by syaisya | Feb 2, 2012 | Novel
Walaupun aku dah beli novel Gemersik Kalbu ni sebelum start drama Gemersik Kalbu di tv3 lagi, tapi baru je dalam minggu lepas aku khatamkan novel ni. Saje je aku tangguhkan pembacaan novel ni sebab aku suka tengok drama Gemersik Kalbu. Sweet je cara Wan Ariffin mengurat Ana. Lepas muncul watak Suffian, lakonan Aqashah tu, lagi best pula sebab si Sufian tu memang tak makan saman. Hehe…
Aku tangguh baca novel ni juga supaya aku tak hilang mood untuk tengok drama tu, tak best lah kan kalau dah tahu cerita. Memandangkan drama tu pun dah nak habis, dan akan digantikan dengan drama Cinta Buat Emilda, tu yang aku start baca novel ni.
REVIEW NOVEL GEMERSIK KALBU
Pada awal pembacaan sehingga separuh novel ni, aku tak dapat nak menghayati sangat jalan ceritanya sebab dah tahu dah jalan ceritanya. Ye lah, dah tengok drama kat tv tu kan. Ada sikit-sikit lain juga lah, terutama cara Wan Ariffin mengurat Ana. Tapi di sini aku bukan nak membandingkan novel dan drama. Tak adillah kan nak bandingkan kedua-duanya. Adaptasi tak bermakna ceritanya sama seratus peratus.
Pembacaan aku mula dirasakan interesting bila Ana dah bernikah dengan Sufian. Sebab kat tv3 pun, baru sampai situ je ceritanya. Aku nak tahu sangat, macam mana Sufian jinakkan Ana. Almaklumlah, Sufian tu kan tak makan saman dan dia akan buat apa je yang dirasakannya nak buat. 😀
Ciri-ciri MPV terbaru : Proton Exora Bold!
Hehe..hehe… Aku gelak jugalah tengokkan cara-cara Sufian nak dapatkan hati Ana. Ana tak dapat nak maafkan Sufian sebab Sufian dah menodainya, yang seterusnya menyebabkan dia terpaksa kahwin dengan Sufian. Tapi Sufian sabar je dan tak pernah memaksa Ana.
Akhirnya, terpaksalah Sufian menggunakan taktik kotor sekali lagi untuk menggugat perasaan Ana. Payah juga dia nak sedarkan Ana yang Ana sebenarnya juga memerlukan Sufian. Apapun Sufian ni memang macam-macam idea lah yang dia ada. 😀
Tapi aku boleh budget lah, Sufian ni mesti dia tipu je Ana tu. Hehe… kesian Ana tertipu. Kalut juga Ana dibuatnya. Kelakar pun ada gelagat Ana bila dipermainkan Sufian. Haha…
Memang terbaiklah si Sufian ni. 😀 Tapi aku nak tahu juga macam mana ending drama Gemersik Kalbu ni sebab watak Hisham memang jauh bebenor bezanya dengan watak Hisham dalam novel.
Habis baca novel Gemersik Kalbu ni, boleh lah pula aku baca novel Sayangku Casper. 😀
Anda peminat novel-novel Melayu?. Jom join FB page Suka Baca Novel ni. Boleh sembang-sembang pasal novel.
by syaisya | Dec 14, 2011 | Drama/Movie
Gemersik Kalbu Slot Akasia tv3
Sedang menghitung hari menantikan episod akhir Tentang Dhia, drama yang bagi aku agak dahsyat juga, sebab seorang ibu yang jahat sanggup bagi anak kandung sendiri minum darah kambing hitam. Drama Gemersik Kalbu akan menggantikan Drama Tentang Dhia, bermula 02 Januari 2012, setiap Isnin-Khamis, jam 7 malam. Drama 26 episod ini adalah adaptasi Novel Gemersik Kalbu karya Anis Ayuni. Sekarang ni memang trend drama adaptasi novel, kan?. Takpe, kita layan je 😀
PELAKON GEMERSIK KALBU
Aqasha (Sufian)
Ayu Raudhah (Raihana)
Neelofa
Farahdhiya
Fazreen Rafi (Wan Ariffin)
Anzalna (Tasha)
Zain Saidin (Hisyam)
Dian P.Ramlee (Rahimah – Ibu Raihana)
Azhan Rani (Nazrul)
Watie Sadali (Ashikin)
Yus Khaisar (Zahid)
Rahim Jalani (bapa Raihana)
Khatijah Tan (Umi – Ibu Wan Ariffin)
Ikhwan (Wan Reza)
SINOPSIS GEMERSIK KALBU
Kisah Cikgu Raihana yang bercinta dan bertunang dengan Wan Ariffin. Wan mati lemas kerana menyelamatkan seorang budak. Cikgu Raihana pulak kehilangan seseorang yang sangat rapat dengannya, dia bergantung kasih dengan Wan Ariffin selama ini, dan keluarga Wan sangat baik dan menganggap Raihana macam anak kandung mereka.
Raihana tidak rapat sangat dengan ibu kandungnya sendiri, malah hubungan dia dan ibunya sangat kekok.
Tahukah anda? Apa itu Coral Triangle?
Raihana melanjutkan pelajaran secara sambilan dengan rakan baiknya Kak Shikin, mereka menumpang tinggal di rumah Aunty Zarina, di situlah dia kenal pula dengan Sufian.
Awal perkenalan, Raihana tidak berapa suka dengan penampilan dan tingkah laku Sufian. Tetapi Sufian sudah jatuh hati pada Raihana. Raihana masih lagi tak dapat melupakan cinta pertamanya iaitu Wan Arifin. Raihana yang tak suka kepada Sufian bertekad nak pindah rumah kerana benci kepada Sufian. Sufian mula memasang perangkap supaya Raihana dapat dikahwininya.
Salah satu babak dalam drama Gemersik Kalbu
Akhirnya Raihana dan Sufian berkahwinlah juga..sepanjang menjadi isteri kepada Sufian, dia melihat kebaikan dan keikhlasan Sufian sebagai suaminya. Mungkin timbul rasa kasih sayang kepada Sufian dan Raihana terpaksa jugak menjaga Sufian di hospital ketika Sufian sakit.
Setelah Sufian sihat, Raihana kena pula jaga ibu kandungnya yang jatuh sakit pulak walaupun ibunya melayan dia dengan kasar. Raihana cuba merapatkan hubungan renggang selama ini dengan ibunya.
Final pertandingan Gatsby Dance 14 Januari ni. Jom RSVP!.
Sufian sedar Raihana masih lagi teringatkan cinta pertamanya, mampukah Sufian mengalihkan kembali cinta Raihana kepadanya, Sufian cuba menduga cinta dan kasih sayang Raihana.
Klik sini untuk baca SINOPSIS NOVEL GEMERSIK KALBU.
Sumber sinopsis: nurizspace. Sumber gambar: FB Gemersik Kalbu.
Kongsi Sinopsis Drama Gemersik Kalbu ini dengan rakan-rakan anda yang lain di Facebook dengan menekan butang share ini.