PINTU RAHMAT DIBUKA PADA MALAM NISFU SYAABAN

PINTU RAHMAT DIBUKA PADA MALAM NISFU SYAABAN

15 Syaaban (Nisfu Syaaban) adalah termasuk hari besar Islam kerana hari itu banyak mengandungi kelebihan dan Allah menurunkan rahmatNya serta memberikan pengampunan kepada hambaNya.

Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud :

“Malaikat Jibril mendatangiku pada malam Nisfu Syaaban, seraya berkata “Hai Muhammad, malam ini pintu-pintu langit dan pintu rahmat dibuka. Bangunlah dan sembahyanglah, angkat kepalamu dan tadahkan dua tanganmu ke langit”.

Aku bertanya “Hai Jibril, malam apakah ini?”.

Jibril menjawab “Malam ini dibukakan 300 pintu rahmat. Tuhan mengampuni segala kesalahan orang yang tidak menyungutukan Allah dengan sesuatu, kecuali tukang sihir, tukang nujum, orang yang bermusuhan, orang yang terus menerus minum khamar, terus-menerus berzina, memakan riba, derhaka kepada ibu bapa, orang yang suka mengadu domba dan orang yang memutuskan silaturrahim. Tuhan tidak akan mengampuni mereka sampai mereka taubat dan meninggalkan kejahatan-kejahatan itu”.

Rasulullah S.A.W pun keluar, lalu mengerjakan solat dan menangis dalam sujudnya, seraya bermohon “Ya Tuhan, aku berlindung kepadaMu dari azab seksaanMu dan dari kemurkaanMu, tiada kubatasi puji-pujian kepadaMu sebagaimana Engkau telah memuji diriMu. Maka bagiMu lah segala pujian itu hingga engkau redha”.

(Hadith  dari Abu Hurairah)

KEUTAMAAN MENGERJAKAN SOLAT SUNAT NISFU SYAABAN

Aisyah R.A. menerangkan bahawa pada malam Nisfu Syaaban, Rasulullah S.A.W mendirikan solat sehingga pagi. Baginda bersabda kepadaku:

“Malam ini adalah malam Nisfu Syaaban. Pada malam ini diangkat segala amalan hambaNya ke langit. Pada malam ini Allah membebaskan ahli neraka yang ramainya seperti bilangan bulu-bulu kambing Bani Kalb”.

Hadis di atas menjelaskan bahawa solat sunat Nisfu Syaaban itu dikerjakan pada waktu malam hari pertengahan bulan Syaaban. Ianya boleh dikerjakan selepas mengerjakan solat Isyak atau bersama dengan solat qiyamullail lainnya.

MAKSUD SYAABAN DAN AMALAN DI BULAN SYA’BAN

Sumber: Buku Rahsia & Amalan Bulan Islam oleh Kasmuri Semat Ma.

Gambar dari Kembara-Journey

Kongsi Kelebihan Malam Nisfu Syaaban ini dengan rakan-rakan anda yang lain di FB dengan menekan butang share ini.

error: Content is protected !!

Fatal error: Allowed memory size of 268435456 bytes exhausted (tried to allocate 4198400 bytes) in /home/eertoado/public_html/wp-includes/functions.php on line 625