REVIEW FILEM OMBAK RINDU. BEST? TAK BEST?

REVIEW FILEM OMBAK RINDU. BEST? TAK BEST?

filem ombak rindu

Semalam baru aku berkesempatan menonton Filem Ombak Rindu di panggung wayang. Ramai yang dah buat review Filem Ombak Rindu ni, dan sudah semestinya macam-macam pendapat yang dah diberikan.

Filem ni merupakan adaptasi novel Ombak Rindu karya Fauziah Ashaari yang sememangnya mempunyai peminatnya yang tersendiri kerana novel Ombak Rindu ni memang best. Kalau belum baca sinopsis filem ni, boleh lah baca Sinopsis Ombak Rindu.

Akak aku ada mengatakan bahawa biasanya kalau filem atau drama yang diadaptasi dari novel, mesti tak best. Sebenarnya, bagi aku, yang menyebabkan penonton akan rasa tak best sebab penonton cuba membandingkan antara lakonan dan juga watak dan juga jalan cerita dalam novel. Apabila membaca novel, kita cuba membayangkan sendiri karakter dan juga plot cerita.

Sebenarnya, inilah kali pertama aku menonton filem adaptasi novel. Memang susah nak tengok cerita ni bila dah tahu jalan ceritanya. Walaupun aku cuba untuk tak membandingkannya dengan novel, tapi tu lah yang aku lakukan. Haish..susah juga lah nak tengok cerita ni, aku susah nak hayati. Kui kui…

Jalan Cerita Secara Keseluruhan

Apapun, secara peribadi, bagi aku filem ni memang dapat menyayat hati penonton. Mesti ramai yang kasihan dekat Izzah (lakonan Maya Karin). Buktinya kawan mak aku tengok cerita ni sampai nangis-nangis. Adik aku pula sempat usik mak aku masa dalam wayang tu, sebab mata mak aku pun ala-ala berair je gitu. Hehe… Aku steady je lah sebab memang dah tahu si Izzah ni terseksa hidupnya. Dalam filem Ombak Rindu ni, sedih pun ada, kelakar pun ada. Hehe…so, penonton pun ketawa pun ada, merah-merah mata pun ada.

Maya Karin

Sejak promo filem ni lagi, memang ramai yang kurang setuju Maya Karin memegang watak ni dan merasakan watak ni lebih sesuai untuk Lisa Surihani, dan Maya pula jadi Mila Emilia.  Kira tukar watak lah. Apa aku nak komen pasal watak lakonan Maya ni? Erm…tak tahulah… Aku lagi banyak tenung muka Maya masa ni. Hehehe…

Maya Karin Ombak Rindu Izzah ajar mengaji

Izzah sedang mengajar anak-anak kampung mengaji. Kredit foto: Sneak Peek

Aaron Aziz

Watak Hariz pula, (lakonan Aaron Aziz), bagi aku menjadi. Memang jahat lah Hariz ni. Ketuk pintu pun dah macam gangster nak robohkan pintu villa tu. Tapi Hariz sebenarnya seorang yang baik.

Aaron Aziz Ombak Rindu Hariz

"Aku takkan ceraikan kau sampai bila-bila, tapi aku akan gantung kau..." Kredit foto: Nurzaitun

Lisa Surihani

Lisa Surihani yang memegang watak Mila Emilia pun OK juga. Apa yang aku nampak, pipi Lisa nampak tembam dalam filem ni. Hehe..ke memang pipi dia tembam?. Mungkin sebelum ni aku tak tenung betul-betul pipi dia, tapi dalam cerita ni, setiap kali muka Lisa muncul, mesti aku tengok pipi dia. Haha… Apa-apa je yang aku tengok, ek. Dalam cerita ni sebenarnya Mila pun kesian juga, sebab dia menyintai Hariz sepenuh hati sejak kecil lagi, tapi Hariz langsung tak sayang dia. Tapi nak buat macam mana kan, Hariz dah suruh dia batalkan perkahwinan sebab dia menyintai perempuan lain, tapi Mila tetap nak teruskan perkahwinan. So, terimalah padahnya sendiri. Lisa berjaya juga membawa watak Mila dengan gayanya yang tersendiri.

Lisa Surihani filem Ombak Rindu Mila Emilia

Mila frust setelah tahu Izzah wanita di hati Hariz. Kredit foto: Sneak Peek

Bront Palare

Bront Palare sebagai Mail, kawan baik Izzah di kampung, ada hati kat Izzah, tapi Izzah cuma anggapnya sebagai kawan. Dalam cerita ni, Mail kata, dia lelaki ter’handsome‘ kat kampung tu. Ehehe..

Bront Plare Ombak Rindu Mail

Masa ni Mail frust sebab Izzah bagitau yang dia dah kahwin. Kredit foto puanbee.com

Julia Ziegler

Julia Ziegler, memegang watak Wafi. Alahai…. aku takde nak komen apa pasal watak  ni, cuma napelah baju yang dia pakai masa dia menangis kat bahu Hariz dan kemudian berlaku adegan kejar-mengejar sehingga menyebabkan Hariz kemalangan. Baju tu…huhu…seksa giler….

Julia Ziegler Ombak Rindu filem Wafi

Ni lah baju yang aku maksudkan. Tapi time ni tak nampak sangat keseksaan baju dia. Kredit foto: Sneak Peek

Pemandangan

Yang aku paling suka tengok filem ni ialah scene nya yang cantik-cantik. Serius cantik scene-scene yang dipaparkan. Hehe.. I like. Oleh kerana dah tahu jalan cerita, so aku agak alert dengan pemandangan yang dipaparkan.

gambar pemandangan cantik ombak rindu

Antara pemandangan yang cantik dalam filem ombak rindu. Kredit foto:Sneak Peek

Hahaha..tu lah aku, payah rasanya nak tengok cerita ni sebab dah tahu cerita. So aku tengok betul-betul baju pelakon, pemandangan, muka pelakon. Ahaha…sempat juga menganalisa muka Maya Karin. Adik aku kata nampak kedut muka dia. Heheh.. 😀

Apapun, jumlah kutipan Filem Ombak  setelah tujuh hari di pawagam dapat cecah RM 5.5 juta. Wow! Banyak tu, kan. Kira meletop juga lah filem ni. Ramai yang nak tengok filem Ombak Rindu ni. Kepada yang dah tengok, apa pendapat anda?. Share-share lah kat sini. Kepada yang belum tengok, pi lah tengok. 😀 Ni cuma pendapat aku je, lain orang, lain pula pendapatnya, kan?.

Kongsi review filem Ombak Rindu ini dengan rakan-rakan anda yang lain di Facebook dengan menekan butang share ini.

REVIEW FILEM OMBAK RINDU. BEST? TAK BEST?

PELAKON DAN SINOPSIS FILEM OMBAK RINDU ADAPTASI NOVEL

sinopsis pelakon filem ombak rindu

Filem Ombak Rindu di pawagam

Filem Ombak Rindu ini merupakan adaptasi dari novel OMBAK RINDU karya novelis terkenal, Fauziah Ashari. Novel Ombak Rindu ni memang best, sebab tu diminati ramai. Novel ni aku baca masa undergraduate dulu. Memanglah aku ni kaki novel, lebih-lebih lagi kalau novel tu karya novelis terkenal seperti Fauziah Ashari dan Norhayati Berahim. Baca novel ni memang macam feeling-feeling gitu. Tah berapa banyak kali tah, aku khatamkan novel ni. Cuma sambungannya, Cinta Tiada Akhirnya dan Rindu Cintaku aku tak khatamkan lagi.

Filem Ombak Rindu ini diterbitkan oleh Astro Shaw dengan kerjasama Tarantell Pictures Sdn Bhd ini diarahkan oleh sutradara terkenal, Osman Ali. Pelakon utama Filem Ombak Rindu ini ialah Aaron Aziz, Maya Karin dan Lisa Surihani. Filem yang menjalani penggambaran di lokasi seperti Kuala Lumpur, Kedah, Perlis dan Thailand ini telah memakan masa selama 45 hari sejak pertengahan Julai 2010 akan ditayangkan di pawagam pada 1 Disember 2011.

Ramai yang dah tak sabar menantikan filem ni di pawagam. Bagi peminat novel Ombak Rindu, memang dinanti-nantikan tayangan filem ini. Mesti ada juga rasa nak tengok sejauh mana persamaan filem dengan novel. Bagi yang belum baca novel Ombak Rindu, bolehlah baca Sinopsis Ombak Rindu di SINI.

Maya Karin dan Aaron Aziz dalam Ombak Rindu pelakon

Maya Karin dan Aaron Aziz dalam Ombak Rindu

PELAKON FILEM OMBAK RINDU

Maya Karin (Izzah)

Aaron Aziz (Hariz)

Lisa Surihani (Mila Amylia)

Bront Palarae

Julia Ziegler

Azizah Mahzan

Zaidi Omar

Normah Damanhuri

Fauzi Nawawi

Nadia Nisa

Mislina Mustafa

Kamarul Hj Yusof

Yap Leong Chai

gambar filem ombak rindu maya karin

SINOPSIS FILEM OMBAK RINDU

Izzah seorang gadis yatim piatu yang kematian ibu dan ayah akibat kemalangan jalan raya, tinggal bersama bapa saudaranya, Taha. Pada masa yang sama, Taha banyak berhutang. Disebabkan kesempitan wang kerana hutang keliling pinggang, dia sanggup menjual Izzah kepada seorang tauke kelab malam.

Di situlah dia berkenalan dengan seorang pelanggan bernama Hariz. Hariz sanggup ‘membeli’ Izzah dengan harga yang mahal dari tauke kelab itu dan mahu membawa dia keluar dari neraka jahanam itu. Atas permintaan Izzah, akhirnya Hariz bernikah dengan Izzah, tetapi dengan syarat semuanya mesti dirahsiakan kerana mahu menjaga namanya.

Gambar Volkswagen terbaru, Jetta. Cantik!

Kehadiran Mila Amylia (Lisa Surihani), anak Tan Sri Rashdan, model dan pelakon terkenal akhirnya menggugat cinta Izzah yang mula berputik terhadap Hariz. Hariz berkahwin juga dengan Mila atas sebab-sebab tertentu. Dapatkah Izzah menerima Mila Amylia sebagai madunya? Bahagiakah rumah tangga yang dibina di atas kehadiran orang lain? Bagaimanakah tindakan Datuk Sufiah (ibu Hariz) setelah mengetahui kedudukan yang sebenarnya?. p/s: Datuk Sufiah ni jahat sangat tau, dalam novel lah. 😀

Maya Karin Izzah keguguran filem ombak rindu

Izzah keguguran

VIDEO TRAILER OMBAK RINDU

LAGU TEMA OMBAK RINDU

Filem ini dikuatkan lagi dengan alunan muzik dan lagu-lagu yang menyentuh hati. Salah satunya ialah lagu tema berjudul ‘Ombak Rinduku’, nyanyian Hafiz dan Adira hasil gubahan Nurzaidi. Lagu ini dijangka bakal menyentap jiwa penonton yang dibuai dengan emosi dan kesedihan watak utamanya, Izzah, lakonan Maya Karin.

Sumber: gua.com.my, zon artis, nurizspace, FB Ombak Rindu (Official Page)

Kongsi sinopsis & pelakon Filem Ombak Rindu ini dengan rakan-rakan anda yang lain di Facebook dengan menekan butang share ini.

error: Content is protected !!

Fatal error: Allowed memory size of 268435456 bytes exhausted (tried to allocate 10489856 bytes) in /home/eertoado/public_html/wp-includes/functions.php on line 625