TIP-TIP UNTUK MENGURANGKAN CAJ KAD KREDIT
Seringkali pemilik kad kredit mengeluh kerana hutang yang sedia ada ditambah lagi dengan caj-caj tambahan yang membebankan lagi. Pemilik kad kredit perlu tahu mengenai caj-caj yang berkaitan dengan kad kredit. Ini penting bagi mengelakkan dikenakan caj-caj yang berlebihan.
Berikut ada beberapa tip untuk mengurangkan caj kad kredit tetapi dalam masa yang sama, anda masih boleh mengecapi manfaat yang diperolehi daripada penggunaan kad kredit.
- Pilih tawaran yang terbaik. Ada pengeluar kad kredit yang tidak mengenakan sebarang yuran tahunan dan yuran penyertaan, sekurang-kurangnya untuk tahun pertama.
- Gunakan kad ATM anda untuk membuat pengeluaran tunai. Pendahuluan wang tunai melalui kad kredit harus dilakukan sebagai pilihan terakhir. Caj dan yuran bagi pendahuluan wang tunai adalah tinggi.
- Elakkan daripada dikenakan kos kad kredit yang tidak sewajarnya. Buatlah pembayaran sebelum tarikh yang ditetapkan seperti yang tercatat pada penyata kad kredit. Pastikan alamat anda yang disimpan oleh pengeluar kad kredit adalah tepat agar penyata bulanan diterima dengan secepat mungkin.
- Pembayaran bulanan yang dibuat pada tahap minimum akan melengahkan tempoh pembayaran balik dan meningkatkan jumlah faedah yang harus anda bayar. Langsaikan baki belum jelas anda supaya faedah tidak akan dikenakan.
- Hadkan jumlah kad kredit yang dipegang berasaskan keperluan dan kemampuan pembayaran anda.
- Berwaspada terhadap sebarang perubahan pada dasar dan kadar faedah. Sebagai contoh, pengeluar kad kredit anda mungkin akan menaikkan yuran atau menukar syarat-syarat pemegangan kad kredit.
Moga bermanfaat. Tip mengurangkan caj kad kredit ini diambil dari website National Consumer Complaint Center.
Kongsi tip ini dengan rakan-rakan anda yang lain di FB dengan menekan like/share di bawah. Follow FB syaisya.com untuk update yang akan datang.