Drama Nora Elena, adaptasi dari Novel Kasih Yang Suci yang mendapat tempat di hati ramai penonton tv3 kini diulang tayang di tv3 setap hari kecuali hari Ahad dan Isnin. Ulangan drama ini selama sejam, bermula jam 2 pagi.
Haaa…so, kepada sesiapa yang merupakan peminat fanatik drama romantik Nora Elena ni, bolehlah tonton lagi drama ni di TV3.
Memang ramai yang minat drama ni sehingga ramai yang minta drama ini disambung lagi. Agak-agak korang, kalau drama Nora Elena ni disambung, apa agaknya kisah nya ek?.
Ermmm…imaginasi nakal aku, kalau dalam drama Nora Elena Siri 1 ni, Seth Tan yang terkejar-kejarkan Nora, so, kalau sambung cerita ni, Part 2, Nora pula yang kejar Seth Tan. Seth Tan pula yang jual mahal. Hehe..boleh gitu? 😛
pssstt: Versi korang pula bagaimana?. Ce citer…ce citer..
Kongsi maklumat ini dengan rakan-rakan anda yang lain di Facebook dengan menekan butang share ni.
Hari ni episod akhir Nora Elena. Sejak drama Nora Elena ditayangkan di TV3, ramai wanita yang mengidamkan lelaki seperti Seth Tan sehingga menyebabkan lelaki di luar sana ramai yang mencebik dan rasa tercabar. Erk, rasa tercabar kah lelaki di luar sana?. Atau mereka tidak rasa tercabar langsung kerana bagi kaum lelaki, mereka tetap menegaskan bahawa lelaki seperti Seth Tan tidak wujud.
Kalau dah orang lelaki sendiri yang cakap gitu, maka aku sebagai perempuan setuju je, sebab orang lelaki lah yang lebih memahami orang lelaki. Jadinya, wanita-wanita sekalian, janganlah mengidamkan sangat lelaki seromantik dan sepenyabar Seth Tan ni. Tak boleh dinafikan juga, bukan setakat Seth Tan yang didambakan, tetapi Aaron Aziz juga. Auwww…laki orang tu der..bapa orang juga. Hehe…
Minggu ni minggu terakhir tayangan drama Nora Elena. Episod-episod dalam minggu ni jugalah paling ketara menunjukkan sifat Elena yang langsung tidak mahu menerima Seth, malah tidak mahu mendengar sebarang penjelasan dari Seth dan memandang Seth sebagai manusia yang keji, hina lagi jijik setelah mengetahui Seth lah yang telah merampas mahkota kewanitaannya 10 tahun yang lalu.
Agak-agak lah kan, kalau korang jadi Nora Elena, apa tindakan yang akan korang buat?. Hehe…Kalau aku jadi Nora, ehm….bengang lah juga kan. Tapi nak buat macam mana, dah jadi suami. Kalau nak heret dia ke balai polis pun, polis akan tanya balik, “kenapa sekarang baru nak buat report”?. Hik2…haru..haru..Tak mau lah jadi Nora Elena. 😀
Tapi itulah hakikat yang patut kita semua terima. Hakikat bahawa Nora Elena adalah sekadar cerita dan cerita ini pula adalah adaptasi dari sebuah novel. Kalau dah namanya dari novel, memang lebih kurang halal gini lah jalan ceritanya. Aku tahu sebab aku pun kaki novel juga zaman aku bergelar student U dulu. Banyak betul koleksi novel aku tu. Sampai aku rasa macam nak buka kedai novel 2nd hand je. 😀
Tapi tulah yang peliknya, walaupun kebanyakan novel jalan ceritanya lebih kurang sama je, balik-balik kahwin tanpa cinta, pastu, lepas dah kahwin tu macam-macam lah yang berlaku, termasuk adegan berlakon jadi pasangan bahagia depan orang tua/ahli keluarga yang lain, tapi tetap juga suka baca novel-novel macam ni. Penulis novel pun terpaksa jugalah karang novel yang genre nya gini juga, sebab ini yang high demand dan kebanyakan rakyat Malaysia suka.
Ending cerita Nora Elena ni agak di luar jangkaan aku juga. Yvonne yang dah sewel tu, melarikan anak Nora dan Seth sebaik sahaja bayi dilahirkan dengan menyamar sebagai nurse. Kemudian, Yvonne mengugut Seth untuk mengahwininya di Thailand, kalau tak dia akan mencampakkan anak Seth keluar tingkap kenderaan kalau Seth menghubungi polis. Seth menurut kehendak Yvonne demi keselamatan anaknya yang dalam pelukan Yvonne. Tapi, Inspektor Amir yang menelefon polis untuk melakukan sekatan jalan raya setelah terdengar perbualan di antara Nora, orang gaji dan kedua orang tua Nora ketika ingin melawat Nora di hospital. Yvonne marah apabila nampak polis lalu memarahi Seth dan mencampakkan anak Seth keluar tingkap. Seth berlari mendapatkan anaknya, yang sebenarnya bukan anaknya, tetapi anak patung. Yvonne ditangkap polis dan anak Seth ditemui di rumah kosong dan dijaga oleh seorang perempuan tua, orang suruhan Yvonne. Selepas melahirkan, hati Nora lembut terhadap Seth dan memaafkan kesalahan Seth. Nora akhirnya menemui bahagia yang dicarinya selama ini. 🙂 The End.
Bagi yang masih merindui dan dibayangi watak Seth Tan, boleh tengok lakonan Aaron Aziz dalam drama Stanza Cinta pula lepas ni. Drama Stanza Cinta ni juga merupakan adaptasi sebuah novel, dan akan ditayangkan setiap Ahad, mulai Ahad ni, jam 9 malam, menggantikan rancangan Mentor.
Kongsi entri ini dengan rakan-rakan anda yang lain di Facebook dengan menekan butang share ini.
Nora Elena drama bersiri terbaru Slot Akasia yang ditayangkan di TV3 setiap Isnin-Khamis jam 7-8 malam kini menjadi kegilaan dan sebutan ramai. Drama yang diadaptasi dari Novel Kasih Yang Suci karya Meen Zulaikha ini mula ditayangkan sejak 9 Mei 2011.
Aku mula layan cerita ni sejak episod 10. Hehe…awat lambat sangat baru aku nak follow cerita ni?. Sebab keadaan aku time tu tak mengizinkan untuk aku tonton cerita ni.
Tapi tu tak bermakna aku tak tengok cerita ni dari awal. Aku baru je khatam tonton Nora Elena secara online dari Episod 1 sehingga episod terkini iaitu episod 12 di Tonton, portal web rasmi tv3.com.my. Hehe..best layan cerita ni. Aku buat marathon dengan mak. Mak aku pun suka tengok cerita ni, dah menjangkit dah dengan aku 😀
Selain dari jalan cerita yang diadaptasi dari novel ni, hero yang handsome dan heroin yang cun juga menjadi daya penarik kepada drama ni. Aaron dikatakan romantik dalam cerita ni. Ramai pula wanita-wanita yang nakkan abang ketul-ketul dan romantik macam ni. Ahaks!.
SINOPSIS NORA ELENA
Cerita ni mengisahkan seorang gadis bernama Nora Elena yang trauma kerana telah dirogol ketika berusia 15 tahun. Namun, Nora tidak tahu siapa lelaki yang merogolnya kerana perogol itu memakai topeng. Pada awal cerita ini, Nora sedang sibuk menyiapkan persiapan majlis perkahwinannya dengan tunang tersayang, Saiful Idham atau lebih dikenali sebagai Eid dalam drama ni.
Namun begitu, kemunculan Seth Tan, boss kepada Eid dalam hidup Nora telah menimbulkan salah faham. Eid meragui kesetiaan Nora dan menganggap Nora ada affair dengan bossnya. Sifat cemburu buta Eid menyebabkannya mengambil keputusan terburu-buru memutuskan pertunangannya dengan Nora sedangkan majlis perkahwinan sudah hampir.
Akibatnya, ibu Nora terus jatuh sakit dan keluarganya menanggung malu. Oleh kerana tidak mahu menanggung malu, ibu Nora menyuruh Nora berkahwin dengan Seth Tan yang ketika itu melamar Nora dan sanggup menggantikan tempat Eid.
Penulis Novel Kasih Yang Suci (Meen Zulaikha) bersama Aaron Aziz. Gambar di ambil dari blog Meen Zulaikha
NORA ELENA BEST
Sekali dah tengok drama ni memang nak tengok lagi lah. Hehe..drama ni sangat best. Lakonan Siti Saleha dan Aaron Aziz sangat mantap. Ramai wanita-wanita suka tonton drama ni, terutama sebab watak romantik yang dibawa oleh Aaron Aziz.
Tak sabar rasanya nak tonton episod selanjutnya. Aku memang tak baca novel Kasih Yang Suci tu. Dah lama dah aku tak baca novel sejak kerja ni. Dulu zaman student dulu memang ler kaki novel.
Paling aku tak sabar nak tengok cara Aaron pikat hati isterinya dan bagaimana Nora boleh lembut hati dan menyayangi suaminya. Maklumlah, kahwin tanpa cinta. Paling aku nak tahu reaksi Nora apabila dapat tahu Aaron sebenarnya yang merogolnya. Apalah reaksi Elena agaknya nanti, ek. Huhu…
Jom layan video yang sweet ni
“Dan Bila Esok”, OST Nora Elena
Kalau nak download cerita Nora Elena ni, boleh download di MyVitrd. Kalau nak tonton secara streaming online, boleh tengok kat www.tonton.com.my.
OMBAK RINDU PULA DI PAWAGAM
Terbaca kat Facebook Meen Zulaikha. Betul ke Ombak Rindu pula akan ke panggung selepas ni?. Aku memang suka novel Ombak Rindu. Siap ada sambunggannya lagi tu novel Ombak Rindu ni. 😀