CARA MEMBUAT PENDAFTARAN PERMOHONAN BANTUAN RM500 MULAI 10 DISEMBER

Tarikh pendaftaran permohonan bantuan RM500

Pendaftaran permohonan bagi mendapatkan bantuan secara `one-off’ sebanyak RM500 kepada isi rumah yang berpendapatan bulanan RM3,000 dan ke bawah boleh dibuat mulai 10 Disember, 2011 dan pendaftaran dibuka selama sebulan.

Borang-borang pendaftaran boleh didapati secara percuma di Jabatan Pembangunan Persekutuan, Pejabat Cawangan dan Pusat Khidmat Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) serta agensi-agensi kerajaan.

Menteri Kewangan II, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah berkata, pendaftaran permohonan bantuan tunai RM500 tersebut adalah selama satu bulan.

Tempat ambil borang bantuan RM500

Borang-borang pendaftaran boleh didapati secara percuma mulai 10 Disember 2011 di Jabatan Pembangunan Persekutuan, Pejabat Cawangan dan Pusat Khidmat Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) serta agensi-agensi kerajaan.

Cara memohon bantuan RM500

Borang yang lengkap diisi berserta salinan kad pengenalan perlu diserah untuk proses pendaftaran di Jabatan Pembangunan Persekutuan atau negeri, sekolah-sekolah terpilih serta pejabat cawangan LHDN.

Tarikh pembayaran bantuan RM500

Menteri Kewangan II, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah berkata, pembayaran bantuan RM500 akan dibuat kepada ketua isi rumah yang layak mulai pertengahan Januari 2012 dan bantuan itu dijangka memberi manfaat kepada seramai 5.2 juta isi rumah atau 79.5 peratus daripada keseluruhan isi rumah di negara ini.

Pada pembentangan Bajet 2012 baru-baru ini kerajaan mengumumkan untuk memberi bantuan tunai secara `one-off’ sebanyak RM500 kepada isi rumah yang berpendapatan bulanan RM3,000 dan ke bawah. Pemberian ini melibatkan anggaran peruntukan sebanyak RM2.6 bilion. Bantuan itu sebagai tanda keprihatinan kerajaan dalam usaha untuk membantu meringankan kenaikan kos sara hidup rakyat.

Syarat kelayakan memohon bantuan RM500

Isi rumah yang layak memohon merujuk kepada seorang lelaki atau wanita yang menjadi ketua kepada ahli yang tinggal serumah atau ketua keluarga merangkumi individu berkahwin termasuk anak yang berkahwin dan tinggal bersama ibu bapa.

Ketua kepada ahli yang tinggal serumah atau ketua keluarga itu turut merangkumi ibu atau bapa tunggal yang mempunyai tanggungan, individu (bujang, duda, ibu tunggal) bujang yang mempunyai tanggungan dan warga emas sebatang kara. Ketua isi rumah yang bekerja sendiri juga layak untuk membuat permohonan.

MAKSUD JUMLAH PENDAPATAN ISI RUMAH KURANG RM3000

DOWNLOAD BORANG PERMOHONAN BANTUAN RM500 SECARA ONLINE

sumber : http://mynewshub.my

Kongsi Cara Membuat Pendaftaran Permohonan Bantuan RM500 ini dengan rakan-rakan anda yang lain di Facebook dengan menekan butang share ini.

error: Content is protected !!

Fatal error: Allowed memory size of 268435456 bytes exhausted (tried to allocate 37855422 bytes) in /home/eertoado/public_html/wp-includes/class-wpdb.php on line 3466