REZEKI DI BULAN RAMADHAN MENANG 2 GIVEAWAY

REZEKI DI BULAN RAMADHAN MENANG 2 GIVEAWAY

Sana sini aku lihat blogger mendapat BE baru dari Nuffnang dan ramai yang mengatakannya sebagai rezeki Ramadhan. Walau aku tak dapat sebarang BE baru setelah cash out yang terkini, atau lebih tepat lagi sejak status Glitteri aku hilang tanpa aku membuat sebarang kesalahan (sedih ๐Ÿ™ ), tapi Alhamdulillah, di bulan Ramadhan yang penuh keberkatan ini, Dia telah memberikan ku rezeki dalam bentuk lain. Itulah namanya rezeki masing-masing. Setiap orang ada peruntukan rezeki yang tersendiri. So, no worries. Tak perlu nak sedih-sedih sangat kalau tak dapat BE. Hehe… (Rezeki ada di mana-mana).

Setelah sekian lama aku tidak mengaktifkan diri dalam blogging dan juga join GA mahupun contest, kini aku kembali lagi dengan semangat blogging yang baru. Semangat tu tak semangat sangat lah, cuma sekurang-kurangnya aku dah ada hati nak berblogging semula. Diam tak diam 2 bulan juga aku agak menyepikan diri dalam dunia blogging. Masa tu rasa tengok blog pun menyampah. huhu…

OK, panjang sangat intro ni. Entri ni sekadar satu lagi catatan koleksi hadiah GA yang aku menangi. Jika ketika permulaan aku berblog (2010), memang sangat payah untuk aku menang GA, tapi sejak tahun lepas aku dah mula memenangi beberapa GA. Alhamdulillah. Tapi ada banyak hadiah yang aku dapat, tak buat entri lagi. Huhu.. (konon-konon banyak sangat lah, padahal suka tangguh-tangguh buat entri, last-last tak buat ๐Ÿ˜› )

Tahun 2012 ni pula, aku rasa tak salah kalau aku nak isytiharkan tahun paling banyak aku menang GA. Percubaan untuk aku memeriahkan dunia blog aku sendiri dengan join contest-contest dan juga GA yang rakan-rakan blog anjurkan membuahkan hasil. Tanpa terlalu mengharapkan kemenangan, cuma ada rasa “kalau menang, best juga”, Alhamdulillah, kemenangan berpihak kepada aku.

Kelmarin, aku berjaya memenangi 2 GA:

1. Saguhati top up RM 10 (yang hadiahnya telah ditukarkan kepada wang tunai) dimenangi diย Giveaway Pertama Jebeng Otai.

2. ย 1st prize hand bag dan beg serbaguna IKEA untuk First Giveaway Sempena Nuffnang Blogopolis Malaysia 2012.

hand bag IKEA

hand bag

 

Tengahari semalam baru aku tahu yang aku menang handbag ni. Memang tak sangka dan aku happy sangat sebab dapat beg ni. Semestinya kerana aku memang suka kumpul beg. Hehe ๐Ÿ˜€ Tapi bukan semua beg di atas ni aku dapat. Kena pilih 1 warna je. Ermm… ni yang rambang mata tak tahu nak pilih yang mana satu. Macam nak yang biru tu. Tapi tengok hitam pun macam smart juga. Hish, yang mana satu ni. Masih belum buat pilihan lagi ni. Huhu.. Puan penganjur, sabar eh. Sya akan cuba buat pilihan secepat mungkin. Tak pun bagi je lah 2-2, eceh demand pula. Banyak cantik muka ko, Sya!. Lol >.<

Kepada Jebeng Otai dan juga Kak Sha, terima kasih di atas hadiah yang akan diberikan. Mereka berdua ni akan buat GA lagi. Best! Best!. ย Murah rezeki mereka berdua ni. Amin.. ๐Ÿ˜€

p/s: Diam tak diam, sepanjang 2 tahun 7 bulan berblog ni, dah macam-macam yang aku dapat, rupanya. Bak kata mak aku, dah lebih dari balik modal dah. Iyalah kan, paling koman pun modal broadband tiap-tiap bulan nak kena bayar. Tapi sekarang ni aku guna Digi Unlimited, RM 100 untuk 3 bulan. 2nd broadband termurah yang pernah aku guna. Paling murah ialah Broadband Celcom SKMM. RM28 je sebulan. Tapi ketika entri ni ditaip, aku menggunakan wifi Uni je. Free, of course! Broadband tu untuk back up if wifi uni ting tong. Selalu je ting tong, ni sebab cuti semester, lajulah ๐Ÿ˜€

p/s/s: Bulan Febuari yang lepas, aku dapat domain free selama 2 tahun. Menang GA juga tu :D. Ermm… apa lagi ek GA yang aku menang?. Oh ya, GA kat blog kak Yan (yanmieonline), menang header. Tapi sampai sekarang tak tebus lagi dengan penaja. Huhu… Ermm… ada lagi tak. Uh, takde lagi or tak ingat dah. huhu… teringat kata Titan, “buat entri kemenangan sebagai kenangan dan catatan prestasi blog walau hadiah yang kita menang tu kecil”. Betul lah tu. Kalau tak, jadi macam aku ni lah. Lupa dah menang contest apa. Tu lah, tak buat entri, padan muka aku!. Hiyak!

error: Content is protected !!