by syaisya | Oct 21, 2011 | Contest
Saya menang motor. Eh..hehe..bukan, tak menang motor lah. Menang pen drive 8G + RM20. Alhamdulillah, aku menang contest lagi. Semalam keputusan contest ni keluar, tapi jam 3 pagi baru aku tengok keputusan contest ni.
Sebenarnya, aku tak budget pun untuk menang contest ni. Dalam hati aku, “alaa…mesti tak menang punya lah”..sekali tup tup menang lah pula. Hehe..Alhamdulillah. Walaupun sebenarnya aku idamkan external hard disk 50 Gb tu (hadiah utama), tapi aku tak memenanginya. Nak buat camne kan, rezeki aku untuk menang pen drive lagi.
Ini adalah pen drive ke-3 yang aku menang dari contest blog. Boleh jadi tauke pendrive dah aku lepas ni. Tapi aku takkan jual hadiah ni. Sebab hard disk laptop aku ni pun memang dah nazak dah, tak cukup space. Tu yang aku idamkan hard disk tu. Takpe, pendrive pun bagus juga aper, 8 Gb lagi tu.
Kepada Ustaz Mohsen (Pria Pujangga), terima kasih kerana memilih aku sebagai pemenang Contest Review Alexa Pacifista.my.
by syaisya | Sep 2, 2011 | Contest
Ohoho..seperti biasa, aku memang suka memeriahkan dan beri sokongan kepada blogger-blogger yang buat contest. Join contest ni seronok. Lebih-lebih lagi kalau menang, rasanya lagi seronok daripada dapat cek dari Nuffnang. 😀
ADA APA KAT BUKIT BINTANG 24 SEPTEMBER NI?
Kali ni aku nak join contest yang diadakan oleh Pria Pujanggga. Contest ini dinamakan Contest Jom Review Alexa @Pacifista.my. Dalam contest review ni, Pria Pujangga kun beri peluang kepada rakan-rakan blogger sekalian untuk beri pandangan, tak kira bersifat positif atau negatif, beri pandangan secara jujur dalam semua aspek, termasuk untuk diri beliau sendiri.
Hadiah yang ditawarkan sangat menarik dan lumayan. Nak tahu hadiahnya apa? Meh tengok sini:
Hadiah untuk contest ni:
2 x External Hard Disk 500G
3 x Pen Drive 16G
5 x Topup Celcom/Digi/Maxis sebanyak RM 10
Menarik, kan, hadiahnya. So, rasa-rasa kalau berminat nak join, meh pakat ramai-ramai meriahkan contest review ni. Ada bonus untuk kumpul point juga kalau datang melawat blog ni. Nak join, sila KLIK SINI lah ya.