KEBAHAGIAAN DALAM PERPISAHAN

Akhirnya, hari ini telah tiba saat yang dah lama aku nantikan. Saat untuk mengucapkan selamat tinggal kepada segala kesengsaraan, keperitan dan kesakitan. Telah 2 tahun lebih aku memendam rasa. Memendam rasa sakit hati yang teramat. Rasa tertekan yang menusuk-nusuk hati dan pemikiran. Akhirnya, ku ucapkan selamat tinggal dan aku tinggalkan semuanya.

Selamat tinggal boss,
Selamat tinggal semua anak buah,
Selamat tinggal rakan-rakan,
Selamat tinggal tempat kerja,
Selamat tinggal semua.

Tiada banyak kenangan manis yang tercipta, selain dari kenangan pahit bagaikan hempedu. Bekerja di sini telah mengajar aku banyak perkara. Walau pahit untuk ditelan, namun ku telan jua selama 2 tahun lebih. Aku terpaksa meletakkan titik noktah dalam diari kehidupan aku sebagai jurutera ini. Hingga di sini sahaja. Yang pastinya, aku dapat merasakan kebahagiaan dalam perpisahan yang berlaku ini. Aku bahagia. Semoga aku lebih bahagia dalam meniti jalan hidup baru yang aku pilih. Hidup baru bergelar pelajar Master.

p/s: Pinjam sekejap Tajuk Lagu Shahir AF 8 ni “Kebahagiaan Dalam Perpisahan”…walaupun perpisahan yang dimaksudkan oleh lagu ni ialah perpisahan dalam percintaan. Tapi maksud tersirat di sebalik lagu ni, tetap related dengan kes aku, iaitu dalam perpisahan ada kebahagiaan. 😀

p/s/s: Hari ni Prince William dan Kate kahwin. Makanya, tarikh perkahwinan mereka sama dengan tarikh akhir aku bekerja. Hehe…

 

KEBAHAGIAAN DALAM PERPISAHAN: SHAHIR

Tak perlu ucapkan sepatah kata
Kerna lantang terbaca dari muka
Kau dan daku sudah tiada
Keserasian di jiwa
Mungkin magisnya sudah hilang

Tak perlulah kita mencuba lagi
Betulkan kesilapan perhubungan ini
Bila setiap perbincangan
Menjadi perbalahan
Manakah agaknya cinta pasti

Chorus:

Embun pun takkan mampu menyubur sekuntum
Bunga yang layu pada musim luruh
Yang dulunya mekar di sinar suria
Bila sudah kering pasti akan gugur

Seperti cinta kita yang jelas ternyata
Semakin lama oh semakin rekah
Menimbulkan tanya, apa mungkin kita
Temu kebahagiaan dalam perpisahan..

Usah titis air mata kau tangiskan
Ku dah cukup menampung selautan
Begitu lama ku pendam
Tapi hanya berdiam
Kerna cuba menafi realiti

(ulang chorus)

Kebahagiaan.. dalam perpisahan..

 

 

 

 

 

error: Content is protected !!