Format Peperiksaan Online Pembantu Tadbir N17

Format Peperiksaan Online Pembantu Tadbir N17

Baru-baru ini, SPA ada memanggil calon-calon yang memohon jawatan Pembantu Tadbir (Perkeranian / Operasi) N17 untuk menghadiri peperiksaan online Pembantu Tadbir N17 yang akan diadakan pada 3 April, 2015.

Oleh kerana pihak SPA menerima permohonan terlalu banyak untuk jawatan Pembantu Tadbir N17 ini, pihak Kementerian Kesihatan Malaysia dan pihak Jabatan Pertahanan Awam memohon agar pihak SPA melakukan peperiksaan online bagi menyaring calon-calon.

Dengan ini, calon yang gagal akan disingkirkan dan hanya calon yang lulus dalam peperiksaan online sahaja akan dipanggil ke temuduga Pegawai Tadbir (Perkeranian / Operasi) N17. Oleh itu, jika anda dipanggil ke peperiksaan online Pembantu Tadbir N17 ini, anda perlulah bersedia sepenuhnya sebelum menduduki peperiksaan ini.

Calon tidak boleh memandang enteng terhadap peperiksaan online SPA kerana peperiksaan online SPA terkenal dengan soalan-soalan killer. Dalam erti kata lain, soalan-soalan yang bakal membunuh calon-calon yang tak bersedia. Oleh itu, persediaan yang rapi perlu dilakukan.

Persoalannya, persiapan yang bagaimana calon Pembantu Tadbir N17 perlu lakukan?. Sebelum kita boleh susun strategi untuk membuat persiapan, calon perlu tahu format peperiksaan online Pembantu Tadbir N17 terlebih dahulu.

Format dan Tip Lulus Peperiksaan Pembantu Tadbir N17

Peperiksaan Online Pembantu Tadbir N17 terdiri dari 3 Seksyen iaitu :

Seksyen A – Pengetahuan Am Mengenai Malaysia dan Alam Sekeliling

Seksyen B – Daya Menyelesaikan Masalah

Seksyen C – Ujian Psikometrik

Peperiksaan Online Pembantu Tadbir N17 – Seksyen A

40 soalan (Soalan Objektif)
Masa : 30 Minit

Seksyen A adalah untuk menguji pengetahuan am para calon mengenai Malaysia dan alam sekeliling. Seksyen ini amat luas skopnya mencakupi pengetahuan mengenai bidang pentadbiran, teknologi maklumat, dasar-dasar kerajaan dan banyak lagi. Berdasarkan pengalaman calon-calon peperiksaan online SPA sebelum ini, Seksyen inilah yang menyebabkan ramai calon GAGAL! kerana tidak cukup pengetahuan am dan tak memahami tentang bidang kerja yang dipohon.

Ini kerana, dalam seksyen ini, bukan hanya pengetahuan isu semasa diuji, malah pengetahuan yang berkaitan dengan jawatan juga akan diuji. Jadi, calon perlu bersedia dengan menambahkan ilmu pengetahuan dan juga peka dengan isu semasa dan apa yang berlaku disekeliling.

Peperiksaan Online Pembantu Tadbir N17 – Seksyen B

20 soalan (Soalan Objektif)
Masa : 25 Minit

Seksyen ini mengukur daya calon menyelesaikan masalah dengan menggunakan item-item yang berkonsepkan kemahiran logik, kemahiran menginterpretasi data dan juga konsep matematik. Soalan-soalan tidak mengikut turutan daripada 3 kemahiran ini. Ini bermakna, ada soalan yang direka khas untuk menguji kemahiran logik anda, ada soalan yang menguji daya anda menintrepretasi data dan ada juga soalan yang direka khas untuk menguji penguasaan konsep matematik anda.

Oleh kerana anda perlu jawab kesemua 25 soalan dalam masa 20 minit, bermakna anda perlu menjawap setiap soalan kurang dari 1 minit. Jadi, untuk membolehkan anda berjaya menjawab kesemua soalan dalam masa yang sangat suntuk ini, anda perlu buat latih tubi. Anda boleh buat latih tubi dengan menggunakan contoh soalan Peperiksaan Pembantu Tadbir yang ada di sini >> klik untuk download Contoh Soalan Peperiksaan Pembantu Tadbir (Perkeranian / Operasi) N17 <<

Peperiksaan Online Pembantu Tadbir N17 – Seksyen C

96 soalan (Soalan Objektif)
Masa : 30 Minit

Seksyen C bertujuan untuk mengetahui personaliti anda berdasarkan jawapan-jawapan yang anda berikan. Anda mungkin tidakk tahu maksud tersirat disebalik semua 96 soalan yang ditanya. Kebiasaannya, jika ada sehingga 96 soalan yang perlu dijawab untuk seksyen C, bermakna, ada soalan yang berulang-ulang ditanya. Jadi, anda perlu konsisten memberikan jawapan yang sama.

Antara ciri-ciri personaliti anda yang dinilai ialah kepimpinan, kebolehan sosial, komunikasi, toleransi, kerjasama, kestabilan emosi, integriti, disipilin dan kejujuran.

Terus terang, peperiksaan online SPA bukanlah mudah untuk lulus jika anda tak cukup bersedia. Kalau tak prepare, memang SUSAH NAK LULUS. Namun begitu, anda tak perlu risau kerana Tim Infokerjaya ada menyediakan 145 Contoh soalan untuk anda buat latih tubi sebagai persediaan sebelum menjawab soalan sebenar Peperiksaan Online Pembantu Tadbir (Perkeranian / Operasi) N17 3 April ini.

BERITA BAIK untuk anda!

145 Contoh Soalan Peperiksaan Online Pembantu Tadbir (Perkeranian / Operasi) ini anda boleh dapatkannya dengan PERCUMA!. Apa?. Percuma?. Ya, percuma sahaja. Klik link ini atau klik pada gambar di bawah untuk mengetahui bagaimana caranya untuk anda mendapatkan 145 Contoh Soalan Peperiksaan Online Pembantu Tadbir N17 ini dengan percuma.

contoh soalan peperiksaan pembantu tadbir N17

Klik untuk dapatkan Contoh Soalan Exam Pembantu Tadbir PERCUMA!

Amaran keras! Anda tak perlu dapatkan 145 contoh soalan ini jika anda mahu gagal dalam peperiksaan online ini.

error: Content is protected !!