5 CARA BERKESAN LUPAKAN KEKASIH LAMA

5 CARA BERKESAN LUPAKAN KEKASIH LAMA

5 Cara Melupakan Bekas Kekasih Lama

 

5 CARA lupakan kekasih lama

Wawwweeee… Tiba-tiba dalam blog syaisya.com ni ada kategori Tip Cinta pula. Saje je lah. Sebenarnya, tengah selak-selak buku “101 Rahsia Penguat Nurani” karya Dr. HM Tuah. Tiba-tiba mata tertancap pada halaman Tip Membuang Cinta Lama.

Jadi, rasa terpanggil lah untuk kongsikan Tip Melupakan Bekas Kekasih ni dengan pembaca-pembaca syaisya.com 🙂

Ok, di sini di ‘highlight‘ kan 5 cara yang berkesan untuk melupakan kekasih lama:

  1. Usah simpan semua kenangan bersamanya, musnahkan sahaja atau berikan kepada pihak-pihak lain andai barang berkenaan sangat berharga dan bernilai.
  2. Usah kerap mendengar lagu-lagu nostalgia yang ada kaitan dengan bekas kekasih.
  3. Banyak-banyak ingatkan Allah setiap kali kerinduan datang dan anggaplah ia mainan syaitan semata-mata.
  4. Jangan ambil tahu lagi perkembangan bekas kekasih apalagi menghubunginya walau sekadar bertanya khabar.
  5. Ketahuilah bahawa pasangan sekarang sememangnya yang terbaik dan itulah jodoh anda.

Ok, walaupun tip ni cuma 5 je, tapi aku rasa 5 cara ini adalah cara yang berkesan untuk melupakan bekas kekasih. Tak perlu diingat dan dikenang perkara yang telah berlalu. Life Must Go On!. No turning back!.

Ecewah, cakap memang senang lah kan. Tapi orang yang menanggung tu yang rasa kesengsaraannya. Betul tak?.

Aisey, aku ni bukan sekadar bercakap sahaja. Bukan cakap je pandai. Aku pernah juga melalui proses melupakan cinta monyet aku. Hew hew… tapi kami tak couple pun, ok. Suka juga kat dia. Dia pun suka kat aku, tapi aku tahu aku dan dia takkan ke mana-mana.

That’s it. 6 tahun dia dihatiku, memang bukan mudah untuk melupakan. Tapi aku kuat!. Aku tahu aku boleh let him go. Sampai masa aku tengok gambar perkahwinan dia kat FB pun (saje je stalk fb dia), aku steady je lagi.

Hehehe… tengok muka anak dia sebiji muka dia taw. Ok lah tu, aku doakan dia bahagia bersama isteri dan anak-anak dia. Tapi sekarang tak tahu lah dia anak dah berapa. Tak stalk lagi. Tu sekali je.

Camne aku boleh lupakan?. Just forget it!. You must have desire and passionate untuk melupakan insan itu. Itu je. It’s all about your determination and nawaitu. Yakin yang aku akan dapat pasangan yang lebih baik dan terbaik untuk aku, keluarga, agama, bangsa dan negara  ^_^

p/s: Ubat, walau pun pahit, tapi kita kena telan juga kalau nak sembuh 😉

Gambar heart broken diambil dari lbeeandthemoneytree.com

error: Content is protected !!