BLIND TRAIL DI AWANA GENTING HIGHLANDS GOLF AND COUNTRY RESORT

BLIND TRAIL DI AWANA GENTING HIGHLANDS GOLF AND COUNTRY RESORT

Selepas makan kenyang-kenyang dengan makanan laut yang super sedap, kami melakukan aktiviti berikutnya yang dikenali sebagai blind trail. Kami berjalan beramai-ramai ke dalam hutan sebelum diberikan sepotong kain putih dan sehelai tisu. Kami diarahkan untuk menutup mata kawan menggunakan tisu dan kain yang diberikan. Krew My Selangor Story Contest kemudiannya check ikatan yang telah dilakukan. Nak confirm kan yang kami tak betul-betul tak nampak.

Kredit foto: Tian Chad 

Duduk berbaris sementara menunggu giliran. Peserta dilepaskan seorang demi seorang dengan jarak sela masa yang ditetapkan.  Dah macam pendatang haram pun ada. Ada juga blogger yang kata dah macam tahanan perang. Hehe 😀

Bila dah tutup mata macam ni, lama-lama mata aku rasa pedih pula. Mulalah aku terfikir untuk melelapkan mata barang seketika, kerana pada fikiranku, mesti lambat nak tunggu giliranku sebab aku didik belakang sekali.

Tapi, baru je nak lelap, tiba-tiba aku rasa seperti ada tangan yang menarik-narik lengan sweater aku. Ish! suspense juga lah aku rasa. Teringat pula pesanan En. Zul (instructor) bahawa kalau ada tangan masa kat dalam hutan ni, jangan pegang sembarangan. So, aku ignore je lah. Lepas tu, terasa lagi lengan sweater ku ditarik-tarik 2 kali. Aku rasa macam nak tepis tangan tu, tapi tak jadi. Lepas tu aku beranikan diri bertanya “siapa pula ni”. Then, terdengar suara lelaki menjawab perlahan, “bangun-bangun”. Ok, sekarang aku faham, dah sampai turn aku. Rupanya mereka pilih peserta secara rawak. Tak ikut turutan. Ish, kacau betul. Baru ingat nak tidur.

Aku pun bangun dan ikut dia jalan. Kemudian, suara laki itu bertanya kepadaku:

Suara lelaki: Dari mana ni? Indonesia ke Malaysia?.

Aku: Malaysia lah, apa pasal ramai orang ingat saya orang Indonesia?.

Suara lelaki: Manalah tahu, ramai Indonesia kat sini. Pernah buat tak aktiviti ni?.

Aku: Tak.

Suara lelaki: Kalau gitu, susah sikit lah. Ok, pegang je cotton rope ni, ikut je. Kalau dia rendah, rendahkan badan, mungkin ada dahan ke kat atas, atau tanah rendah, ada sebab lah kenapa kita rendahkan tali tu.

Aku: Ok.

Selepas beberapa langkah, dia biarkan aku jalan sorang-sorang. Jeng! jeng! jeng!. Ikut jelah tali tu kan.

Macam-macam gaya ada. Keh2..kelakar kalau diingatkan balik trick yang ada dalam blind trail ni. Kredit foto: Tian Chad 

Dalam hal aku pegang tali tu, tiba-tiba tangan aku terlanggar macam badan orang. Lepas tu aku dengar suara orang cakap “jangan! jangan!”. Suara tu suara lelaki. Tapi aku tak nak lah bercakap dengan suara tu. Lepas tu aku dengar suara perempuan pula, tapi tak tahu apa dia cakap. Aku pun berhenti dan duduk menyangkung sambil pegang tali tu. Dalam hati aku, agaknya dah sampai kot kat check point yang terakhir (tempat semua peserta berkumpul).

2 suara itu masih lagi berbicara perlahan. Aku dengar suara je tapi tak dengar butir bicara. Tak lama kemudian aku rasa macam badan orang tu bangun, dan aku rasa tali tu dah ke atas. Oh, rupanya perjalanan masih diteruskan. Then aku pun bangun dan meneruskan perjalanan.

Sehingga ke 1 tempat, aku dengar suara perempuan menyuruh aku mempercayai kawan di hadapan, dan tanganku dialihkan ke bahu orang di depanku. Dalam hati aku, bahu siapalah yang aku pegang ni. Hantam sajalah labu. Janji aku selamat sampai. Aku follow je lah langkah orang di hadapan sehingga di suruh duduk.

Kemudian, ikatan mata dibuka dan aku melihat 5 orang lagi peserta lain dah berkumpul di situ. Aku gelak je.

Berkumpul beramai-ramai setelah teraba-raba di dalam hutan. Kredit foto: Rizma.

Baru tahu, bahu yang aku pegang ialah kepunyaan Helga. 😀 Didepannya Pamela. Rupa-rupanya, Pamela berjalan terlalu perlahan dan dia berhenti seketika, tu yang jadi kami bertiga menyangkung kat tengah-tengah hutan tu. Huhu…haru betul. Gelak je kalau diingatkan balik aktiviti ni.

Lepas tu, seorang demi seorang peserta tiba. Tengok gelagat masing-masing yang masih bertutup matanya, hikhik! ^-^. luculah. Macam-macam gelagat ada. Kami yang dah sampai lebih awal ni, mulalah memperdajalkan kawan-kawan. Buat bunyi-bunyian untuk takutkan kawan-kawan. Jahat sikitlah, mentang-mentang diri sendiri dah lepas. Hehe…

Kredit foto: Tian Chad 

Malam tu adalah malam yang banyak bintang. Sementara menunggu semua peserta berkumpul, Pamela menunjukkan kami horoskop yang terdapat langit dengan menggunakan handphonenya dengan menggunakan aplikasi Google Sky Map. Wohaa! Knowledge baru untuk. Best pula tengok buruj-buruj bintang ni. 😀 I like.

Sebenarnya, motif tersirat aktiviti ini ialah untuk membina keyakinan diri dan rasa percaya kepada diri sendiri yang anda boleh lakukannya!. Yup! Semua orang boleh lakukannya. Takde yang hilang ditengah-tengah hutan tu. Hehe..

Di akhir aktiviti, ada surprise birthday parti untuk Nigel. Dengan sengaja, Nigel dijadikan sebagai peserta terakhir yang akan dilepaskan. Apabila Nigel tiba, kami menyanyikan lagu “Happy birthday” untuknya. Happy birthday, Nigel!.

Kredit foto: Tian Chad 

Selepas bergambar beramai-ramai, kami pulang semula ke rumah panjang Awana untuk tidur. Tapi sebelum tidur, supper dulu di Pasar Ikan Bakar. Keesokan harinya, kami akan melakukan aktiviti yang lebih mencabar mental dan fizikal iaitu >> TEARS OF THE SUN <<

Peta Awana Genting Highlands Golf and Country Resort.

Awana Genting Highlands Golf and Country Resort
KM13, Genting Highlands
69000 Pahang Darul Makmur, Malaysia.
Telephone: (603) 6436 9000
Facsimile: (603) 6101 3535

Terima kasih kepada para penaja My Selangor Story Contest 2011:

Lembaga Pelancongan Rasmi: Tourism Selangor
Sistem penerbangan rasmi: Fly Firefly Sdn Bhd
Internet rasmi: The Cube
Restoran rasmi: The Mix
Kamera rasmi: Pentax
RUMAH PANJANG AWANA DAN MAKAN SEAFOOD SEGAR DI PASAR IKAN BAKAR

RUMAH PANJANG AWANA DAN MAKAN SEAFOOD SEGAR DI PASAR IKAN BAKAR

DI malam hari, kami menginap di Rumah Panjang Awana. Sebelum My Selangor Story Tour ni start, aku ingatkan Dapat tidur hotel best-best kat Awana Genting Highlands ni, rupanya tidur kat rumah panjang. Huhu..tipah tertipu. Tapi takpe, aku OK je, sebab ni kira first time juga aku tidur kat rumah panjang. So, tak payah pergi Sarawak untuk tengok rumah panjang. Kat Awana Genting Highlands pun ada. 😀

Pandangan rumah panjang Awana dari luar. Kredit foto: Nigel Low

Harga sewa rumah panjang Awana:
RM1, 400 (1 malam) untuk 40 orang dan kebawah.
RM35 (1 orang) untuk 41 orang ke atas.

Ok, bilik-bilik kat rumah panjang ni ada pintu. Mula-mula tengok dari bawah, kami ingatkan rumah panjang ni takde pintu, dah suspense dah. Dalam kepala dah siap plan agar tak payah tidur malam ni kalau takde pintu. Tapi rupa-rupanya ada pintu. Automatik bibir ni mengukir senyuman manis. 😀 Selamat!.

Keadaan rumah panjang Awana (kawasan luar bilik).

Dalam rumah ni ada 6 bilik, termasuk 1 bilik stor. Ni keadaan dalam bilik. Terdapat beberapa tilam dibentangkan berderet-deret dengan beralaskan cadar putih.

Malamnya, kami makan di Pasar Ikan Bakar. Wow! Dari luar pun dah nampak menarik.

Bila dah masuk dalam, memang cantik menarik tertarik. Memang da bom!.

Terlebih dahulu, Amelia memberikan ucapan penghargaan kepada pihak Awana Genting kerana menyediakan kami makan malam yang memang superb!. Kemudian, En. Christopher Eric Ruxton, Penolong Pengurus Eksekutif Awana Genting Highlands Golf And Country Resort pula memberikan ucapan.

Kredit foto: Tian Chad

Di sini terdapat perlabagi pilihan seafood yang segar-segar kesemuanya.

Kesemua makanan di sini dimasak dan dihidangkan terus kepada para tetamu.

Makanan yang sememangnya menyelerakan. Mmmm…nyummy-nyummy!. Kat sini macam-macam ada. Pelbagai jenis sambal, orange tangerine dressing dan italian dressing pun ada.

Suasana makan malam tidak dibiarkan sunyi kerana kami dihiburkan oleh Mercy Akoustika Band yang sememangnya mendendangkan lagu yang sedap untuk didengari. Salah seorang peserta MSS siap kata nak beli album mereka. Hehe… tapi memang sedap pun suara penyanyi ni.

Ketika kami sedang makan, tiba-tiba, Mr. Christopher dan En. Zul datang memberikan kami goody beg yang mengandungi sehelai tshirt Awana Genting Highlands dan juga beberapa keping risalah berkaitan Awana Genting Highlands Golf And Country Resort.

Kredit gambar: Tian Chad

Ms. Amelia Tan juga turut menyumbangkan suaranya untuk kami. Ada bakat menyanyi juga rupanya mama Amelia kami ni. 😀

Amelia Tan menyanyi penuh perasaan. Kredit foto: Nigel

Pasar Ikan Bakar ini beroperasi setiap hari Jumaat, Sabtu dan Ahad mulai 5 petang – 11 malam. Untuk tempahan, boleh hubungi 03-61013015 sambungan 53020 atau 7605 ( 9 pagi – 5 petang ).

Selapas makan, kami menjalankan aktiviti seterusnya, iaitu >> BLIND TRAIL <<

Terima kasih kepada para penaja My Selangor Story Contest 2011:

Lembaga Pelancongan Rasmi: Tourism Selangor
Sistem penerbangan rasmi: Fly Firefly Sdn Bhd
Internet rasmi: The Cube
Restoran rasmi: The Mix
Kamera rasmi: Pentax
AKTIVITI SUKAN AIR DI PANTAI BAGAN LALANG

AKTIVITI SUKAN AIR DI PANTAI BAGAN LALANG

Hari ke2, pagi-pagi sesudah subuh, aku pergi ke hadapan Restoran Bila Bila untuk menikmati panorama matahari terbit. Inilah kali pertama aku dapat melihat matahari terbit dengan jelas sekali. Kelihatan jelas bagaikan bebola api melompat naik di kaki langit. Sebelum-sebelum ini, penat tunggu matahari, tapi tak nampak dengan jelas. Sememangnya My Selangor Story 2011 ini banyak memberikan pengalaman pertama untukku. I like! 😀

Kemudian, aku bersarapan di Restoran Bila Bila yang kedudukannya berdekatan dengan villa tempat tinggal kami. Ini adalah Restoran Bila Bila jika dipandang dari luar.

Pemandangan dalam restoran yang cantik dan menenangkan. Suasana yang amat selesa untuk menjamu selera.

 

Ada kolam renang di tepi restoran ni bagi yang suka berenang dan pandai berenang, yang pastinya!. Kalau tak pandai berenang lebih baik jangan terjun dalam kolam ni. Tiada pelampung disediakan. Hehe 😀

Selepas bersarapan, kami bergerak ke Pantai Bagan Lalang untuk aktiviti sukan air. Ni yang best ni!. Enjoy and fun!. 😀

Sebelum melakukan sebarang aktiviti, setiap peserta diminta untuk mendaftar dengan menulis nama di buku log dan menyarung jaket keselamatan terlebih dahulu sebagai langkah keselamatan.

Aktiviti pertama yang aku lakukan ialah sailing. Untuk sailing, pelatih di sini yang mengemudikan kapal layar. Kami hanya duduk sahaja dalam kapal ini dan belajar cara-cara untuk mengemudikan kapal layar ini. Satu kapal hanya boleh dinaiki oleh 3 orang sahaja termasuk pelatih. Untuk aktiviti ini, aku lakukan bersama Jard.

Dwi Andi dan Hijrah kelihatan begitu gembira melakukan aktiviti sailing.  Kredit foto:Hanis

Kemudian, aku dan Jard berkayak. Sebelum kami berkayak sesuka hati, beach boy di sini memberikan tunjuk ajar cara untuk berkayak. Pengalaman pertama juga aku berkayak, walaupun di universiti ada Kelab Kayak ni, tapi aku tak pernah join. Huhu…Terima kasih MSS 2011 dan semua penganjur dan sponsor. Kerana anda, semua aktiviti sukan air ni dapatku lakukan.

Aku, Jard dan beberapa blogger MSS 2011 seronok berkayak. Kredit gambar: Hanis, Tian Chad & Shaleh Drehem.

Tak tahu berenang dan takut air?. Tak perlu risau kerana ada beach boy yang menjaga keselamatan anda dan akan datang untuk menyelamatkan. Keselematan pengunjung menjadi aspek utama kepada Smiley Beach. Aku sendiri pun tak pandai berenang, tapi tetap teruja untuk melakukan aktiviti sukan air ni semua.

Mereka menjaga keselamatan anda. Boleh jadi Baywatch versi Malaysia ni. Hehe 😀 Gambar kredit: Tian Chad

Salah seorang peserta MSS 2011, Pamela sedang bermain Windsurfing. Kredit foto: mohdzaid

Pantai Bagan Lalang menyediakan beberapa aktiviti sukan air seperti kayak, sailing, stand up paddle, windsurfing, cart sailing, speed sailing, bocce ball, bola sepak pantai, sepak takraw dan bola tampar pantai. Kesemua aktiviti ini boleh dilakukan dari jam 9.30 pagi hingga 6.30 petang.

Setelah bermain bersama pantai dan ombak, beberapa blogger mengadakan perlawanan persahabatan bola tampar pantai.

Foto kredit: Feeq

Setelah puas bermain, kami kembali ke bilik kediaman masing-masing sebelum makan tengahari di Restoran Bila Bila. Aktiviti seterusnya ialah berbasikal mengelilingi kawasan kampung. Bersambung di entri berikut >> Aktiviti berbasikal dan lawatan air surut (Low Tide Tour) <<

Golden Palm Tree Iconic Resort Dan Spa ini terletak di Kampung Sungai Pelek, Bagan Lalang.

Berminat untuk ke sini?. Untuk maklumat lanjut, boleh hubungi:

Golden Palm Tree Resort & Spa Sdn Bhd (637783-W)
No. 67, Jalan Pantai Bagan Lalang,
Kg Bagan Lalang,
43950 Sungai Pelek,
Selangor Darul Ehsan, Malaysia

No. Tel: +603 3182 3600

Fax: +603 3182 3700


Terima kasih kepada para penaja My Selangor Story Contest 2011:


Lembaga Pelancongan Rasmi: Tourism Selangor
Sistem penerbangan rasmi: Fly Firefly Sdn Bhd
Internet rasmi: The Cube
Restoran rasmi: The Mix
Kamera rasmi: Pentax
PERTEMUAN PERTAMA DENGAN TOP 25 BLOGGER MY SELANGOR STORY 2011

PERTEMUAN PERTAMA DENGAN TOP 25 BLOGGER MY SELANGOR STORY 2011

Aku tiba di Sky Park Terminal, Subang (dulu dikenali sebagai Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah) tepat jam 9.45 pagi. Untuk pengetahuan pembaca sekalian, aku merupakan peserta pertama yang tiba di lapangan terbang ini dan juga satu-satunya blogger tempatan yang datang ke My Selangor Story Contest ini menaiki pesawat Firefly kerana peserta tempatan lain tinggal di sekitar Selangor dan Kuala Lumpur. Anda boleh baca pengalaman pertamaku terbang bersama Firefly di entri ini: DI SINI BERMULA PERJALANANKU BERSAMA FIREFLY | MY SELANGOR STORY 2011.

Menurut penganjur, semua peserta diminta berkumpul di StarBucks Coffee untuk menemui krew My Selangor Story di sana. Jam 10.30 pagi, aku telah dijemput oleh krew, Sher,  dan di bawa ke LCCT untuk mengambil seorang peserta Indonesia yang akan mendarat pada jam 11.45 pagi.

Sepanjang perjalanan, aku berbual-bual bersama Sher dan bertanyakan pelbagai perkara mengenai Selangor. Banyak maklumat yang aku perolehi dari beliau. Kami akhirnya tiba di LCCT dan menjemput peserta dari seberang, bernama Danial.

 Danial, blogger dari Indonesia. Peserta termuda, hanya berusia 18 tahun.

Kemudian, kami kembali ke Sky Park Terminal untuk menjemput peserta-peserta lain dari Indonesia dan Singapura yang dijangkakan akan tiba pada jam 2-4 petang. Sementara menunggu ketibaan peserta lain, Danial dan aku bergambar di sekitar Sky Park Terminal memandangkan ini juga kali pertama aku menjejakkan kaki di sini.

Sepanjang proses pengambaran, aku dan Danial menerima pandangan pelik dari orang sekeliling. Banyak kali kami mendengar ayat ini “Kenapa nak ambil gambar?”. Pertanyaan yang tidak diajukan kepada kami, tetapi pertanyaan sesama mereka. Kami yang mendengarnya hanya tersenyum dan masihku ingat jawapan balas dari Danial kepadaku “Malah kita bangga dengan apa yang kita lakukan”. 😀 Danial so sweet!.

Kami bergambar di sana sini sehingga perut mula berkeroncong. Maka, kami pun menuju ke Food Court.

Menu yang dipilih ialah nasi ayam berharga RM 7.50. Inilah nasi ayam termahal yang pernah aku makan. 🙂 Biasalah airport, kan. Mestilah mahal. Nasib baik ia sedap. Danial pun jealous dan terliur, siap ambil gambar nasi ayam ni berkali-kali. 😛 Ini juga pengalaman pertamaku makan di food court lapangan terbang. (Banyak betul pengalaman pertamaku sepanjang bersama MSS 2011 ini. Akan diceritakan kemudian, pengalaman-pengalaman pertama yang lain).

Selepas makan, kami ke Starbucks Coffee semula dan ketika itu, Sher sudah tidak keseorangan. Sher bersama dengan Dian (pemenang MSS 2010) dan juga pemandu pelancong kami, Farhana.

Lebih kurang sejam kemudian, peserta-peserta dari luar negara (Indonesia dan Singapura) pun tiba dan kami bertolak ke Holiday Inn Kuala Lumpur Glenmarie untuk Press Conference My Selangor Story 2011.

Bersambung di entri berikutnya >> Press Conference My Selangor Story Contest 2011.

Terima kasih kepada para penaja My Selangor Story Contest 2011:

Lembaga Pelancongan Rasmi: Tourism Selangor
Sistem penerbangan rasmi: Fly Firefly Sdn Bhd
Internet rasmi: The Cube
Restoran rasmi: The Mix
Kamera rasmi: Pentax
MERAKAM DETIK-DETIK TERINDAH DI SELANGOR

MERAKAM DETIK-DETIK TERINDAH DI SELANGOR

Hobi melancong mula timbul pada 4 tahun yang lalu, ketika aku sekeluarga mula membuat rancangan agar mengadakan percutian tahunan keluarga.

 Langkawi:

Percutian pertama kami di Fraser Hill, kemudian ke Langkawi dan seterusnya ke Sabah.

 Sabah:

 

Keseronokan melancong semakin dirasai apabila kali pertama terbang ke Beijing, April tahun lepas. Bagi aku, aktiviti melancong ini dapat melepaskan tekanan bekerja, merehatkan minda dan juga dapat mengenali negeri/negara orang.

Aku yang dilahirkan di Johor, bersekolah, melanjutkan pengajian dan bekerja juga di Johor memang teringin nak tengok tempat orang. Jauh perjalanan, luas pemandangan. Aku suka sambil jalan-jalan, sambil belajar sejarah dan budaya sesuatu tempat.

 Beijing, China:

 

Sejak mengenali dunia blog, aku mula merakamkan pengalaman percutianku di blog ini dan meletakkan catatan perjalanan dan pengalamanku dalam kategori JALAN-JALAN. Tujuannya, agar aku tak lupa apa yang telah dipelajari di sana dan dijadikan kenang-kenangan. Selain dari itu, entri-entri yang dihasilkan boleh dijadikan rujukan kepada mereka yang ingin melancong. Hati gembira apabila ada pembaca mengucapkan terima kasih di atas info yang diberikan dan tak kurang juga yang bertanya dan berkongsi pengalaman percutian mereka. Inilah salah satu keseronokan berblog. Sharing is caring. 🙂

Namun begitu, terlalu banyak tempat yang dilawati, tetapi tidak dirakamkan di blog ini. Bagi aku, menyiapkan 1 entri perlancongan agak memakan masa. Aku cerewet dalam menyiapkan entri jalan-jalan kerana aku ingin cuba memberikan sesuatu yang bermanfaat dan terbaik untuk tatapan pembaca blog ini. Pelbagai info cuba diberikan dan juga beberapa keping gambar menarik perlu dipilih untuk diselitkan dalam entri sebagai pelengkap.

Maka, tatkala terbaca mengenai My Selangor Story 2011 Contest di blog eyriqazz, aku begitu teruja untuk menyertainya. Bagiku, dengan menyertai program sebegini, dapatlah aku mendisiplinkan diri untuk menyiapkan entri pengalaman percutianku pada hari yang sama dengan aktiviti dilakukan. Ini adalah kerana, dalam My Selangor Story 2011 Contest, peserta dikehendaki membuat entri harian dan juga merakamkan video, selama 5 hari 4 malam pertandingan ini dijalankan. Aku ingin mencabar diri sendiri untuk menyahut cabaran yang pastinya mencabar tahap disiplin diriku ini, selain daripada bersaing secara sihat dengan peserta-peserta lain. Pengalaman ini akan aku jadikan panduan untuk memperbaiki mutu penulisan blog. Paling penting, segala pengalaman di Selangor akan dikongsikan di blog ini untuk informasi kepada pembaca sekalian.

 Cowboy Town A Famosa Resort, Melaka:

 

Buat masa ini, walaupun Beijing telah ku jejaki, Sabah telah ku terokai, Melaka dan Langkawi telah ku lawati, namun Selangor tidak pernah ku terokai. Apakah tempat-tempat menarik di Selangor?. Jika dilihat pada tempat-tempat yang dijejaki oleh peserta My Selangor Story 2010, hanya Genting Highland sahaja yang aku pernah pergi. Tempat lain?. 😀 Masih belum pernah sampai di sana.

Maka, dengan hajat besar, seluas padang pasir, aku ingin menyertai My Selangor Story Contest 2011 dan harap dapat terpilih sebagai top 30 bloggers dan seterusnya dapatlah merakamkan detik-detik indah di Selangor.

Oleh itu, jasa baik anda untuk vote SyaIsya diperlukan 😀 Bagi Sya peluang untuk travel di Selangor pula dan berkongsi pengalaman bersama pembaca blog syaisya.com yang mempunyai pelawat unik 1000++ sehari.

Untuk vote:

1. Klik link inihttp://www.myselangorstory.com/merakam-detik-detik-berharga-di-selangor/

2. Klik gambar love mengikut rating yang anda mahu berikan. Digalakkan untuk klik love yang paling kanan 😀 Maksudnya korang bagi aku markah penuh. Thank you.

3. Contoh gambar love yang akan tertera adalah seperti di bawah ini:

Klik sekali sahaja pada gambar love yang paling kanan sekali.

4. Satu hari boleh klik sekali je. Esoknya, korang boleh vote lagi. Dan begitulah seterusnya. Nak vote setiap hari? Memang dialu-alukan.

5. Terima kasih kerana support Sya Isya 😀 Love you all. Muah!.

error: Content is protected !!