SAMBUTAN HARI BELIA NEGARA 2012 PUTRAJAYA | 1 BELIA 1 MALAYSIA

SAMBUTAN HARI BELIA NEGARA 2012 PUTRAJAYA | 1 BELIA 1 MALAYSIA

Sambutan Hari Belia Negara 2012 Putrajaya Mei

 

APA ITU HARI BELIA NEGARA?

Sambutan Hari Belia Negara (National Youth Day) adalah untuk memberi penghormatan kepada belia negara kerana mereka telah memberi sumbangan besar kepada negara dan kerajaan. Mereka tidak harus dilihat sebagai beban tetapi mereka boleh menjadi aset berharga kepada negara kerana mereka adalah penentu ketahanan dan kekuatan sosial, politik dan ekonomi di masa hadapan.

Sebanyak 11.9 juta belia untuk dikembalikan kepada proses pembangunan negara dengan meletakkan mereka dalam arus perdana tanggungjawab nasional yang harus disokong oleh semua agensi kerajaan, sektor swasta dan NGO. Mereka perlu dididik untuk didengar dan dihargai oleh pelbagai pergerakan dan program yang sangat baik.

Konsep 1 Belia 1 Malaysia telah dapat menunjukkan potensi mereka dan mereka pula sentiasa perlu dipertingkatkan. Kejayaan Hari Belia Negara 2012 adalah titik perubahan ke arah membawa darah muda kepada aktiviti-aktiviti yang sihat dan berfaedah. Penyertaan belia dalam organisasi belia terus meningkat sebagai hasil daripada peningkatan motivasi untuk Hari Belia Negara 2012 hendaklah dikekalkan.

SAMBUTAN HARI BELIA NEGARA 2012 PUTRAJAYA

HARI BELIA NEGARA 2012 di Putrajaya kali ini akan disambut dengan lebih hebat lagi. Kementerian Belia dan Sukan (KBS) mensasarkan Hari Belia Negara 2012 ini sebagai antara 10 karnival tahunan terbesar di dunia.  Lebih 500 acara dan mampu memikat pengunjung tempatan mahupun antarabangsa.  Karnival ini adalah yang terbesar di Asia dan 10 terbesar di dunia.

Tarikh : 23 – 27 Mei 2012
Tempat : Dataran Putrajaya
Hari : Rabu – Ahad
Masa : 9.00pg – 5.00ptg

Bermula 23 Mei hingga 27 Mei, Putrajaya akan menjadi “LAUTAN BELIA” apabila lebih DUA JUTA belia akan membanjiri Putrajaya untuk menyaksikan berbagai pertunjukan, pameran, peluang pekerjaan, mempamerkan bakat dan menyaksikan bermacam persembahan dari pelbagai kumpulan muzik. Saksikanlah bagaimana meriahnya suasana apabila berpuluh pentas disediakan untuk persembahan termasuk persembahan sebuah kumpulan K POP dari Korea Selatan.

Salah satu program yang paling menarik minat aku adalah program Gerbang Kerjaya. Banyak manfaat boleh dapat dari Program ni.

PROGRAM GERBANG KERJAYA

Gerbang Kerjaya adalah program yang dianjurkan oleh Bahagian Pembangunan Kemahiran, Kementerian Belia dan Sukan dengan Kerjasama JobsMalaysia, Kementerian Sumber Manusia. Ia adalah salah satu program Hari Belia Negara – Himpunan Jutaan Belia 2012 yang akan diadakan di Putrajaya pada 23 hingga 27 Mei 2012.

karnival kerjaya 2012 putrajaya

Belia-belia lepasan SPM, Diploma dan Ijazah serta kelulusan lain yang diikhtiraf boleh berkunjung ke Gerbang Kerjaya bagi mendapatkan maklumat dan info serta khidmat nasihat yang berkaitan dengan kerjaya. Sebanyak 100 Booth pameran di mana melibatkan lebih 70 agensi / syarikat yang akan bersama-sama menyertai program ini.

Para pengunjung boleh mendapatkan segala info dan maklumat yang berkaitan seperti, bengkel motivasi kerjaya, panduan & khidmat nasihat kerjaya, kaedah menulis resume, kaedah temuduga & etika berpakaian dan sebagainya.

Gerbang Kerjaya juga turut menawarkan temuduga secara terbuka kepada semua selain daripada permohonan secara kaedah online. Bagi membantu para pengunjung yang hadir, JobsMalaysia turut menawarkan khidmat perunding kerjaya dan padanan kerjaya kepada bakal pekerja.

Kepada semua rakyat Malaysia dan bakal pekerja, datanglah beramai-ramai ke Himpunan Jutaan Belia 2012 di Gerbang Kerjaya untuk mendapatkan info dan maklumat berkaitan pekerjaan dan peluang kerjaya yang bakal ditawarkan kepada anda. Datanglah beramai-ramai di Presint 3 Putrajaya !!!

KARNIVAL TITIAN CINTA (LOVE LANE) 2012

Selain dari Gerbang Kerjaya, yang ni pun best juga. Program cintan-cintun. Hehe 😀 Sesuai untuk pasangan kekasih, dan juga bagi mereka yang akan mendirikan rumahtangga.

bunga ros untuk ulang tahun perkahwinan

 

Persandingan 1 Malaysia  

Persandingan 1Malaysia yang terbesar yang menggabungkan pelbagai kelompok masyarakat yang terdapat di Malaysia. Persandingan 1 Malaysia ini akan menjadi sejarah yang tidak dapat dilupakan kerana menggabungkan masyarakat Melayu, Cina dan India.

Persandingan paling ramai

Persandingan diadakan secara beramai-ramai di Putrajaya dan persandingan ini akan dimasukkan ke dalam “Malaysia Book of Records”

Fesyen pakaian pengantin

Pameran pelbagai fesyen pakaian pengantin yang unik dan cantik khas buat pasangan raja sehari yang bakal melangsungkan perkahwinan mereka.

Kursus Fotografi, Grooming dan Solekan

Khas buat mereka yang minat kursus fotografi, grooming dan solekan perkahwinan.

GADGET WORLD

lelong gadget rm 1 sahaja

lelong gadget rm 1 sahaja

Bagi pencinta gadget dan mereka yang berminat untuk mendapatkan pelbagai gadget dengan harga yang berpatutan, bolehlah mengunjungi Segmen Gadget World. Di sini juga boleh mendapatkan beberapa barang elektronik dan gadget dengan harga lelong RM 1 sahaja setiap barang, pukul 1-2 petang. Datang lah beramai-ramai ke Karnival Hari Belia Negara ni. 😀

MACAM – MACAM ADA…..

Fast adn Furious

Fast and Furious

Ada banyak sangat aktiviti menarik sempena sambutan Hari Belia Negara 2012. Kalau nak cerita semua kat sini, aku pun tak larat. Senang cakap, untuk mengetahui apa lagi aktiviti menarik yang akan diadakan, lawati je laman-laman web berikut:

Facebook : FB Hari Belia Negara 2012

Website : http://www.hbn.gov.my

Twitter : www.twitter.com/HariBelia2012

p/s: Macam best je ni. Aku pun rasa macam nak pergi je. Tapi cam jauh lah pula. Tapi kot kalau tiba-tiba aku rasa nak jalan-jalan, why not datang je sini, kan. Aku nak barang lelong RM1 tu. Hehe 😀

error: Content is protected !!