KOMEN RAJAGOBAL MENGENAI JARINGAN GOL TUNGGAL TAIWAN

KOMEN RAJAGOBAL MENGENAI JARINGAN GOL TUNGGAL TAIWAN

fifa world cup 2014 brazil

Perlawanan Malaysia vs Taiwan malam tadi untuk pusingan kelayakan piala dunia 2014 zon Asia menyaksikan gawang Malaysia bolos dek kerana Taiwan berjaya menjaringkan gol tunggal pada minit ke 76 hasil asakan dari sebelah kanan gawang dan pemain tengah, Chen Po-Liang yang dengan mudah menewaskan penjaga gol kebangsaan, Sharbinee Allawee.

Jom kita baca komen dari jurulatih skuad Piala Dunia Kebangsaan kita pada sidang media selepas perlawanan malam tadi:

“Selepas mendahului dua gol, barisan pertahanan ‘tidur’ sehingga membolehkan Taiwan memperoleh gol di tempat lawan. Kita sepatutnya mendapat dua gol lagi pada babak kedua menerusi Baddrol Bakhtiar tetapi gagal disempurnakan. Sebaliknya kita membiarkan lawan mengasak dan mendapat bekalan satu gol di tempat lawan” ~ Rajagobal

Walaubagaimanapun, Rajagobal tetap yakin pemainnya akan berusaha lebih keras bagi memastikan kemenangan pusingan ini:

“Saya jangkakan perlawanan di Taiwan Ahad ini akan lebih sengit dan saya tetap yakin pemain kita akan berusaha lebih keras memastikan kemenangan pusingan ini. Walaupun kemenangan ini tipis, ia tetap satu kemenangan dan kita mempunyai kelebihan apabila bertandang ke sana. ~ Rajagobal

Sama-samalah kita mendoakan kejayaan pasukan Malaysia Ahad nanti. Semoga pemain dapat mengambil pengajaran terhadap apa yang telah berlaku malam tadi dan tidak mengulanginya lagi.

p/s: Terperanjat beb alih-alih Taiwan gol sedangkan kita macam dah selesa mendahului 2 gol setelah 75 minit perlawanan berlangsung.

JOM SAKSIKAN VIDEO GOL PERLAWANAN MALAYSIA VS TAIWAN MALAM TADI

Kongsi maklumat ini dengan rakan-rakan anda yang lain di Facebook dengan menekan butang share ini.

error: Content is protected !!