaman testimoni Kedah bahawa dia tidak bersalah membunuh ibunya, warden berasa berang lalu mengarahkan Tony mengurung dan mengawal semua pelajar dalam lokap. Dah macam banduan dah dibuatnya budak-budak tu. Selain dari tu, pelajar-pelajar semua juga dibiarkan kelaparan, dikurung tanpa berbaju dengan hanya memakai singlet.
Pelajar-pelajar berbincang dan menyusun agenda untuk melepaskan diri. Cikgu Zakiah (Izreen Azminda) pula diikat dan dikurung oleh Cikgu Azmee (Irfan Roslan). Sementara itu, Cikgu Ariffin (Beto Kusyairy) membangkang perlakuan warden terhadap pelajar-pelajar kerana mereka tidak bersalah. Warden pernah menawarkan wang kepada Cikgu Ariffin untuk menyelesaikan masalah rumahtangganya, tetapi Cikgu Ariffin tidak mengambil wang tersebut atas alasan-alasan tertentu. Warden mengugut Cikgu Ariffin, jika polis tahu mengenai perkara ini, dia juga akan turut terlibat kerana tahu mengenai hal ini, tetapi tidak berbuat apa-apa.
KIRA LOGO F&N UNTUK MENANGI RM 1 RIBU HADIAH MINGGUAN
Cikgu Azmee memberitahu warden yang dia telah mengikat dan mengurung Cikgu Zakiah dan bertanya nak buat apa kat Cikgu Zakiah sebab dia dah tahu dan ada bukti tembelang mereka. Botak mencadangkan untuk membunuh Cikgu Zakiah dan cadangan itu diterima oleh warden. Cikgu Azmee bangkang cadangan itu dan masih berhajat untuk cuba berunding dengan Cikgu Zakiah.
Pelajar-pelajar menipu pengawal bahawa seorang dari rakan mereka sakit diserang asma. Setelah pengawal masuk ke dalam lokap, Ayin yang bersembunyi di belakang pintu membelasah pengawal, dan mereka membelasah pengawal beramai-ramai sebelum mengambil kunci dan mereka berjaya melarikan diri sehingga ke pintu pagar. Kicap cuba membuka kunci pagar dengan mencuba kunci satu persatu. Daim dan Gaban cuba mencari dan menyelamatkan Cikgu Zakiah dengan menunggang motosikal.
OFFER BLACKBERRY PLAYBOOK DENGAN HARGA YANG MURAH
Cikgu Zakiah pula berjaya meleraikan ikatan tangannya, tapi pada masa yang sama, Tony, Botak dan Cikgu Azmee masuk ke dalam bilik kurungan. Tony menerima panggilan dari walkie talkie bahawa pelajar-pelajar sudah melarikan diri. Cikgu Azmee menyuruh Tony mengejar pelajar-pelajar. Cikgu Zakiah memarahi perbuatan Cikgu Azmee dan Botak. Cikgu Azmee berang lalu memukul Cikgu Zakiah, menarik tudungnya dan mencekiknya dengan tudung. Botak menghulurkan pisau kepada Cikgu Azmee untuk membunuh Cikgu Zakiah, tapi Cikgu Azmee menyuruh Botak membantu Tony.
Ketika Botak mahu keluar dari bilik, Cikgu Ariffin mengetuk kepala Botak. Kemudian Cikgu Ariffin mengetuk kepala Cikgu Azmee. Cikgu Ariffin sempat melepaskan ikatan kaki dan tangan Cikgu Zakiah tetapi kemudian berlaku pergelutan antara Cikgu Azmee dan Cikgu Ariffin. Cikgu Azmee sempat menikam Cikgu Ariffin, sebelum kepalanya diketuk oleh Cikgu Zakiah. Cikgu Zakiah kemudian menurut arahan Cikgu Ariffin agar lari menyelamatkan diri dan pelajar-pelajar.
Setelah Botak sedar, dia mengejar Cikgu Zakiah dan berjaya menangkap. Pada masa yang sama, Daim dan Gaban tiba. Daim menyuruh Gaban membawa Cikgu Zakiah dengan menaiki motor, dan dia pula berdepan dengan Botak. Kini, semua berkumpul di pagar kecuali Daim.
Botak memegang pisau dan ingin membunuh Daim. Daim sempat kaunselingkan Botak, tapi Botak tak termakan kata-kata Daim. Botak masih berdendam dengan Daim dan mereka bergelut.
Sementara itu, semua orang sudah berkumpul di hadapan pagar sekolah, tapi tak berjaya membuka pagar sekolah. Mereka berpecah dua setelah nampak pengawal menghala ke arah mereka. Satu kumpulan tewas setelah Tony berjaya menangkap dan memukul Ayin lalu kawan-kawannya yang lain terpaksa menyerah diri bagi mengelakkan Ayin di pukul. Satu kumpulan lagi pula, Apek tiba-tiba teringat detik-detiknya bersama Daim lalu Apek nak berpatah balik. Cikgu Zakiah, Gaban dan Kicap turut patah balik. Kemudian, Cikgu Zakiah menyuruh Gaban menyelamatkan Cikgu Ariffin, manakala Kicap dan dia pergi ke pejabat warden untuk membuat laporan polis. Tapi, rupanya warden menyembunyikan diri di dalam bilik itu. Cikgu Zakiah ditangkap.
HARI RAYA NANTI BOLEH LAH DRIVE KERETA BARU PROTON INSPIRA. ADA DISKAUN NI!
Sementara itu, Botak yang masih berdendam dengan Daim telah menikam perut Daim. Apek dan kawan-kawannya pun tiba di tempat Daim dan Botak. Akhirnya, semua berjaya ditangkap dan dikurung semula kecuali Gaban. Warden terus menelefon polis, mengatakan bahawa pelajar-pelajar membuat rusuhan dan salah seorang pelajar sedang melarikan diri. Kemudian, warden mengugut pelajar-pelajar dengan memberi pilihan sama ada berkelakuan baik atau tunggu sehingga polis sampai. Warden mengarahkan Tony untuk memukul pelajar-pelajar jika mereka buat hal lagi.
Botak dan Cikgu Azmee mengawal Cikgu Zakiah. Cikgu Azmee geram kerana Cikgu Zakiah tak mahu berkomplot dengan mereka lalu mengugut untuk merogolnya. Tapi Cikgu Zakiah berjaya kaunselingkan Cikgu Azmee agar dia meragui warden. Cikgu Azmee menyuruh Botak menjaga Cikgu Zakiah kerana dia mahu ke bilik warden, untuk check sama ada betul atau tidak kata-kata Cikgu Zakiah yang warden pentingkan diri sendiri dan mahu larikan diri.
Tiba di pejabat, Cikgu Azmee nampak warden tengah sibuk-sibuk kemas barang dan cuba membawa lari semua duit dan menghapuskan bukti. Warden berjaya hasut Cikgu Azmee untuk terus berkomplot dengannya.
SUHU SEKARANG SEMAKIN MENINGKAT, PANAS! APA YANG BOLEH KITA LAKUKAN?
Di lokap pula, pelajar-pelajar terus membuat rancangan kedua. Mereka berjaya provoke pengawal dengan membuat bising dan membelasah pengawal sebaik sahaja mereka masuk ke dalam lokap. Sekali lagi pelajar melarikan diri. Pengawal memberitahu warden pelajar berjaya melarikan diri.
Sementara itu, Botak dikaunselingkan oleh Cikgu Zakiah. Botak kelihatan sedikit sedar, tapi masih tidak termakan dengan kata-kata Cikgu Zakiah sepenuhnya. Warden datang ke bilik kurungan, menyuruh Botak membawa Cikgu Zakiah keluar.
Banyak sangat adegan yang mencemaskan dalam episod akhir Juvana ni. Percubaan untuk melarikan diri untuk kali kedua berjaya. Semua pelajar berjaya keluar dan berkumpul di depan pagar, di mana Botak, warden, Cikgu Zakiah dan Cikgu Azmee berada.
Warden membakar bahan-bahan bukti dan mengugut para pelajar agar mengaku bahawa tiada rusuhan. Dia mengugut mahu membakar pita rakaman testimoni Kedah jika mereka buka mulut. Akhirnya polis tiba. Warden dengan kalutnya membuka pintu pagar sekolah dan mengatakan bahawa pelajar sedang membuat rusuhan dan menuduh Botak mahu mengelar leher Cikgu Zakiah kerana Botak ketika itu sedang memegang Cikgu Zakiah dan meletakkan pisau dilehernya. Warden juga menuduh Botak ketua kepada rusuhan ini. Botak melepaskan Cikgu Zakiah dan ditangkap polis.
Warden mulalah nak mengadakan cerita tetapi polis cepat-cepat menggari warden. Warden terperanjat. Cikgu Ariffin memarahi warden dan memberitahu bahawa dia telah ceritakan semuanya kepada pihak polis. En Raja (warden) dan Cikgu Azmee ditangkap.
Botak pula mula menyesali perbuatannya dan meminta maaf kepada semua orang. Cikgu Zakiah dan Daim berjanji untuk cuba menolong Botak dibebaskan dengan memberi keterangan bahawa Botak diperalatkan.
Akhirnya Daim dilepaskan setelah didapati tidak bersalah dan pembunuh sebenar ditangkap.
10 tahun kemudian…..
Cikgu Zakiah jadi warden di Sekolah Wira Bakti dan masih mengingati pelajarnya yang bernama Daim dan juga kenangan-kenangannya mengajar pada tahun pertama di sini.
Daim pula jadi cikgu kat sekolah Juvana tu 😀
Yang lain-lain jadi apa?
Botak: Juara peninju Asia
Apek: Tokoh korporat
Panjang: Model majalah
Kicap: Pengurus restoran
Ayam: Seorang suami, anak lapan
Apa pula cerita yang gantikan Juvana nanti, ya?. Hopefully, cerita lepas ni pun best juga, sebest Juvana. Apapun, Juvana memang best. Paling best episod akhir Juvana. Terbaik!
p/s: Teringin pula nak tengok Botak life. Botak adalah antara watak yang menjadi dalam cerita ni. Serius je muka, taiko!.
ALAM PERKAHWINAN YANG BAHAGIA!
CONTEST KAHWIN HADIAH EMAS UNTUK DIMENANGI
Kongsi cerita ini dengan rakan-rakan anda yang lain di Facebook dengan menekan butang share ini.