SIARAN LANGSUNG PERLAWANAN AKHIR LEE CHONG WEI VS LIN DAN OLIMPIK 2012

Siaran langsung perlawanan akhir badminton Olimpik 2012 Lee Chong Wei vs Lin Dan akan ditayangkan secara langsung di TV2, jam 8 malam, 5 Ogos 2012. Begitulah berita yang aku dengar di stesen radio Nasional FM lepas bersahur tadi. Harap-harap aku tak tersilap dengar. Melalui pembacaan di internet ni, ada juga yang menyatakan siaran langsung final Lee Chong Wei lawan Lin Dan ini ditayangkan di TV1.  Ala… senang gini je, tengok tv2, kalau takde, try tengok kat tv1 pula. 😀 Bagi yang ada Astro, boleh tengok di chanel Astro 829 atau Astro HD 849.

LIVE STREAMING FINAL LEE CHONG WEI VS LIN DAN OLIMPIK 2012

Untuk mereka yang ada line internet yang laju di rumah, boleh tonton secara live streaming di Youtube saluran rasmi Olimpik di url http://www.youtube.com/olympic. Anda hanya perlu pilih saluran sukan badminton di bawah paparan video pada laman tersebut. 😀 Anda turut boleh menyaksikan Live streaming Lee Chong Wei vs Lin Dan di stadium twitter dengan hashtag Lee Chong Wei (#Lee Chong Wei).

PINGAT EMAS PERTAMA MALAYSIA OLIMPIK 2012

Rakyat Malaysia berdebar menantikan pingat emas pertama Malaysia di Olimpik 2012. Setelah beberapa atlit harapan tidak dapat mara ke final, kini tugas untuk mendapatkan pingat emas pertama Malaysia tergalas di bahu Dato’ Lee Chong Wei.

Seperti yang diketahui umum, LCW dan Lin Dan ni memang seteru. Hehe… Harap Lin Dan tenang berhadapan dengan Lin Dan malam nanti.

Rasanya malam nanti, lewat lah aku tahu berita keputusan final Lee Chong Wei vs Lin Dan Olimpik 2012 ni nanti.  Berjayakah LCW membawa pulang pingat emas di Olimpik 2012 ini dan seterusnya mendapatkan jongkong emas 2 juta? Kalau tonton perlawanan final badminton single Olimpik 2012 ni malam nanti mesti rasa cuak je kan. Ye lah, bukan Chong Wei je yang berdebar, seluruh Malaysia pun turut berdebar nak tahu keputusan perlawanan tu.

>> Keputusan final Lee Chong Wei vs Lin Dan Olimpik 2012 <<

p/s: Dengar-dengar Baskin Robin nak bagi aiskrim percuma kalau Dato’ Lee Chong Wei berjaya dapat pingat emas di Olimpik 2012 ni.

Kongsi siaran langsung perlawanan akhir badminton Lee Chong Wei vs Lin Dan Olimpik 2012 ini dengan rakan-rakan anda yang lain di FB dengan menekan butang like / share di bawah ini.

error: Content is protected !!