KAK JIE (KUJIE2.COM) HIDUP BIAR SEDAP | BLOG MANTAP SEO

Dah lama tahu pasal GA dari Kak Jie ni, tapi setelah berhempas pulas menyiapkan entri-entri My Selangor Story Contest menyebabkan banyak perkara diketepikan. Kini, ada kesempatan (sebenarnya curi-curi masa je sebab dah penat perah otak fikir nak siapkan proposal ni), maka aku menggunakan kesempatan yang ada untuk join GA Kak Jie ni.

Kak Jie, tuan punya blog Kujie2.com, bertaglinekan Hidup Biar Sedap, memang dah dikenali ramai dengan blognya yang mantap pengisiannaya. Kalau nak cakap pasal SEO blog Kak Jie ni, memang semua blogger tak nafikan kemantapannya.

Blog Hidup Biar Sedap ini memang mempunyai tarikannya yang tersendiri. Susah nak diucapkan dengan kata-kata, yang datang singgah dan baca blog kujie2.com ni je yang akan tahu sendiri.

Kalau nak cakap pasal kekurangan blog ni, aku pun tak tahu mana kekurangan yang ada. Aku suka header Kak Jie yang comel tu. Layout templete blog pun dah OK, apa je yang kurang?. Entahlah, tak reti aku nak komen blog orang ni. Blog aku sendiri ni pun tak semunggah je. Ni pun theme sementara je, sebab theme lama rosak. Banyak kerja perlu diselesaikan dahulu. So, hal blog ni perlu diketepikan buat sementara waktu. Hehe..

Ok, dengan ini aku secara rasminya join GA kujie2.com sempena ulang tahun perkahwinannya yang ke-20 dengan suami tercinta Abang Ann. Bukan senang tu nak kekalkan rumahtangga aman damai sehingga 20 tahun ni. Moga hari-hari yang mendatang, bahagia akan tetap menemani Kak Jie selamanya. 😀 Amin.

error: Content is protected !!