Deprecated: Array and string offset access syntax with curly braces is deprecated in /home/eertoado/public_html/wp-content/plugins/similar-posts/languages/en/stemmer.php on line 296

Deprecated: Array and string offset access syntax with curly braces is deprecated in /home/eertoado/public_html/wp-content/plugins/similar-posts/languages/en/stemmer.php on line 296

Deprecated: Array and string offset access syntax with curly braces is deprecated in /home/eertoado/public_html/wp-content/plugins/similar-posts/languages/en/stemmer.php on line 308

Deprecated: Array and string offset access syntax with curly braces is deprecated in /home/eertoado/public_html/wp-content/plugins/similar-posts/languages/en/stemmer.php on line 309

Deprecated: Array and string offset access syntax with curly braces is deprecated in /home/eertoado/public_html/wp-content/plugins/similar-posts/languages/en/stemmer.php on line 310
Tip berkaitan headphone solo beats dari dr.dre | Syaisya.com
DUGAAN WAKTU TENGAH MALAM. NASIB BAIK ADA ALAT BANTUAN KECEMASAN

DUGAAN WAKTU TENGAH MALAM. NASIB BAIK ADA ALAT BANTUAN KECEMASAN

Dah lama WiFi Uni tak laju macam malam ni. seronoknya blogging tanpa tersekat-sekat. Kalau tak sebelum ni, nak buka dashboard pun makan masa berjam-jam. Sadis sungguh. Takpe, tu maknanya, internet pun suruh aku baca jurnal, tulis jurnal. Hehe…

Jam dah menunjukkan 1.10 pagi. Internet yang lancar memudahkan aku approved dan reply comment-comment yang dah lama aku perap. Semuanya ada dalam 23 komen. Huhu..Aku memang biasanya approve dan reply komen serentak. Kalau tak dapat nak reply, memang aku hold dulu komen tu.

Sedang asyik membaca blog rakan-rakan blogger yang lain, tiba-tiba loceng kebakaran berbunyi dengan garangnya. Huhu..potong stim betul. Lepas tu, terdengar orang bilik sebelah aku buka pintu, dan dengar suara dia bercakap dengan orang lain. Aku pun jengahlah juga kepala ke luar pintu.

Masing-masing tertanya-tanya, ni kenapa penggera ni tiba-tiba berbunyi?. Memang ada kecemasan atau penggera ni yang mengingau?. Huhu…Setelah menjenguk-jenguk blok lain, nampak-nampaknya blok lain semua tenang-tenang aje. So, kitorang pun decide untuk masuk ke bilik masing-masing semula. Sambung tidur semula atau sambung buat kerja yang tergendala tadi.

Bunyi loceng yang sangat kuat lagi nyaring benar-benar mengganggu konsentrasi aku. Otakku ligat berfikir, kalaupun aku sumbat kapas ke telinga, mesti tak berkesan. Ermmm..earplug masa aku kerja dulu, rasanya dah tiada dalam simpanan aku lagi.

Tiba-tiba aku teringat sesuatu, pantas tanpa disuruh, bibir ni mengukir senyuman lebar. Haaaa….guna ni….dapatlah selamatkan gegendang telinga aku..

headphone beat solo by dr.dre

‘Alat bantuan kecemasan’ ni aku baru je dapat semalam. Free gift sebab aku dah rembat tab. Hehe…Aku memang tak suka guna headphone sebab aku rasa rimas. Lebih gemar guna speaker je. Tapi di saat-saat kecemasan macam ni, terpaksalah gunakannya. 😀

Setelah lebih kurang 45 minit, barulah loceng tu senyap. Dah penat lah tu. Alhamdulillah, aman hidup  😛

 

error: Content is protected !!