DIANDRA SLOT LESTARY TV3 | PELAKON, SINOPSIS, TONTON ONLINE, DOWNLOAD

DIANDRA SLOT LESTARY TV3 | PELAKON, SINOPSIS, TONTON ONLINE, DOWNLOAD

DIANDRA SLOT LESTARY TV3

 

Drama Diandra menggantikan Drama Kisah Cinta di Slot Lestary TV3 bermula 20 Ogos 2013. Drama sebanyak 13 episod ini ditayangkan setiap Selasa jam 9 malam.

diandra lestary tv3 SINOPSIS PELAKON DOWNLOAD TONTON ONLINE

PELAKON DIANDRA

Aiman Hakim Ridza (Adam Fahmy)

Nur Fathia (Puteri Diandra)

Dato’ Jalaluddin Hassan (Dato’ Fikri – Bapa Diandra)

Nur Risteena

Shawal Ruslan

Qazem Nor

Nizam Zaidie

Amran Ismail

Yaya Maembong

SINOPSIS DIANDRA

Diandra atau nama sebenarnya Puteri Diandra Fikri merupakan anak  kepada seorang hartawan terkenal iaitu Datuk Fikri. Diandra seorang gadis yang  lasak, ceria dan berminat dalam seni mempertahankan diri terutamanya,  ‘kick-boxing’. Datuk Fikri berharap agar Diandra akan bekerja di syarikatnya  tetapi Diandra yang lebih suka sesuatu yang mencabar terpaksa mengecewakan  ayahnya.

Adam Fahmi pula merupakan seorang aktor yang sangat  terkenal. Dia bukan sahaja kacak tetapi bakat semulajadi dalam lakonan juga  membuatkannya sentiasa popular di kalangan peminatnya. Adam menjadi pujaan ramai  dan apa sahaja drama dan filem yang dia berlakon pasti menjadi ‘box office’. Dek  kerana populariti dan kelancangan mulutnya, Adam mempunyai ramai musuh sehingga  dia menerima ugutan bunuh.

Selepas berbincang dengan kawan baiknya, Kamal, Adam bersetuju untuk mengambil  seorang pembantu peribadi dan juga pengawal keselamatan yang boleh menguruskan  jadual dan keselamatan dirinya. Apa yang tidak dijangka oleh Adam ialah Kamal  mencadangkan kawan baiknya, Diandra. Walaupun masing-masing tidak berkenan dan  tidak bersetuju, selepas dipujuk oleh Kamal, Adam dan Diandra cuba bekerjasama.

Diandra meluat dengan perangai Adam yang angkuh dan juga kaki perempuan manakala  Adam pula melayan Diandra yang lasak itu seperti seorang lelaki. Diandra yang  selalu dibuli itu mencari peluang untuk mengenakan Adam sehingga suatu hari  mereka bergaduh lagi di lokasi penggambaran, dimana Diandra yang tidak tahan  diperli telah menolak Adam ke kolam renang. Tiada siapa yang mahu menolong  kerana sikap ego Adam yang seringkali menyakiti hati orang lain. Akhirnya,  Diandra menjadi panik apabila dia mendapati Adam tidak pandai berenang dan  hampir lemas.

Bagi menebus kesalahannya, Diandra melayan karenah Adam sepanjang menerima  rawatan di hospital. Barulah Diandra mempunyai peluang untuk mengenali isi hati  Adam yang sebenarnya seorang yang sensitif. Adam juga mula berbaik-baik dengan  Diandra dan sudi berkongsi masalah dengannya. Lama-kelamaan, Diandra mula  mempunyai perasaan aneh terhadap Adam malah dia juga mencemburui bekas  kekasihnya, Fida yang kembali menagih kasih.

Sejak Fida muncul kembali dalam hidup Adam, Adam seolah-olah melupakan Diandra.  Adam yang terasa diperbodohkan oleh Diandra selepas mengetahui identiti sebenar  Diandra telah bersikap dingin kepadanya. Justeru, Diandra membuat keputusan  untuk menjauhi diri daripada Adam dan bekerja untuk ayahnya.

Adakah Adam dan Fida akan meneruskan percintaan mereka? Adakah Adam akan rasa  kehilangan Diandra kerana mereka saling memerlukan? Apakah kemesraan dan  perasaan sayang yang wujud antara Adam dan Diandra adalah cinta? Semuanya bakal  terjawab dalam DIANDRA.

DOWNLOAD DRAMA DIANDRA TV3

Aku download drama Diandra ni kat nescoo.

TONTON ONLINE DIANDRA SLOT LESTARY TV3

Sambil-sambil download tu, aku tengok drama Diandra ni online di kle-peq.

Sinopsis diambil dari pereka cerita. Kat pereka cerita ni pun ada link download. Boleh lah download dan tengok bila-bila masa free. 🙂

p/s: Dah lama tak layan drama Melayu sejak aku letak semula tv di rumah. Tertengok drama Diandra ni pun masa makan kat kafe. Tengok-tengok, best juga. 😀

PELAKON DAN SINOPSIS MAHABBAH SLOT SAMARINDA TV3 GANTI PELANGI KASIH

PELAKON DAN SINOPSIS MAHABBAH SLOT SAMARINDA TV3 GANTI PELANGI KASIH

pelakon dan sinopsis mahabbah slot samarinda tv3

Mahabbah Slot Samarinda tv3

 

Drama Mahabbah ganti Pelangi Kasih akan mula ditayangkan bermula 27 Mac 2012, setiap Selasa dan Rabu.  Drama Mahabbah ini adalah arahan Jamal Khan manakala penerbitnya ialah Asia Media Content 09 (penerbit Vanila Coklat dan Nora Elena juga).

 

PELAKON MAHABBAH

Nur Fathia

Azlee Khairi

Dato Jalaluddin Hasan

 Aida Aris

Fazlina Ahmad Daud

Aiman Hakim Redza

 

SINOPSIS MAHABBAH

Drama Mahabbah mengisahkan seorang gadis (lakonan Nur Fathia) yang bekerja di sebuah butik, telah jatuh cinta dengan seorang pemuda (lakonan Azlee Khairi). Namun percintaan mereka telah dihalang oleh keluarga Azlee yang mempunyai syarikat perniagaan terkenal.

Walaupun mendapat tentangan dari keluarga, perhubungan mereka berakhir juga dengan perkahwinan sehingga mereka mendapat seorang cahaya mata. Persoalannya, adakah perkahwinan mereka akan berkekalan? Atau Azlee meninggalkan Nur Fathia kerana mengikut kata-kata ibu bapanya?.

Drama Mahabbah ini dijangkakan menjadi drama terhebat tv3 tahun ni. Dalam cerita ni ada Aiman (Amir Vanila Coklat) dan juga Fazlina (Auntie Anne Vanila Coklat). Peminat-peminat Vanila Coklat pun  ramai yang dah tak sabar nak tengok drama Mahabbah ni. Harap-harap drama ni best lah ya, sekurang-kurangnya ada juga cerita yang aku nak tengok di malam hari sambil siapkan assignment dan blogging. Hehe.. 😀

p/s: Makna Mahabbah ialah kasih sayang.

Sinopsis dari cthoney.

Kongsi pelakon dan sinopsis drama Mahabbah ini dengan rakan-rakan anda yang lain di FB dengan menekan butang share ini.

error: Content is protected !!