KEPUTUSAN SENARAI PEMENANG PERTANDINGAN MENULIS SURAT 1 MALAYSIA 2012

KEPUTUSAN SENARAI PEMENANG PERTANDINGAN MENULIS SURAT 1 MALAYSIA 2012

Keputusan Pertandingan Menulis Surat 1 Malaysia 2012 telah pun keluar pada 12 Oktober lalu. Berikut adalah senarai nama pemenang Pertandingan Menulis Surat 1 Malaysia 2012 untuk Kategori A, Kategori B dan Kategori C.

Senarai nama Pemenang Pertandingan Menulis Surat 1 Malaysia 2012 Kategori A

Senarai nama Pemenang Pertandingan Menulis Surat 1 Malaysia 2012 Kategori A

Senarai nama Pemenang Pertandingan Menulis Surat 1 Malaysia 2012 Kategori B

Senarai nama Pemenang Pertandingan Menulis Surat 1 Malaysia 2012 Kategori B

Senarai nama Pemenang Pertandingan Menulis Surat 1 Malaysia 2012 Kategori C

Senarai nama Pemenang Pertandingan Menulis Surat 1 Malaysia 2012 Kategori C

Kebanyakannya perempuan kan, yang menang. πŸ˜€ Tahniah dan syabas kepada semua pemenang! Bagi yang tidak berjaya kali ini, jangan putus asa. Tahun depan cuba lagi. Usaha tangga kejayaan, kan. πŸ™‚

Gambar pemenang Pertandingan Menulis Surat 1 Malaysia 2012 bersama hadiah masing-masing. Majlis penyampaian hadiah kepada pemenang diadakan pada 17 November lalu.

gambar pemenang pertandingan menulis surat 1 Malaysia 2012

gambar pemenang Pertandingan Menulis Surat 1 Malaysia 2012

Surat bertulisan Braille juga turut dihantar untuk pertandingan ini. Semangat yang membanggakan.Syabas! πŸ˜€

Surat tulisan Braille Pertandingan Menulis Surat 1 Malaysia

Surat tulisan Braille Pertandingan Menulis Surat 1 Malaysia

Bagi yang masih belum menerima sijil, sila emelkan nama penuh dan alamat rumah anda ke hafiz.kadir@pos.com.my untuk semakan.

p/s: Dah lama tak update blog. Huhu…..

KEPUTUSAN PERTANDINGAN MENULIS SURAT 1 MALAYSIA 2012

KEPUTUSAN PERTANDINGAN MENULIS SURAT 1 MALAYSIA 2012

Peserta-peserta memang menunggu keputusan Pertandingan Menulis Surat 1 Malaysia 2012 diumumkan. Tahun ini 90,437 orang peserta menyertai pertandingan ini. Sijil juga telah mula diedarkan kepada para peserta. Ada yang dah terima sijil penyertaan, ada juga yang belum. Iya lah, hampir 100, 000 peserta kan. Bukan sikit tu. Yang belum dapat sijil lagi, harap bersabar.

Di bawah ini ialah screenshot yang diambil dari FB Pertandingan Menulis Surat 1 Malaysia 2012 mengenai pembahagian sijil. Ramai yang memerlukan sijil ni, untuk markah koko. Dengar-dengar, markah tinggi untuk pemilik sijil ni :D. Bagus juga ada pertandingan macam ni, kan. Selain dari boleh menarik minat pelajar dalam bidang penulisan, dapat juga beri pendedahan kepada pelajar untuk menulis.

sijil pertandingan menulis surat 1 Malaysia 2012

Agihan sijil pertandingan menulis surat 1 Malaysia 2012

Siapa pula pemenang Pertandingan Menulis Surat 1 Malaysia 2012 ni?. Ramai yang dah berdebar-debar menanti keputusan pertandingan dan nama pemenang diumumkan. Baca screenshot bawah ni untuk status penentuan pemenang dari sekretariat pertandingan.

yang berjaya melepasi saringan pertandingan menulis surat 1 Malaysia 2012

yang berjaya melepasi saringan pertandingan menulis surat 1 Malaysia 2012

Selepas sambutan hari raya baru juri professional membuat pemilihan pemenang dariΒ 18,843 surat dari peserta yang telah berjaya melepasi peringkat saringan. Bukan sikit surat nak dibaca tu. Peninglah kepala juri nak pilih. Tapi takpe, juri professional, mereka pandai menilai dan pilih yang terbaik.

Adik-adik semua, jangan lah risau atau panik. Pihak sekretariat pertandingan sedang melakukan kerja mereka. Sebarang pertanyaan, boleh tanya pada pihak sekretariat pertandingan di FB Pertandingan Menulis Surat 1 Malaysia 2012. Jangan tanya saya pula. Saya tiada kena mengena dan tiada sebarang hubungan dengan sekretariat pertandingan ini. Saya hanyalah seorang pelajar IPTA yang suka kongsi maklumat. Saya faham anda dah lama tunggu keputusan, lama tunggu sijil yang diakui diperingkat kebangsaan ini. Harap bersabar menanti keputusan dan sijil. Bila keluar keputusan, Saya pun tak tahu. Hihi πŸ˜€ Tunggu je lah dengan sabar, ya. Biasalah tu masuk pertandingan, memang berdebar je nak tahu keputusan. Kot kalau adik-adik menang, boleh lah belanja saya, ya.Β  Hehe.. πŸ˜›

Kepada semua adik-adik yang menyertai Pertandingan Menulis Surat 1 Malaysia 2012 ini, Good Luck!. Doa banyak-banyak supaya juri bagi markah tinggi. InsyaAllah, kalau dah rezeki anda tak ke mana. πŸ˜€

>> FB Pertandingan Menulis Surat 1 Malaysia 2012<<.

Follow je FB ni, senang nanti bila keputusan dah diumumkan, anda akan jadi orang-orang yang terawal tahu.

Klik sini untuk >> KEPUTUSAN SENARAI PEMENANG PERTANDINGAN MENULIS SURAT 1 MALAYSIA 2012 <<

Siapa nak hadiah percuma, tunggu truck misteri Biar Betul Hijau ni!.

Kongsi maklumat ini dengan kawan-kawan anda di FB dengan tekan like atau share di bawah ini. Like juga FB syaisya.com untuk update-update akan datang. πŸ˜€

error: Content is protected !!