GAMBAR PERSANDINGAN TOMOK DAN AYU DI SALOMA BISTRO (RESEPSI MEDIA)

GAMBAR PERSANDINGAN TOMOK DAN AYU DI SALOMA BISTRO (RESEPSI MEDIA)

gambar kahwin tomok resepsi media di saloma bistro

Selepas majlis pernikahan dan majlis resepsi pihak perempuan, Tomok dan isterinya, Ayu mengadakan majlis persandingan di Restoran Saloma Bistro khas untuk pihak media dan rakan artis tempatan.

Berikut adalah gambar persandingan Tomok dan Ayu di Saloma Bistro (resepsi media):

Majlis persandingan ini berkonsepkan adat istiadat perkahwinan Jawa. Majlis dimulakan dengan bacaan selawat serta persembahan tarian jawa. Pasangan pengantin diarak ke pelamin untuk acara merenjis sebelum acara makan beradap dan upacara memotong kek.

 

Sebelum upacara memotong kek, Tomok mendendangkan lagu Bagaikan Bidadari yang diciptanya khas untuk isteri yang tercinta, Siti Rahayu Abbas.

 

 

 

Ramai juga yang kata muka isteri Tomok macam Mas Idayu, lebih-lebih lagi ketika mengenakan pakaian jawa ni.

SAKSIKAN JUGA VIDEO PERNIKAHAN TOMOK DAN AYU. SWEET SANGAT!

Sumber gambar dari Beautifulnara.

Kongsi gambar-gambar ini dengan rakan-rakan anda yang lain di Facebook dengan menekan butang share ini.

error: Content is protected !!